Mar
03

Manusia dikurniakan pelbagai keistimewaan dan kreativiti oleh Allah s.w.t bagi membolehkan manusia meluahkan perasaan dengan pelbagai cara. Mungkin dari segi percakapan seperti nyanyian, puisi, atau sajak adalah suatu perkara yang biasa. Begitu juga dengan lukisan. Lukisan yang dilukis diatas sehelai kanvas putih dan diwarnakan dengan warna air atau warna minyak bukan sesuatu seni yang asing lagi. Selain itu, menceburi diri dalam bidang photografi juga adalah satu cabang seni yang membolehkan kita menangkap gambar yang boleh ditafsirkan dengan 1001 penceritaan.

Tetapi apa yang hendak saya kongsikan untuk kali ini adalah satu seni yang saya rasa cukup menarik untuk ditonton. Ianya adalah sebuah seni lukisan yang dibuat hanya dengan menggunakan meja kaca yang diletakkan lampu dan bahan utama yang digunakan untuk melukis adalah PASIR. Serious! ianya memang menarik untuk ditonton. “Seterusnya…”

Popularity: 6% [?]

Mar
01

Satu persoalan, bila kamu sudah memiliki kamera, bagaimana cara kamu memegang kamera tersebut waktu mengambil gambar? Pentingkah mengetahui cara memegang kamera dengan betul? Atau kita hanya akan terfikir, “Ala… apa susah? pegang saja kamera dan tekan saja butang snap, hah, jadilah gambar!…” Ok, sebenarnya mengetahui cara memegang kamera dengan betul adalah salah satu ‘basic photografi’ yang perlu kita tahu. Mengetahui cara memegang kamera dengan betul dapat membantu kita menangkap gambar dengan posisi kukuh dan tidak gegar.

Selain itu, ia juga membantu kita mengelakkan dari cepat letih jika menangkap gambar dengan menggunakan kamera DSLR yang lens nya besar dan panjang. Ok, untuk Tips Cara Memegang Kamera untuk Part 1 ini, saya akan berkongsi cara memegang kamera DSLR sahaja. Untuk Part 2 nanti, saya akan berkongsi Cara Memegang Kamera Compact pula… “Seterusnya…”

Popularity: 20% [?]

Feb
27

Sudah hampir 1 minggu menyepi tanpa sebarang entri baru di blog ini. Terdapat beberapa komen entri yang tidak berbalas gara-gara terlalu buzy dengan kehidupan di alam nyata. Maaf terpaksa mengistiharkan hibernasi buat seketika kerana sedang menyesuaikan diri dengan sekitar tempat baru. Ketika ini, saya tidak lagi berada di kampung, tetapi berada di kawasan perindustrian yang berkaitan dengan pembelajaran yang saya terima di IPT sebelum ini. Apa yang pasti, saya bukan lagi seorang BLOGGER yang ada kalanya bekerja. Tetapi kini, saya seorang pekerja yang ada kalanya berblogging~ “Seterusnya…”

Popularity: 10% [?]

Feb
21

Jika korang ada baca akhbar Utusan Malaysia pada 18 Feb yang lepas, di bahagian Hiburan/Hits, selain terdapat berita mengenai Konsert Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Aizat, terdapat satu artikel bertajuk ‘Rayuan Wardina Kepada Selebriti‘ yang menarik perhatian saya. Dimana rayuan dari artis yang terkenal dengan sebagai model iklan Shampoo Sunsilk ini telah menggerakkan hati saya untuk menaip entri blog pada kali ini untuk memberi SOKONGAN PADU pada Wardina yang berani melangkah kehadapan menyeru para artis di Malaysia ini agar menunjukkan tauladan yang baik kepada masyarakat.

Kalau korang belum pernah baca artikel ‘Rayuan Wardina Kepada Selebriti‘ ini, korang boleh baca petikan kata-kata Wardina dibawah ini.

“Saya menyeru supaya artis-artis kita menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Contohnya, bagi yang bercinta atau bukan muhrim jangan berpegang tangan di depan khalayak termasuklah melalui media massa. “Seterusnya…”

Popularity: 27% [?]

Feb
18

Ok, entri kali ni mungkin agak ‘kosong‘ sikit sebab saya tengah bengang giler dengan Wordpress.org sebab saya tak dapat nak upload gambar. Saya tak pasti masa ada ianya berpunca dari pihak hosting, atau masalah dari Wordpress.org sendiri. Setiap kali nak upload gambar, ini message yang Wordpress beri~

“The uploaded file could not be moved to /home/bla bla/public_html/wp-content/uploads/bla bla/bla bla.”

Adakah ini berlaku disebabkan saya meng’upgrade Wordpress saya dari 2.9.1 ke 2.9.2 ?

Saya dah cuba upload image dari C-Panel, boleh pula. Tapi nak upload image dari Wordpress.org, tak boleh. Kenapa boleh jadi begitu ya? Ada sesiapa yang boleh terangkan? Manalah tahu kalau sebelum ni korang pun pernah mengalami masalah yang sama. Jadi, sudi-sudilah share ilmu macam mana nak selesaikan masalah ini ya~

p/s: Saya budak baru belajar, jika salah sudi-sudilah tunjukkan~ :-((

Popularity: 17% [?]

Feb
14

Malam tadi bermula pada pukul 11.45 mlm, satu semi satu dentuman mercun dan bunga api mula memecah heningan malam di kampung saya sebagai ‘mukadimah’ sebelum masuknya ‘Tahun Baru Cina’ pada pukul 12 mlm. Manakala apabila tepat pada pukul 12 mlm nya, bagaikan bunyi sebuah ‘peperangan’, hampir seluruh kawasan kampung saya dengan serentak berdentum dengan pelbagai bunyi dan rupa mercun yang berwarna-warni. Dibawah ini 2 buah gambar ‘bunga api’ yang paling besar dan kuat bunyinya yang sempat saya rakamkan dengan DSLR saya.

Gambar mungkin tak berapa ‘cun’ sebab saya letak setting untuk shutter speed dan apature tu, main hentam jer. Maklumlah, nak shot dengan cepat~ Tak banyak gambar yang jadi. Yang kat bawah ni, yang kira ok sikit berbanding yang lain. Itu pun macam gegar-gegar jadinya gambar tu. Mungkin sebab tangan saya tak berapa tetap kot. huhu~ “Seterusnya…”

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 23% [?]