3 VideoKlip Menarik Untuk Ditonton

*Entri yang sudah beberapa hari terperap di ‘Save Draft’.

Semasa memeriksa keyword yang masuk ke blog saya beberapa hari lepas, saya telah menemui ‘keyword sesat’ yang membuatkan saya tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala. Kerana keyword yang datang bertandang itu adalah keyword yang telah mengingatkan saya pada kenangan yang penuh dengan warna-warni sebagai seorang student di sebuah IPT lebih kurang setahun yang lepas.

Cuba lihat keyword yang saya gariskan merah diatas. Seperti sebuah pertanyaan disitu, “Best tak MIAT?“. huhu~ Patut ker saya jawab,

Tak Best! Tak Best! Tak Best!~” huhu~ (ok, gurau jer~)

Oklah, kalau nak dibandingkan waktu saya berada di IPT ini dahulu, dari segi kemudahan, boleh dikatakan agak kurang. Tetapi tidak selepas saya keluar dari IPT ini. Sekarang ini, pelbagai kemudahan asrama sudah disediakan. WiFi sudah dipasang 1 asrama- 1 WiFi. Memang best. Berbanding waktu saya dulu, WiFi hanya berada di Student Center sahaja. Saya sendiri terpaksa panjat tingkap asrama dan hayun-hayunkan sensor WiFi untuk mendapatkan signal. Kalau yang student lelaki pula, mereka sanggup beli kuali dan lekatkan sensor WiFi komputer mereka pada kuali untuk meningkatkan lagi signal WiFi yang mereka dapat.

Dari segi pembelajaran, korang tak perlu takut untuk berjumpa dengan pensyarah yang mengajar korang. Dijamin, pensyarah-pensyarah IPT kami sangat sporting orangnya. Bukan saja pensyarah, malah Dekan IPT kami, Tuan Hj Zahir juga seorang yang sporting! Sehinggakan senior-senior saya sendiri, bila mereka hendak menyambung pelajaran ke peringkat Degree, mereka tetap memilih untuk memasuki MIAT. Ini disebabkan pensyarah-pensyarah yang mengajar sudah dikenali dengan sifat friendly mereka. Dari segi kemudahan lain seperti library, bengkel praktikal, surau, badan persatuan, kelab dan sukan, semuanya best. Memang tak rugi belajar di MIAT. Yang pasal kapal terbang dan helikopter, tak usah ceritalah. Sudah tentu korang boleh lihat dan buat maintenance secara live didalam Hangar. Jadi kepada mereka yang menaip keyword “Best tak MIAT‘ tu, saya harap dapat gambaran serba sedikit mengenai MIAT. (Boleh jadi mereka ini adalah pelajar lepasan SPM yang sedang mencari informasi mengenai MIAT). huhu~

Opsss! maaf, terpanjang pula kata-kata pendahuluan saya pada entri ini. Oklah, berbalik pada tajuk diatas. Disini saya ingin berkongsi 3 buah video menarik yang dibuat oleh rakan-rakan junior saya sewaktu di IPT dulu. Kalau nak di ikutkan, terlalu banyak video yang dibuat oleh rakan-rakan IPT saya yang sudah tersiar di Youtube. Tetapi saya memilih 3 videoklip ini kerana ianya lebih kreatif dan menarik untuk ditonton. Walaubagaimana pun, terlebih dahulu saya beritahu, video-video ini adalah berkategori ‘HUMOR’, jadi saya harap korang yang menonton video ini tidak pandang serious atau memandang serong kepada mereka yang menjayakan videoklip ini, Ok~

Jom, kita saksikan video pertama, NIKE.AIR~

Menarik, bukan? Bukan main hebat lagi mereka bermain bola dikawasan MIAT. Sampai bawa bola masuk tidur lagi. huhu~ Pasukan bola sepak MIAT memang boleh tahan, tetapi Pasukan Ragbi MIAT jauh lebih menyerlah kalau tak silap saya.

Ok, kita lihat video kedua pula. Video ini menunjukkan satu kisah pengeboman yang berlaku diasrama lelaki MIAT.

huhu~ Sabar jer lah, siap ada group Taliban lagi disitu~

Dan video yang last sekali. AIR DISASTER~ Mungkin sambungan dari video pengeboman diatas~

Ok lah, cukup setakat ini entri santai hujung minggu untuk kali ini. Terima kasih dan tahniah kepada korang yang sudi baca dan lihat videoklip di entri ini dari mula sampai habis tanpa sebarang ‘skip’! Korang memang comel dan kacaklah sebab dapat baca entri ni sampai habis~ huhu~

Popularity: 2% [?]

Recent Related Posts

9 thoughts on “3 VideoKlip Menarik Untuk Ditonton

  1. owh.. student miat? seronok dgr miat, smua blkr psl kapal terbang eh? so nnti mechanic kapal terbang la eh?

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @paklang, jadi mechanic boleh, jadi enginear pun boleh. tapi nak jadi enginear, kena amik licence la~

    [Balas Komen]

    paklang Reply:

    @Akuro San,

    owh gtu pulak. so majoriti nanti kuar jadi ape? ppuan ramai ke sane? student ppuan ramai jd engineer kpl terbang ke?
    .-= paklang´s last blog ..Photoshop online free! =-.

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @paklang, biasa kuar jadi mechanic. kalau nak jadi engineer, kena kumpul workscheedule dulu (kena ada pengalaman kerja). lepas tu kena amik exam DCA, dah lulus baru jadi engineer.
    sekarang perempuan dah ramai yang masuk miat. perempuan biasa, kalau tak jadi mechanic, boleh juga jadi aircraft planner, atau kerja bahagian management~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p