About Me

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada anda yang sudi meluangkan masa membaca dan memberi komen di blog saya yang tak seberapa ini. Terima Kasih juga saya ucapkan kerana sudi membaca keterangan tentang diri saya yang tak sehebat blogger-blogger lain di Alam Blog ini. Selain membaca dan meninggalkan komen, saya juga menjemput kamu semua untuk menulis autograph di sini sebagai tanda jejak kamu diblog saya.

Siapa Saya?

Di Alam Blog ini, saya lebih dikenali dengan panggilan Akuro San. Sebuah nama Jepun yang telah di’transfer’kan dari nama sebenar saya. Nama Jepun yang penuhnya adalah Akuro Matsuzawa. Tetapi untuk memudahkan panggilan, saya jadikan ia ‘Akuro San’. Mahu menukar nama kamu kepada nama Jepun seperti saya? Kamu boleh lakukannya di sini

Kenapa Berblog?

Dari awal saya mengenali apa itu komputer dan internet, saya sudah memasang angan-angan untuk memiliki sebuah Laman Web sendiri di internet. Kalau dulu-dulu, saya pernah ada Laman Web ‘Card Captor Sakura’ di Geocities. Laman Web yang dibina menggunakan Front Page dan ber’style kebudak-budakan itu tidak bertahan lama kerana kesukaran untuk mendapatkan ‘line internet’ (maklum la, masa tu cuma guna Dail-Up JARING jer… Abis top-up, terus tak leh serve internet lagi.) dan kesibukan melanjutkan pelajaran di Sekolah Teknik… Jadi Website tu telah hilang begitu sahaja. Kemudian, saya ada membuka Web Blog di tblog.com dan Blogdrive. Bagi sesiapa yang nak melihat blog saya di tblog, boleh klik sini… What ever pun, blog tu dah tak der apa-apa dah… Yang dekat Blogdrive, saya dah delete akaun dia. Oh ya, sebelum ni saya pernah juga aktif di Fotopages. Tapi disebabkan saya dah tak aktif di situ, jadi saya dah pasang password di Web Fotopages tu…

Jadi senang cerita, saya berblog ni sekadar untuk terus aktif dan tidak mahu ketinggalan zaman dalam perkembangan dunia komputer dan internet atau lebih mudahnya, tidak mahu dikatakan ‘Buta IT’. Sebelum ini saya sudah pun mempunyai blog di blogspot bernama ‘Strange Girl Stories‘. Alhamdulillah… selepas menyertai contest ‘Selamat Pengantin Baru‘ yang dianjurkan oleh Azahamin, saya telah berjaya memenangi hadiah utama contest beliau iaitu hadiah ‘hosting dan domain dari Baitulbytes‘ yang sedang saya gunakan sekarang nih. Kalau kamu nak baca mininovel yang saya buat untuk contest ‘Selamat Pengatin Baru‘, kamu boleh membacanya disini

Blog ‘Another Strange Girl Stories’ nih tak ada kategori tetap sebenarnya. Ia boleh dikatakan sebuah Blog Rojak bagi saya. Selain itu, saya ada lagi satu blog, ‘Resepi Budak Muar‘. Bagi sesiapa yang suka memasak, suka makan dan suka melihat gambar makanan, anda dijemput untuk menerjah ke blog berkenaan…

Penutup
Ok, itu saja cerita mengenai diri saya dan blog.
Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu menghubungi saya, boleh la menghantar email kepada saya di nur.keistimewaan@gmail.com
Sekian, saja dari saya…

Popularity: 9% [?]

24 thoughts on “About Me

  1. salam ramadhan akuro san..
    nice blog..erm..sy br je bk blog gn wordpress ni..br nk bljr..so sudila kiranya cik akuro san beri tnjk ajar k..thanx..

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @wawa, Insya’Allah… saya akan cuba ajar mana yg boleh la.. :)

    [Balas Komen]

  2. Salam … menarik u punya blog.. simple.. senang nak baca n clear.. saya suka.. yang penting tersusun dan tak menyemakkan mata.. Tahniah… :D

    [Balas Komen]

  3. Salam Sis, Rasa macam nak bela arnab jenis loop ear. Agak2 jenis loop ear ni cerewet tak penjagaannya. Lagi satu tentang tempat/reban arnab ni, mana lebih baik, buat lantai tinggi dari tanah atau di atas tanah????

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p