Dalam perjalanan pulang dari Muar ke Subang pada malam Ahad yang lepas, saya ada mendengar siaran radio ‘Hot FM Top 30′ yang sedang menemu-bual artis jemputan mereka iaitu Yusry Abdul Halim dan Ummi Nazeera. Dimana, didalam temubual itu mereka sedang bercerita mengenai Filem ‘Hikayat Merong Mahawangsa’. Dari mendengar temubual dan triller yang diperdengarkan pada ketika itu, saya dapat menjangkakan yang filem ini mungkin sebuah filem yang mempunyai persamaan seperti filem Troy, atau mungkin seperti filem Epik China/kungfu. Memandangkan filem ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ ini adalah filem Epik pertama di Malaysia dan jalan ceritanya berkaitan dengan sejarah Tanah Melayu, maka ianya telah membuatkan saya teruja untuk menonton filem tersebut.
Untuk pengetahuan, sejak masuk Tahun Baru 2011 ini saya langsung tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang dan pada hari semalam 10 Mac 2011, filem ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ telah menjadi filem pertama yang saya tonton pada Tahun 2011. Seperti yang kita ketahui, cerita ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ adalah sebuah sejarah bagaimana Merong Mahawangsa menjadi Raja Pertama di Langkasuka yang terletak di utara Tanah Melayu. Manakala Geruda pula bersumpah untuk menyerang Raja Rom kerana tidak mahu Raja Rom memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China.
Watak-watak dalam filem ‘Hikayat Merong Mahawangsa‘;
Pelakon Utama
* Stephen Rahman Hughes: Merong Mahawangsa, pahlawan dan nakhoda Melayu dari Kedah.
* Dato’ Haji Rahim Razali: Kesum, pawang Melayu yang mengenali Merong sejak merawatnya.
* Ummi Nazeera: Embok, kekasih Merong.
* Khir Rahman: Kamawas, ketua lanun Garuda yang menculik Puteri Meng Li HuaPelakon Pembantu
* Jehan Miskin: Embi
* Nell Ng: Ying Ying
* Umie Aida: Lang, ibu Merong Mahawangsa
* Mano Maniam: Warga Goa
* Maya Karin : Warga GoaPelakon Sampingan
* Jing Lusi: Meng Li Hua, Puteri China
* Gavin Stenhouse: Marcus, Putera Rom
* Craig Robert Fong: Liu Yun, Laksamana China
* Eric Karl Henrik Norman: Lycius, Laksamana Rom
* Keith Chong: Maharaja China
* Deborah Henry: Yesoddhra
* Wan Hanafi Su: Taji
* Kuswadinata: Phra Ong
Semasa menonton permulaan cerita didalam filem ‘Hikayat Merong Mahawangsa’, saya menjangkakan filem ini lebih kurang seperti filem ‘Puteri Gunung Ledang’ yang akan sarat dengan kisah cinta diantara seorang pahlawan dan Tuan Puteri. Ini kerana dalam permulaan munculnya watak Merong Mahawangsa, kita dihidangkan dengan aksi perlawanan Merong Mahawangsa didalam gelanggang gara-gara dihukum kerana hendak mengahwini gadis Goa (Hindu) dari keluarga bangsawan. Kemudian semasa perbualan (sambil bermain pedang) diatas kapal antara Merong dan Putera Rom (Marcus), Merong ada memberitahu dia sering mengingati sajak yang disebut oleh ibunya. Saya menjangkakan sajak itu pasti berkaitan dengan kisah cinta. Walaubagaimana pun, jangkaan saya ternyata silap! Dan kalau korang nak tahu apa sebenarnya rahsia disebalik sajak itu, korang kenalah pergi menonton sendiri filem ini ya. Tak surprise kalau beritahu awal-awal. huhu~
Disepanjang saya menonton filem ini, saya dapati filem ini menggunakan bahasa yang bercampur. Iaitu bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan sedikit bahasa India. Kebanyakan dialog filem ini menggunakan Bahasa Inggeris. Terfikir juga saya, mengapa filem ini tidak menggunakan bahasa mengikut tempat yang sebenar? Maksudnya, hanya didalam perbualan antara Orang Rom dan orang Melayu atau China saja yang menggunakan Bahasa Inggeris. Tetapi untuk perbualan antara Panglima China, Puteri China, dan Dayang Puteri China menggunakan Bahasa Cina. Manakala perbualan Merong dan orang Melayu/Langkasuka menggunakan Bahasa Melayu. Ini kerana saya rasakan agak janggal bila melihat Tuan Puteri China dan Dayang nya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ianya tidak nampak natural. Biar pun ianya cuba menggambarkan yang Tuan Puteri China dan Dayang nya ada mempelajari bahasa asing (Bahasa Inggeris), tetapi untuk percakapan seharian seperti babak sedang mandi, babak dayang mengintai kedatangan Merong dan Putera Rom, juga babak selepas Tuan Puteri China berjaya merampas ‘rantai kebal’ yang dipakai oleh Kamawas lebih nampak natural jika dialognya dalam Bahasa Cina. Bagi saya, saya tidak percaya yang seorang Tuan Puteri China dan Dayangnya akan bercakap dalam Bahasa Inggeris pada setiap masa.
Walaubagaimana pun selepas saya membaca Wikipedia Hikayat Merong Mahawangsa (filem), barulah saya faham yang filem ini dibuat dengan target untuk pasaran filem diluar negara. Maka tidak hairanlah jika dikatakan lebih kurang 70% dialog filem ini menggunakan Bahasa Inggeris.
Dari segi pakaian watak bagi orang-orang Langkasuka, terutamanya watak Embuk (Ummi Nazeera) dan Kesum (Dato Hj Rahim Razali). Saya agak pelik dengan pemakaian mereka yang tidak menampakkan mereka Orang Melayu Asli yang biasanya memakai Baju Kebaya dan Baju Melayu. Disini, saya terpaksa ‘set’kan minda saya yang filem ini adalah kisah pada Tahun 120, dimana ianya adalah kisah semasa sebelum datangnya Agama Islam di Utara Tanah Melayu.
Untuk kesan khas dalam filem ini (CGI), biar pun tidak boleh menandingi filem-filem Epik antarabangsa, ianya tetap boleh dibanggakan. Kesan tusukan panah dan tikaman pedang memang nampak ‘real’. Pertarungan yang tidak nampak seperti dibuat-buat dan watak Merong seorang Raja yang gagah perkasa kelihatan sempurna. Ini membuatkan filem ini tidak bosan ditonton. Dengan menelan belanja pembikinannya sebanyak RM8 juta, tidak dinafikan filem ini adalah filem aksi yang hebat berbanding filem-filem Malaysia sebelum ini.
Selain itu, jalan cerita filem ini ada diselitkan juga dengan babak yang menggelikan hati. Antaranya babak Dayang Tuan Puteri China (Ying Ying) yang terpaksa berpura-pura mati dipanah gara-gara terpisah dengan Tuan Puteri China ketika hendak melarikan diri.
Jadi secara keseluruhan filem ini, saya letakkan markah sebanyak 90%. Dimana filem ini sememangnya filem yang wajib ditonton. Jalan ceritanya penuh dengan aksi dan ianya bukan sebuah kisah cinta yang meleret. Kalau tak percaya, korang pergilah tonton sendiri. Memang korang akan berpuas hati dengan jalan cerita dan aksi pertarungan dalam filem ini…




















bagi gua agak boring r filem nie..banyak sembang…
jalan cita bersepah..
tshirtkoyak´s last [type] ..cara nak bagi cikgu berenti kerjapart 1
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
March 11th, 2011 at 9:09 pm
agak boring? jalan citer bersepah? entahlah bagi saya jalan cerita dia ok jer dan saya tak rasa boring pun tgk filem nih. Malah saya baca review rakan blogger lain yg sudah menonton filem nih pun rata-rata mengatakan filem nih best. Jadi ini membuktikan filem nih tidak hanya best di mata saya saja…
[Balas Komen]
hye. sy pun baru tengok cite ni td.
anyway, it’s really interesting.
I don’t know why certain people keep saying “biasa biasa je”,”x best pun”. huhu.
Izyan´s last [type] ..Sem ni busy macam mengalahkan MENTERI !
[Balas Komen]
belum tgk lagi….sbb tiada kesempatan. tapi memang nak tgk sebab saya suka filem epik.
psst….HMM ni bukan filem epik pertama di malaysia.. dah ada filem lain, Puteri Gunung Ledang…
Kancilbiru´s last [type] ..Ill be in KL hari ini
[Balas Komen]
a good try. give them a credit. Tak cuba tak tahu. Mestilah ada kelemahan, tapi dari situ boleh memperbaiki.Overall,seronok dan menarik..
[Balas Komen]
walopon taklaa sehebat mana kalo nak dibandingkan ngan hollywood.. tapi nie langkah permulaan, cukup bangga ngan cite nie walopon tak laa best sgt.. hahahaha
amboih, sampai satu perenggan nak potong tue..hohoho
samanosuke_04´s last [type] ..3 Jenis Pelajar Medic Kat Moscow Nie…
[Balas Komen]
Suatu yg amat membangakan bagi saya. jln cerita yg menarik berbanding cerita yg tertulis dlam hikayat. semoga lebih banyak kisah sebegini di filemkan agar generasi muda lebih memahami kisah silam.
[Balas Komen]
lokasi filem ni die buat kat area tempat saya..iaitu kat pantai bukit keluang…
[Balas Komen]
rata-rata ramai yang menyukai crita ni…tp aku msih belum tgk lg
[Balas Komen]
salam…saya akan beli dslr dlm masa terdekat ni..mintak tolong miss carikan maklumat utk saya…bpa harga terbaru utk nikon d60, d3000 dan d3100….plisss…huhu..klu nk emelkan pada sy pun boleh. [email protected]
[Balas Komen]
salam kak aza…
kenal kite tak?
[Balas Komen]
mengenai sejarah kedatangan orang melayu
ke tanah melayu.setelah lama berperang.kini
orang melayu telah jumpa satu tanah yang
sangat baik.sebab tu orang melayu ni ada jawa,
bugis,kandazan dan sebagai.mereka tetap melayu.
Ali ridha´s last [type] ..Google beri hadiah kredit Adwords RM125
[Balas Komen]
Nope. Script dia poorly written. Acting dia agak “wooden”… ovr: 4/10. Aksi dia terpaksa terbawak kepada dialog and OST dia suck ass !
[Balas Komen]
xnak komen. sekadar nak ajak utk buat perbandingan dgn filem ‘the queen of langkasuka’… pasal melayu juga. filem yg dibuat oleh siam..
[Balas Komen]
xnak komen. sekadar nak ajak utk buat perbandingan dgn filem ‘the queen of langkasuka’… pasal melayu juga. filem yg dibuat oleh siam..
http://greatestmoviecollection.blogspot.com/2009/12/queen-of-langkasuka-dvdrip-2009-rmvb.html
[Balas Komen]
entry nie bermanfaat untuk assignment saya.. Thankz…
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
October 1st, 2012 at 5:40 pm
you’re welcome~
[Balas Komen]