Sudah berzaman rasanya tidak meng’update blog nuristimewa.com ini. Rasa kekok pula jari-jari ini bila cuba menaip kembali. Ditambah pula dengan wordpress versi 3.2.1 yang kelihatan jauh berbeza dengan wordpress versi sebelum ini, agak terpinga-pinga juga saya untuk mengingat kembali penggunaan SEO, Trackbacks, Custom Fields, Format dan sebagainya. Seperti yang korang lihat, saya sudah pun menukar theme blog ini kepada theme yang lebih menarik bagi pandangan mata saya dan akan saya perbaiki sedikit demi sedikit dari masa ke semasa.
Oklah, berbalik pada tajuk yang hendak saya bincangkan. Seperti yang kita sedia maklum, dimana hari ini adalah hari Jumaat yang tarikhnya jatuh pada nombor yang cantik iaitu; 11/11/11. Saya yakin ramai yang telah merancang detik, peristiwa, atau majlis yang istimewa pada tarikh hari ini. Antaranya, majlis perkahwinan, pertunangan, melahirkan anak, dan pelbagai lagi. Tidak lari juga, mungkin pada tarikh hari ini adalah tarikh yang menyedihkan, pemergian orang tersayang, peperangan, pertelingkahan dan sebagainya. Seperti yang saya lihat dalam berita pukul 8.00 mlm tadi, dimana berlakunya eksiden sebuah bas rombongan sekolah dan sebuah lori di Lebuhraya mengarah ke Rawang. Takziah saya ucapkan kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat. Semoga roh insan-insan yang terkorban berada didalam rahmat Allah s.w.t…
Bagi diri saya sendiri, hari ini adalah hari biasa yang sama dengan hari-hari lain yang saya lalui. Dimana, bermula dari sebelum masuknya Hari Raya Aidil’Adha sehinggalah ke hari ini terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku didalam hidup saya yang membuatkan hati dan perasaan saya dari hari ke hari menjadi semakin ‘HILANG’…. Apa yang telah berlaku? Biarlah saya ceritakan pada artikel yang akan datang. Jika tidak pun, biarlah ianya menjadi rahsia sahaja…
Cuma apa yang istimewanya pada hari ini, saya telah mengambil keputusan untuk mengaktifkan diri semula didalam dunia blogging dan meng’update semula blog ini. Biar pun sebelum ini blog ini tidak ber’update, hakikatnya saya tidak benar-benar berhenti didalam dunia blogging. Jika korang ada mengikuti Twitter dan Facebook saya, terdapat juga update-update terkini yang saya keluarkan didalam ‘LiveBlog’ saya yang mungkin tidak ramai yang tahu. Untuk pengetahuan, domain nuristimewa.com ini terdapat ‘subdomain’nya yang aktif dan sentiasa ber’update. Apakah nama blog-blog subdomain itu? Akan saya perkenalkan pasa artikel yang akan datang….
Ok, Sekian untuk entri kali ini~
















theme nom nom ke? huhu, memang ramai blogger otai yang pakai theme nie, kite pun bercadang nak tukar theme nie gak pasnie, sebab kemas dan almost fully customizable.. XD.
btw, selamat hari raya haji…
samanosuke_04´s last [type] ..Hari Raya AidilAdha 2011 (Yang Agak Pelik!)
[Balas Komen]
11.11.11 – kazen saye sah menjadi isteri org…
wahhhhh dah lame x pakai wordpress..
dlu pakai…
now pakai blogspot je…
……IKLAN………
salam..
jom join event anjuran saya..
sila klik SINI
kai´s last [type] ..Jom Komen Blog Saya!
[Balas Komen]
Salam Nur. Nak tanya, round corner yang facebook like, google + dan twitter tu macam mana nak tambah? Ada menggunakan plugin tambahan?
Terima kasih (:
Nik Hamizan Hazwan´s last [type] ..a Quotes – Nikkita Hellings
[Balas Komen]