Ada Apa Dengan WINDOWS 7

Dua hari lepas saya bertungkus-lumus mengemas kini dan burn segala folder dan file yang terdapat didalam laptop ASUS yaang sedang saya gunakan ini. Kemudian pada hari semalamnya pula saya bertungkus-lumus meng’install WINDOWS 7 sebanyak 3 kali untuk cuba melepasi ‘Activated’ windows tersebut. Akhirnya berjaya juga saya activated kan WINDOWS 7 ini, dengan bantuan kakak saya lebih kurang pukul 10 mlm tadi. Mesti korang rasa pelik bukan. Kenapa kena install WINDOWS 7 tu sampai 3 kali? huhu~

Sebenarnya, saya sangka install WINDOWS 7 nih sama macam install WINDOWS XP. Maksudnya bila kita install, dia akan secara automatik mengformat komputer kita dan install Windows yang baru. Rupa-rupanya tidak. Selepas kali pertama install WINDOWS 7, saya periksa hardisk (Partition C) saya jadi penuh (full)! Sedangkan sebelum saya install WINDOWS 7, saya ada juga membaca beberapa review mengenai WINDOWS 7 dari KillVearn, JustKhai, dan Piratz. Mengikut review mereka, WINDOWS 7 nih tidaklah jenis yang makan ruang sangat. Tapi kenapa hardisk saya boleh jadi penuh pula? Lebih sakit hati bila saya cuba untuk crack activated Windows tersebut, crack PlusPatch yang disediakan dalam DVD WINDOWS 7 (original full version) ini tidak dapat berfungsi. Kerana tidak puas hati, saya install semula WINDOWS 7 untuk kali ke-2 dan cuba crack semula. Tetap tidak berhasil, malah hardisk saya juga semakin penuh.

Bila kakak saya balik kerja, dia periksa laptop saya dan beritahu yang WINDOWS 7 nih, cara nak install dia sama dengan WINDOWS VISTA dimana kita kena format dan boot sendiri komputer kita sebelum install Windows yang baru. Jadi, apa saya buat, saya install semula WINDOWS 7 Ultimate. Check sini untuk buat ‘DVD/USB Bootable Windows 7′. Sementara kakak saya pula membantu carikan crack PLUS PATCH yang boleh digunakan untuk crack Windows tersebut. Dibawah ini crack yang kakak saya temui…

Windows 7 All PlusPatch 10

Oh, ya… Sebelum terlupa, untuk pengetahuan WINDOWS 7 Ultimate yang saya dapat nih adalah jenis Version 6.1, Build 7068. Kalau lihat sekarang nih, yang orang duk kata bagus tu yang jenis WINDOWS 7 Ultimate, Build 7600 kalau tak silap. Hurmm~ itulah, nak kata apa… dah terbeli… jadi, pakai jer lah~ huhu~

Power4Gear di laptop ASUS

WINDOWS 7 memang bagus sebab dia dah install kan sekali semua driver yang diperlukan untuk laptop kita. Selain itu, wallpaper, paint, taskbar, calculator, game baru dalam windows, dan banyak lagi sudah diperbaharui di WINDOWS 7. Boleh dikatakan saya suka juga dengan WINDOWS 7. Tapi sayangnya, saya tidak dapat meng install CD driver yang khas untuk laptop ASUS saya. Ini bermakna, saya tidak dapat menggunakan fungsi istimewa keyboard ‘Colored Hot Keys‘ dan ‘Suis/Status Indicators‘ di laptop saya. Dimana disitu terdapat ‘gear‘ (Power4Gear) yang membantu saya menjimatkan penggunaan bateri laptop mengikut penggunaan. Dengan erti kata lain, fungsi istimewa pada laptop ASUS saya sudah tiada. Cuba install CD PC Suite untuk Sony Ericsson K800 pun tak lepas juga.

Buat masa ini, saya akan gunakan juga WINDOWS 7 ini memandangkan sudah bersusah payah meng’install. Mungkin jika rajin, saya akan bertukar pada WINDOWS XP semula untuk memudahkan kerja saya menggunakan laptop ASUS ini. Jika korang ada apa-apa cadangan untuk saya mendapatkan balik fungsi istimewa laptop ASUS ini, atau mungkin korang mempunyai pendapat tersendiri mengenai WINDOWS 7, korang bolehlah cerita diruangan komen…Ok…

Popularity: 4% [?]

Recent Related Posts

31 thoughts on “Ada Apa Dengan WINDOWS 7

  1. kalau mcm tu baik buat 2 windows dlm satu laptop…maknenye bole tukar2 bila nak….ade window xp dan ade window 7 serentak……….renung2kan dan selamat beramall….~~~

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @shah~, ish, tak berat ker pasang 2 window dalam 1 laptop? :-|

    [Balas Komen]

  2. wow dah pakai windows 7 dah. masa mula-mula pakai memang akan rasa pelik sket banding ngan winxp. tapi bila dah lama-lama windows 7 la yang da best. hehe

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @zaiMi, betul juga. saya dah 2 hari pakai Windows 7 nih, dah rasa macam best la pulak~ huhu~ :D

    [Balas Komen]

  3. Salam…aku rase tak ssh nk install Win7 ni,janji format dulu partition dlm C, then baru wat install baru, maka harddisk pun tk pnuh. Yg penting pastikan partition C kosong dulu,baru install yg baru. skadar pendapat. Slamat dtg pengguna bari Win7. huhu

    P/S: Beri mase utk biasekan dulu Win7 ye…mesti ko suke punye. huhu
    .-= finalcross´s last blog ..Penantian Iron Man 2 =-.

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @finalcross, betul lah tu~ sekarang nih, memang rasa macam dah tak nak tukar ke Windows XP balik~ huhu~ tapi sayang, sebab tak dapat guna driver yang khas untuk ASUS tu~ Dah check kat web ASUS, dia cuma update driver yang boleh guna dengan Windows 7 tu kat model laptop baru jer. Yang model laptop lama nih, dia belum update lagi driver dia~ :(

    [Balas Komen]

  4. Semasa membuat installation software2 lama, gunakan ‘run as adminsitrator’.. Lepas install, setkan compability jadi ‘Windows XP’ dlm properties .exe program tu.

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @Akmal, oh, boleh erk buat macam tu? nantilah saya cuba ya~ :)

    [Balas Komen]

  5. 1st of all thanx coz ada backlink disitu.. tahniah sbb dah melangkah ke windows terkini namun version yang anda gunakan tidak latest.. hohoho.. saya ada jual dvd windows 7 original retail all in one version.. boleh usha ape maksud all in one di sini:

    http://killvearn.com/blog/cara-mencipta-dvd-windows-7-semua-dalam-satu/

    crack yang anda gunakan mungkin bagus namun saya tak sempat cuba lagi sbb lani dah bersara dari format pc sesape.. moga windows 7 menjadi kegilaan remaja mahupun dewasa kala ini.. ia windows terbaik pernah saya agungkan..

    [Balas Komen]

    Piratz Reply:

    @Kill-Vearn, Aku ade Vearn… Nasib bek ade ko bro… berjaya gak aku buat…
    .-= Piratz´s last blog ..Membuang Aplikasi AntiVirus Palsu =-.

    [Balas Komen]

  6. Pasal Fungsi Laptop ko tue, ko dah try blom Vista punye installer…
    kalau ko nak Windows 7 Build 7600 aku leh bagi.. ko duk area mane?
    Another thing. 7068 akan expired tak lame lagi… kalau nak pakai, bek cari yang 7600…
    kalau berminat, mail aku/shout kat blog aku ea…

    thanks for backlink…
    .-= Piratz´s last blog ..Membuang Aplikasi AntiVirus Palsu =-.

    [Balas Komen]

  7. install la blek special features yg ada kat Asus tu..cam saya pun, time install windows 7 ni special features semua hilang..tapi senang je nak install blek..hehe..then..waaallaahhh!!!

    saya dah lebih dua bulan pakai windows 7..dan ianya terbukti memudahkan hidup saya…sgt memudahkan wat assignment..!! lagi best sebab processor saya laju!!! yeeepeee!!!

    [Balas Komen]

  8. huh! install 3 kali?? hehe…
    Pasal masalah harddisk penuh tu sbb kalau kita install tanpa format pada edit partition, maka segala file windows lama kita boleh akses, dia akan rename folder kepada windows.old, itu je kot pasal harddisk penuh.

    Pasal windows update (sprti driver) tu just automatic, kalo dah expert boleh la nak tick mana yg perlu dan tak perlu untuk install. Kalau boleh masa install dan lepas install, check for updates.

    Sebenarnya tak perlu tukar semula kepada XP, sbb asus mmg sudah sediakan segala software yg boleh digunakan untuk windows 7, hanya perlu tahu software apa yg nak digunakan, model laptop. boleh download di laman rasmi asus.

    Panjang la pula komen ni.. cukup kot. tima kasih.
    .-= arynet´s last blog ..Meringkaskan Paparan Mybloglog Widget =-.

    [Balas Komen]

  9. kite kene wat assgment bout cmne nk instol use linux n windows..now kte find lam ie..x dpt lgsg…how to instl windows n linux.. can u help me…give answer…plezzz…..2day i get this assgment..2morrow kne send la,,,skt kpleeee… help me….

    [Balas Komen]

  10. Salam, aku newbie je lam baba nie..win7 aku detect driver tak compatible, xtau driver apa yg tak compatible tu..da tu aku install game pon ada yg tak support, tu hampeh tu..sekarang terfikir nak install win xp balik, yg pntg dpt main game..lau tak rugila aku beli pc mahal2 nie..huhuhu

    [Balas Komen]

  11. aku nak tnya la ape perbezaan windows7 original dgn tak original. lgi satu klw kita guna cetak rompak cd windows7 untuk formad n ragster guna no cdkey bwh laptop kita blh ke windows7 tu bertukar jadi original

    [Balas Komen]

  12. Definitely, what a great blog and enlightening posts, I surely will bookmark your blog.Have an awsome day!

    [Balas Komen]

  13. salam. ni sye nk tye skit. windows 7 ade bnyk jenis kn. jadi mne yg lebih elok… contohnye skg, sye gune windows7 Ultimate. ble install games je, ade yg x blh support. yg mane lebih elok di antara jenis2 windows7.. tolong beri pandagan dgn pengalaman yg anda ade

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p