Aerocarnival UniKL MIAT

Picture from AhmadZamri

Picture from AhmadZamri

Semalam 26 Julai 2009, akhirnya saya menjejakkan kaki juga di UniKL MIAT untuk memeriahkan dan menyesakkan lagi Majlis Aerocarnival yang telah diadakan sejak hari Sabtu lagi. Mula-mula, ingat nak pergi dari pagi, tapi anak saudara pulak ada ‘Sekolah Darjah Khas’. Jadi terpaksalah bertolak lebih kurang pukul 5.30 ptg. Alang-alang pergi sebelah petang, saya bawa Mak Cik saya sekali untuk temankan saya memandu pada waktu malam. Saya teruskan perjalanan sampai ke KL, dan bermalam di rumah Abang saya di Tmn Muda, Cheras. Pagi Ahadnya, barulah kami bertolak ke MIAT.

Ok, bolehlah lihat gambar-gambar yang saya ambil guna handphone Cybershoot saya ni sambil baca entry ni sampai habis ya…

Pilot in the future...

Pilot in the future...

dari kanan; Jet Pejuang Skywalk, Anak Mak Cik & Anak saudara saya

dari kiri; Jet Pejuang Skywalk, Anak Mak Cik & Anak saudara saya

Naik helikopter dengan bayaran RM85 shj. Saya tak naik pun, sbb tak der duit.

Naik helikopter dengan bayaran RM85 shj. Saya tak naik pun, sbb tak der duit.

Helikopter perhiasan?

Helikopter perhiasan?

Aircraft B727 & kaunter untuk daftar menaiki helikopter.

Aircraft B727 & kaunter pendaftaran untuk menaiki helikopter.

Bahagian dlm HANGAR. (eh, mamat kat belah kiri gambar nih, terkejut ker? hehe...)

Bahagian dlm HANGAR. (eh, mamat kat belah kiri gambar nih, terkejut ker? hehe...)

Kami sampai di MIAT, lebih kurang pukul 10pg tak silap. Sampai-sampai saja, saya terus parking kereta di kawasan parking instructor yang kebetulan ada tempat kosong disitu. Lepas tu, kami terus saja bergerak ke HANGAR. Eh, kamu tahu ker HANGAR tu apa? Apa yang pasti, ia bukanlah hangar baju atau hangar seluar…HANGAR adalah tempat untuk Kapal Terbang/pesawat menjalani maintenance. Disitu jugalah tempat technician, mechanic dan enginear menjalankan tugas. Kalau Aerocarnival yang sebelum nih, hampir semua syarikat yang berkaitan dengan industri penerbangan telah dikumpulkan di MPH. (MPH tu singkatan dari Multiperpose Hall-bukan kedai buku MPH ye kawan-kawan, ini mesti ada yang ‘celik biji mata’ bila dengar nama MPH, exspecially kepada orang2 yang suka baca novel… hah, faham dah… nak pergi kedai buku MPH yang paling dekat, ada di Alamanda ya…) Tapi untuk Aerocarnival kali ini, ianya telah diadakan di Hangar. Sepanjang saya berada disana, saya dapati Aerocarnival kali ni agak kurang meriah berbanding Aerocarnival yang sebelum ini. Sebab tak banyak syarikat penerbangan yang buat ‘walk in interview’ untuk kali ini. Tapi tak tahulah kalau mereka dah buat waktu hari Sabtu. Sebab semasa saya datang, ada beberapa bahagian pameran yang kosong, yang saya rasakan ianya adalah milik bahagian syarikat-syarikat vendor. Syarikat penerbangan lain seperti MAS, Air Asia, Berjaya Air, atau Transmile tidak pula saya temui. Tapi tak tahulah kalau saya yang terlepas pandang. Pameran MAS yang ada pun untuk pengambilan METC, bukan untuk pengambilan kerja.

Agak kecewa jugalah. Sebab saya ada bawa 5 keping resume masa datang ke Aerocarnival kali ni. Tapi tak pasti nak beri pada siapa. Ada jugalah saya ‘drop’kan di bahagian SAS satu, dan satu lagi saya berikan pada seorang instructor untuk di hantar ke CTRM. Instructor yang saya jumpa di kedai Ragbi MIAT ni beritahu saya, mungkin ada kekosongan di ‘Berjaya Air’. Jadi dia suruh saya ‘check’ di Hangar. Jadi saya pun pergi semula ke Hangar buat kali ke-2. Masa tengah mencari-cari bahagian pameran ‘Berjaya Air’ (berjalan dengan mata tak tengok depan…), tiba-tiba saya telah ditegur dengan seseorang yang pernah menjadi ‘sejarah’ dalam hidup saya sewaktu saya di MIAT dulu.

:!: [-----ditapis-----]

Oklah, berbalik pada Aerocarnival tadi. Selain dari ‘walk in interview’, terdapat pelbagai jenis jualan yang diadakan seperti Kopi Radix, Herbalife, Kereta Viva (hah, kereta pun ada?) dan macam-macam lagi lah…  Saya berada disana sehingga waktu Zohor. Lepas solat Zohor di Surau Saidina Ali, saya pun terus bergerak balik ke Muar. Terfikir juga ingin menunggu majlis hingga ke petang, tapi Mak Cik pula dah mengajak saya balik sebab anak dia dah mengantuk sangat. Jadi tak dapatlah saya melihat acara yang diadakan di sebelah petangnya…

Inilah sedikit sebanyak perjalanan saya memasa datang ke Majlis Aerocarnival di UniKL MIAT nih. Harap kalau ada lagi buat Majlis macam nih pada masa akan datang, diharapkan lebih banyak lagi syarikat-syarikat aviation yang akan turun membuat ‘walk in interview’ bagi memudahkan bekas pelajar mencari pekerjaan yang terbaik selain dapat memeriahkan lagi majlis ini.  Akhir kata, terima kasihlah saya ucapkan kepada sesiapa yang sudi membaca entry saya yang macam novel ni hingga habis. Kamu memang comel lah, kalau kamu baca entry ni tanpa ‘tebuk-tebuk’. hehe…

Popularity: 1% [?]

Recent Related Posts

12 thoughts on “Aerocarnival UniKL MIAT

  1. aHa..i ade g sane jgk ari2..smpt naik helicoPter..dats was a great xperience..haha..really xcited!~

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @Miz Diya; oh really? best nyer! saya pun tak berpeluang nak naik helikopter hari tu.. maklumlah… duit tak der..huhu~

    [Balas Komen]

  2. ohw… adik sy ada bagi gambar dia time karnival tu… hehe sy suruh tangkapkan gambar utk buat wallpaper. Tapi tak byk yg sy suka… hehe ada gambar lepas hujan ada bayang2 lak kat gambar tu. yg lain lak gambar dia dgn kawan dia…

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @fahmi087; oh, ye ker… kenapa tak dtg sendiri ke sana… boleh tangkap gambar kapal dan helikopter banyak2 kat sana… :D

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p