Another Strange Girl Stories

Life And Fate Like A Wheel

Akta 588 Seksyen 233, Terhadap AdukaTaruna

Selepas 25 laporan polis dibuat, dan blognya dihentam oleh pelbagai pihak, akhirnya pemilik blog Aduka Taruna datang menyerah diri di Balai Polis Kota Bahru pada hari semalam. Aduka Taruna telah ditahan dibawah AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998, Seksyen 233 diatas kesalahannya menghina Almarhum Sultan Johor didalam blognya pada hari Jumaat yang lepas. Dengan ini, diharapkan kes seperti ini dijadikan pengajaran dan tidak berlaku lagi kepada blogger-blogger Malaysia yang lain.

Dibawah ini, saya sertakan apa yang tertulis didalam Akta 588, Seksyen 233 untuk peringatan kita bersama.

AKTA 588
AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X – AM
Bab 2 – Kesalahan Dan Penalti Tambahan

——————————————————-

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

p/s: Kalau tak silap saya, dari mula pembabitan saya dalam dunia blogging waktu di blogspot dulu, saya sudah pun mengetahui mengenai Akta diatas. Bagaimana dengan korang? Rasa-rasanya, korang dah lama tahu tapi buat-buat tak tahu, atau korang memang tak pernah tahu tentang kewujudan Akta diatas?

Hah, jawab! jawab! huhu~ :worried:

Reference: Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 7% [?]

posted by Akuro San in Berita,sembang-sembang and have Comments (19)

19 Responses to “Akta 588 Seksyen 233, Terhadap AdukaTaruna”

  1. Neon says:

    ape blog dia ye? nak tau gakk hehe

    [Reply]

  2. aus says:

    erk..xpenah tau pun..huhuh..
    thanx atas info tu..
    aus´s last blog ..SURAT BUAT ADUKA My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @aus, oh, ye ker? tak per bacalah dan fahamkan ya~ untuk peringatan~

    [Reply]

  3. touya says:

    baru hari nie tahu …. ngeee
    touya´s last blog ..Customerku yang baik My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @touya, sorang lagi~ huhu~ :grin:

    [Reply]

  4. MuNsYi~SaMa says:

    baru tau gak akta ni. thanks for sharing.50 ribu kot. byk gile.
    MuNsYi~SaMa´s last blog ..Al-Fatihah: Zainul Arifin M3, Sultan Iskandar and Tengku Mohammad Onn UIA My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @MuNsYi~SaMa, itu lah pasal~ apa pun, kalau kita tak cari pasal dengan orang, takkan orang nak saman kita~ :)

    [Reply]

  5. zuls says:

    tau pasal akta ni ada, tapi takdelah tau sedetail ni.. nampaknya memang pihak berwajib kena buat kempen ni.. tentu ramai lagi yang tak tau..
    zuls´s last blog ..Jom Tukar Link My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @zuls, kalau nak diikutkan, kadang2 kita dah tak akan rasa bebas untuk bersuara bila kita tahu adanya akta-akta begini. tapi bila dipandang pada sudut berbeza, akta begini mungkin berguna untuk mengekalkan keamanan~ wallahua’lam~

    [Reply]

  6. Mr Kamikaze says:

    harap2 benda nie akan jadi pengajaran buat semua blogger di Malaysia termasuklah diri gua sendiri…

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @Mr Kamikaze, yup. termasuk diri saya juga~

    [Reply]

  7. mohdhanif says:

    berani buat berani tanggung…
    mohdhanif´s last blog ..Senarai Blog Hina Sultan Johor -Biadap Punya Manusia My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @mohdhanif, itu sudah tentu~ apa pun, jadikan pengajaran dengan apa yang dah berlaku~

    [Reply]

  8. syin says:

    hahaha..dapat liputan meluas ttg AT ni…

    tahu wujud akta mcm tu…tapi xtahu plak akta tu akta apa…hehehe…

    [Reply]

  9. mario says:

    tak tau jugak..huhu.
    bahaya ni..takleh sebarangan cakap lagi lepas ni
    mario´s last blog ..Mana Pergi Blog Holywar-efairy.Blogspot.com Menghilang? My ComLuv Profile

    [Reply]

  10. ariff says:

    aku baru tau ada akta ni. haha~

    Macam-macam..
    ariff´s last blog ..Memperkenalkan Apple iPad My ComLuv Profile

    [Reply]

  11. x-po says:

    kononnya negara demokrasi dan bebas bersuara, tp nape diwujudkan akta ni? hehe
    x-po´s last blog ..MULUT KORANG CAMNE? LASERKAH? My ComLuv Profile

    [Reply]

  12. MAT says:

    Salam. Perkara pri hal dahulu lagi aku malas hendak menulis adalah kerana; Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

    (1) Seseorang yang—

    (a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

    (i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

    (ii) memulakan penghantaran,
    jadi maksud membuat mewujukan atau meminta itu boleh di digunakan perbagai dakwaan kepada penulis….. Tidak pasal-pasal SB datang rumah bawa ke balai….. (ketip kuku masih AKTIF)

    [Reply]

Place your comment

Please fill your data and comment below.
Name
Email
Website
Your comment
CommentLuv Enabled
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p

Would you like to Login or Register ?