Beberapa hari yang lepas, ayah saya telah bercerita pengalamannya membantu nenek saya memasak waktu kecil dulu. Pernahlah terjadi satu peristiwa yang agak melucukan. Dimana waktu itu nenek saya baru pertama kali hendak memasak sup ketam. Ketam yang dibeli oleh Atuk saya pula fresh dan masih hidup. Disebabkan nenek masih belum tahu cara memasak ketam, jadi nenek telah merebus ketam tersebut dengan cara memasukkan ketam dalam periuk yang telah di isi air, kemudian diletakkan di atas dapur gas untuk direbus.
Tidak lama selepas itu, bila saja air didalam periuk mulai panas, tiba-tiba penutup periuk mula bergerak-gerak dan terbuka. Lalu ketam yang ada didalam periuk itu pun merangkak keluar dan cuba hendak melarikan diri. Apa lagi, terkejutlah nenek saya! Ketamnya boleh lari dari dalam periuk! huhu~ Mujurlah ayah saya ada membantu nenek memasak. Jadi ayahlah yang tangkap balik ketam yang cuba hendak lari itu. Ayah bercerita sambil tergelak kecil~
Ayah saya beritahu, merebus ketam yang masih hidup dengan cara yang nenek saya buat itu hukumnya makruh! Ini kerana kita seolah-olah memasak dengan cara menyeksa. Bayangkanlah, ketam yang terendam didalam periuk bersama air yang masih sejuk ketika direbus, lalu air tadi menjadi hangat dan panas, lalu mendidih. Disebabkan ketam tadi masih hidup dan dia tidak mahu mati terseksa, maka si ketam pun keluarlah dari periuk untuk melarikan diri.

Sup Ketam
Jadi kalau begitu, bagaimanakah cara memasak yang betul? Ok, seperti yang ayah saya beritahu, kita perlu rebus air atau kuah hingga mendidih terlebih dahulu. Bila air atau kuah masakan sudah mendidih, barulah masukkan ketam. Jadi, ketam itu akan terus saja mati tanpa rasa terseksa. Begitu juga kalau hendak memasak kerang, kupang, lokan, siput, dll~ Selain haiwan yang dimasak tidak mati terseksa, cara ini juga akan lebih memudahkan kita untuk mengeluarkan isi siput atau kerang dari cengkerangnya. Kalau tak gunakan cara ini waktu memasak, confirm memang susah nak keluarkan isi dia… terutamanya untuk kerang dan siput….
Ok, itu saja untuk tips kali ini. Untuk pengetahuan, saya ada memiliki sebuah blog untuk resepi masakan berjudul, ‘Budak Muar Resepi‘. Terdapat beberapa jenis resepi masakan yang dah saya sediakan disitu. Jadi, sudi-sudilah jenguk blog resepi saya ya…
Popularity: 2% [?]
wah..nice..ilmu baru ..yg bagus..kalau mcm ni saya akan panaskan air mendidih baru masak ketam dan kerang
syokdownload´s last [type] ..Nana Narita Ep 1-7
[Balas Komen]