Ana Raffali Layakkah Jadi Juara AJL Ke-25?

Pertama sekali, TAHNIAH saya ucapkan kepada pemenang-pemenang ANUGERAH JUARA LAGU (AJL) KE-25 yang berlangsung pada pukul 9-12 mlm tadi. Jika AJL sebelum ini, kita dapat saksikan persembahan artis-artis yang menarik dan memukau. Bagi diri saya sendiri, jujur saya katakan salah satu sebab saya suka menonton siaran Anugerah Juara Lagu adalah untuk melihat persembahan kreatif artis-artis kita yang bukan sekadar boleh menyanyi, tetapi boleh menari, buat gimik (berlakon), dan sebagainya. Best kan?

Ok, mari kita lihat Keputusan Anugerah Juara Lagu untuk kali ini…

Keputusan Juara Lagu Ke-25 (2011)~

Tempat Pertama: Ana Raffali- Tolong Ingatkan Aku (komposer/penulis lirik: Ana Raffali)

Tempat Kedua: Drama King- Meet Ungcle Hussein & Black (komposer: Jaja lirik: Tun Teja)

Tempat Ketiga: Noktah Cinta- Hafiz (komposer: Ajai, penulis lirik: Sheikh Qalam)

Persembahan Terbaik: Faizal Tahir (Hanyut)

Vokal Terbaik: Hafiz (Noktah Cinta)

Ya, bagaikan satu tradisi Pentas AJL, setiap kali berlangsungnya Anugerah Juara Lagu, sudah pasti ada beberapa artis kita yang akan mempersembahkan persembahan yang kreatif dan menarik untuk merebut Anugerah Persembahan Terbaik (sekurang-kurangnya), pada malam AJL yang berlangsung. Jika dibandingkan dengan AJL yang sebelum ini, persembahan untuk AJL Ke-25 kali ini kelihatan agak HAMBAR. Mungkin ini disebabkan kebanyakan lagu yang masuk ke peringkat AJL Ke-25 ini berentak ‘slow’ dan tangkap lentok (balada).

Ketika diumumkan senarai artis yang berjaya didalam AJL kali ini, saya dapat melihat ‘twitter‘ beberapa rakan blogger yang nampaknya kurang bersetuju dengan kemenangan ‘Ana Raffali‘ untuk AJL Ke-25 ini. Bagi diri saya sendiri, saya juga terkejut dengan keputusan itu, memandangkan Ana Raffali bukanlah artis yang lama dalam bidang hiburan. Malah persembahannya menyanyi didalam sangkar itu agak kurang menarik dan janggal pada mata saya. Walaubagaimana pun saya akui, lirik lagu ‘Tolong Ingatkan Aku‘ mempunyai bahasa yang puitis dan iramanya lebih mengarah ke irama ‘nusantara. Dimana agak sukar untuk mencari artis yang dapat membawa lagu seperti itu dimasa ini. Dan sebagaimana yang kita ketahui, Anugerah Juara Lagu adalah tempat untuk penulis lirik dan komposer mempertandingkan lagu ciptaan mereka. Bukan pertandingan untuk persembahan artis semata-mata. Jadi memandangkan Ketua Juri untuk AJL kali ini adalah Sifu yang tidak asing lagi iaitu M. Nasir, maka apa lagi yang perlu dipertikaikan dengan kemenangan Ana Raffali?

Semasa menonton AJL Ke-25 malam tadi, saya tertunggu-tunggu untuk melihat siapakah artis yang akan membuat KEJUTAN didalam persembahan mereka.

- Kejutan pertama diterima dengan persembahan SHAHIR. Dimana dengan tidak semena-mena Shahir DITAMPAR oleh Nasha Aziz dipengakhiran lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan‘. Fuh! terkejut seh, tengok Shahir kena tampar~ huhu~

- Kejutan ke-2  terjadi didalam lagu ‘Noktah Cinta‘. Dimana HAFIZ yang sedang menyanyi tiba-tiba DITEMBAK! Suasana menjadi gelap dan huru-hara sebentar. Tidak lama kemudian, Hafiz keluar menyambung nyanyian dengan berbaju putih, ala-ala ‘roh’ la gitu~ ish~ ish~

- Kejutan ke-3, ya! sudah pastinya dari artis yang popular dengan ‘gimik‘, iaitu FAIZAL TAHIR! Gimik kali ini dibuat ketika menyampaikan lagu ‘Hanyut‘, dimana Faizal Tahir menyanyi dengan tangan terikat didalam penjara dan kemudian dihukum dengan cara DI’HANYUT’KAN KE DALAM AIR. Didalam air, Faizal Tahir berusaha melepaskan ikatan dan kemudian naik semula kedalam penjara lalu menyambung nyanyian dengan penuh penghayatan…

Disini saya ingin berkongsi rasa simpati saya untuk Edry Abd Halim, yang mana lagu ciptaan beliau sebanyak 3 buah lagu dapat berentap untuk AJL kali ini. Iaitu lagu;

Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir

Ku Ada Kamu – Adira

Jahat – Stacy

Tetapi sayang sekali 1 buah lagu pun tidak mendapat tempat dihati juri sebagai salah seorang pemenang untuk AJL Ke-25 ini… Akhir sekali, hanya perkataan ‘Good Luck, & Cuba Lagi Dimasa Hadapan‘ yang dapat saya katakan…

Ok…

Nur Istimewa

5 comments

  1. Saudagar Unta Dan Bluebird says:

    setuju dgn awk, AJL adalah tempat untuk penulis lirik dan komposer mempertaruhkan lagu ciptaan mereka, bukannye pertandingan untuk persembahan artis-artis…masih lg ramai yg keliru dgn format AJL ni..muzik di Msia semakin berkembang tapi malangnya minda pendengar2nye pulak yg tak berkembang..
    ok wat ‘tlg engatkan aku’…mcm awk ckp, irama nusantara..mcm lagu aizat, ‘sg. lui’..papepon keputusan juri adalah muktamad, toksah la pertikaikan..bukan ade hasil ponn..

    [Balas Komen]

    muhammad fakhruddin Reply:

    @Saudagar Unta Dan Bluebird, bukan pendengar sahaja, penggiat seni sendiri pun kadang kala terkeliru dengan sesetengah format pertandingan
    muhammad fakhruddin´s last [type] ..google.com/~r/Ohbuku/~3/8H-vUBYjT8c/">Ada Apa Pada Harga

    [Balas Komen]

  2. ohcikgu says:

    siti nurhaliza patut dapat persembahan terbaik tu..haha..

    [Balas Komen]

  3. wandisini says:

    juara lagu kali ini dah macam buat drama, hampir semua lagu ada drama.
    memang betul. orang lupa apa tujuan sebenarnya lagu. ianya tempat untuk mengangkat nama orang di sebalik lagu itu, bukan penyanyi. itu sebabnya ramai yang tak puas hati bila artis kesayangan mereka kalah

    [Balas Komen]

  4. Khairul Faizi says:

    sy stuju keputusan juri. sebelum ni, trend lagu terkini yg popular di telinga peminat je yg menang. kali ni, biarlah lagu tu x popular sgt, ttp menang, sbb ada kualiti tinggi pd pandangan juri.

    diharapkan dimasa dpn, lagu yg menang benar2 berkualiti tinggi & bknnya sekadar popular di telinga peminat.

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p