Fuh! fuh! tiup habuk dan sawang yang melekat kat blog ini gara-gara lama tidak di’update. huhu~ Ok, memandangkan saya mendapat permintaan dari seseorang yang minta saya membuat ‘review’ mengenai ‘smartphone’, maka entri untuk kali ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai beberapa biji ‘smartphone’ yang pernah saya survey dan beli disuatu ketika dahulu. Wah, bunyinya macam dah banyak beli jer…
Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai smartphone, dibawah ini saya sertakan link spesifikasi smartphone yang akan saya ceritakan.
Nokia C7, Nokia N8, SE Satio (Idou), Blackberry Torch,Iphone 3Gs.
Nak dijadikan cerita, semasa akhir Tahun 2010 yang lalu handphone Sony Ericsson K800i kesayangan saya telah pun menunjukkan ‘sindrom hendak menamatkan perkhidmatan‘ dengan skrin yang tidak lagi mampu mengeluarkan sebarang gambar mahu pun nombor telefon. Maka dengan berat hatinya, terpaksa juga saya pergi ke LowYat untuk mencari pengganti yang baru. Waktu itu, saya langsung tidak membuat sebarang ‘research’, jadi saya kurang pengetahuan mengenai ‘smartphone’. Pengetahuan yang saya ada pun cuma sedikit yang pernah saya baca dari ‘review’ beberapa orang rakan blogger yang bercerita mengenai handphone Nokia N8. Semasa di LowYat, saya ada survey beberapa jenis handphone antaranya, Nokia N8, SE Satio, SE Vivaz Pro, SE Xperia X1, SE Xperia X10 Mini Pro, Samsung Galaxy S dan beberapa lagi handphone yang lain.
Nokia/Cokia C7
Memandangkan saya tidak bercadang untuk mengeluarkan budget yang banyak, maka untuk membeli Nokia N8, memang tak lepas budget. Jadi peniaga di LowYat tu beri cadangan agar saya ambil Nokia C7, memandangkan Nokia C7 dan N8 menggunakan OS Symbian^3 yang baru dan beberapa spesifikasi kedua-dua handphone ini sama. Cuma kelebihan yang ada pada Nokia N8, ianya mempunyai kamera 12MP dan port HDMI. Dari segi rekabentuk fizikal, saya lebih sukakan rekabentuk Nokia C7 yang nipis berbanding Nokia N8 yang tebal. Setelah meminta pendapat, mana handphone yang terbaik diantara SE Satio, Nokia C7, Nokia N8, SE Xperia X1 dan SE Xperia X10 Mini Pro dari peniaga yang jual handphone tersebut, hanya 2 yang boleh dikatakan terbaik iaitu Nokia C7 dan SE Xperia X10 Mini Pro. Yang lain boleh dikatakan PROBLEM! (sama ada spesifikasi tak menarik dan senang ‘hang’). Dan akhirnya, saya beli Nokia C7 Zitron.
Walaubagaimana pun, sayang seribu kali sayang, akhirnya kecundang jua~ (Eh, kenapa termasuk lirik lagu ‘Slam- Kita Terpaksa Bermusuhan‘ lak nih? haishh~). Ya, tak sampai seminggu menggunakan Nokia C7, ia sudah mula menunjukkan tanda-tanda ‘hang’. Setelah di’OFF’kan, buka dan pasang semula bateri, kemudian ‘ON’kan balik, ianya terus saja ‘hang’ dan langsung tidak dapat digunakan lagi. Maka terpaksalah saya meminta bantuan Abang saya untuk menghantar ‘COKIA C7′ ini ke Nokia Service Center untuk ‘claim warranty‘. Selepas berada di Nokia Service Center selama seminggu, saya dapat balik handphone dan gunakannya semula. Apa yang tambah sakit hatinya, baru 1 hari saya gunakan, ia sudah rosak semula. Bukan ‘hang’ tapi tidak dapat di’ON’kan langsung! Maka terpaksalah Abang saya hantar ‘COKIA C7′ tu ke Nokia Service Center semula.
Tentu korang akan fikir, apa masalahnya kalau handphone rosak? Warranty ada setahun? Gunakan sebaiknya! Bukan kena bayar harga repair pun. Tapi bagi diri saya, ya! memang warranty handphone ada setahun dan tak perlu bayar repair, tapi kalau asyik rosak saja, APA CERITA? Kita beli handphone untuk terus digunakan. Tapi kalau asyik nak kena hantar repair saja, bila masa nak digunakan? Jadi sejak itu saya nekad untuk jual saja Cokia C7 selepas di’repair nanti. Selepas dihantar ke Nokia Service Center selama sebulan, barulah saya dapat balik handphone tersebut. Dapat saja Cokia C7 itu, saya terus masukkan kedalam kotak dan bungkus dalam beg plastik untuk dijual…
Satu perkara yang nak saya ceritakan mengenai handphone Nokia, semasa Abang saya menghantar Cokia C7 ke Nokia Service Center, Abang saya beritahu dia terpaksa beratur panjang. Bayangkan betapa ramainya orang yang datang ke Nokia Service Center untuk hantar repair handphone mereka. Bermacam-macam jenis ‘smartphone’ keluaran Nokia yang dihantar repair. Manakala Sony Ericsson Service Center, yang berhampiran dengan Nokia Service Center, langsung tiada pengunjung. Dari situ saja, kita dah boleh nampak rendahnya kualiti bagi setiap ‘smartphone’ yang dikeluarkan oleh Nokia. Walaubagaimana pun saya tak nafikan, mungkin juga saya yang ‘terlangkah kiri‘ terbeli handphone Nokia yang rosak. Boleh jadi ada pengguna diluar sana yang bertuah kerana dapat beli handphone Nokia yang elok… Wallahua’lam~
Sony Ericsson Satio vs Nokia N8
Selepas kecewa dengan Cokia C7, saya mula membuat survey sebaik-baiknya untuk membeli smartphone yang lain. Sony Ericsson Satio adalah salah satu smartphone yang berada didalam perhatian saya, selain Sony Ericsson Xperia X10 Pro. Salah satu kelebihan SE Satio yang menarik perhatian saya adalah kamera 12MP nya, sama seperti Nokia N8. Tetapi benar-benar samakah kedua-dua smartphone ini? Yang mana antara kedua-dua smartphone ini kualiti gambarnya lebih cantik? Ok, untuk persoalan itu, korang boleh lihat dan baca sendiri ‘review’ dan contoh gambar dari entri blogger JustKhai, iaitu Ada Apa Dengan Sony Ericsson Satio dan Ada Apa Dengan Nokia N8. Pada pandangan saya pula, saya hanya boleh katakan, gambar dari SE Satio umpama gambar dari kamera Canon dan gambar dari Nokia N8 umpama gambar dari kamera Nikon yang kedua-duanya mempunyai megapixel yang sama. Maksudnya, kualiti gambar sama-sama cantik, tetapi mempunyai perbezaan tersendiri kerana ‘brand/technology machine‘ yang mengeluarkannya berbeza.
Dari segi performance, memandangkan SE Satio menggunakan OS Symbian v9.4 yang agak ketinggalan, maka masalah seperti lambat atau ‘hang’ mungkin boleh berlaku. Walaubagaimana pun, saya tidak menemui komen yang mengatakan SE Satio yang menggunakan OS Symbian ini jenis yang mudah ‘hang’. Jika ikut pada pengalaman saya yang pertama kali menggunakan handphone Nokia yang menggunakan OS Symbian (Nokia C7), bagi saya ianya sungguh mengecewakan. Tetapi untuk Nokia N8 yang menggunakan OS Symbian^3, ada juga pendapat yang mengatakan ianya lebih smooth. Dari segi ‘screen sensitivity‘ untuk ‘touchscreen‘, memang tak dinafikan untuk Nokia N8 dan C7 yang menggunakan OS Symbian^3, sense touch lebih smooth. Manakala SE Satio pula skrin’nya agak keras. Itulah sebabnya SE Satio dibekalkan dengan stylus. Pendapat lain yang saya temui ada memberitahu yang application untuk OS Symbian banyak yang dapat di’install ke handphone Nokia, tetapi tidak dapat di’install ke handphone SE Satio.
Dari segi ketahanan bateri, ada pendapat yang mengatakan kedua-dua handphone SE Satio dan Nokia N8 ini sama. Lagi kerap digunakan, lagi cepat habis bateri. Tidak ada beza dengan smartphone lain. Begitulah juga saya lihat Blackberry mahu pun Iphone. Jika kerap digunakan, bateri cepat saja habis. Walaubagaimana pun, ada juga pendapat lain yang mengatakan SE Satio lebih kuat makan bateri jika kita banyak mengambil gambar. Ini kerana ‘xenon flash‘ SE Satio sangat power dan terang. Jadi kalau target nak ambil gambar banyak-banyak diwaktu malam menggunakan SE Satio nih, jangan lupa untuk sediakan batery spare.
Selain itu, GPS juga tidak lari dari penggunaannya didalam apa jua smartphone. Rasa tak lengkap kalau memiliki smartphone yang tiada GPS. Betul tak? Untuk SE Satio, software Garmin boleh di’install ke dalam smartphone ini dengan menggunakan cara yang diajar di entri Pemasangan Garmin Mobile XT SE Satio oleh blogger Menteil.net. Kalau malas nak install sendiri, suruh saja peniaga handphone tu install’kan. Tapi kena bayarlah. Sayangnya, jika korang baca entri yang dikeluarkan oleh blogger Menteil, dia sendiri ada mengatakan yang SE Satio memang mempunyai masalah bagi sistem GPSnya. Dari pendapat lain pula, ada juga yang memberitahu Garmin yang di’install kedalam SE Satio ini sangat lambat menangkap signal satellite semasa hendak digunakan. Manakala untuk Nokia N8 pula, ianya sudah terbina GPS Ovi Maps didalamnya sama dengan Nokia C7. Nak tahu apa dia Ovi Maps? Korang boleh baca dientri Ovi Maps Mesra Pengguna nukilan blogger Tengku Aizat dan Terbaik Di Nokia N8 nukilan blogger JustKhai…
Ok, habis cerita pasal SE Satio dan Nokia N8/C7.
Untuk entri pada hari esok akan datang, saya akan ceritakan mengenai ‘smartphone’ Blackberry dan Iphone pula. Dan kalau nak tahu handphone apa yang saya beli akhirnya, nantikan entri yang akan saya publish pada hari esok, ya~
Reference;
Sony Ericsson.com
GSMArena.com
JustKhai.com
Menteil.net
TengkuAizat.com





















Nokia C7 tu beli berapa ?
Hanz´s last [type] ..Sesi Fotografi 1
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 30th, 2011 at 7:06 am
@Hanz, waktu saya beli tu, harga dlm RM1200.
[Balas Komen]
Hanz Reply:
January 30th, 2011 at 10:28 pm
@Akuro San, Harga ori tu. Beli di Nokia Store atau kedai biasa2 ? Macam mana ya boleh hang ?
maaf banyak tanya soalan.
Hanz´s last [type] ..google.com/~r/nikhanz/~3/KM7XsKYuxEk/5701">Sesi Fotografi 1
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 31st, 2011 at 9:58 pm
@Hanz, beli kat salah 1 kedai handphone kat LowYat. Bukan Nokia Store. Mcm mana boleh ‘hang’? tiba-tiba saja ‘hang’~ yg first ‘hang’, org nokia service center kata software problem. Yg second kali rosak, dia kata motherboard problem~ tah ler~
Thanks for linkback. Tapi pendapat peribadi saya, kalau ada bajet lebih tu, belilah iphone 4.. mesti takkan cari phone yang lain lagi (dari pengalaman sendiri yang dah guna Satio dan N8 sebelum ini)..
[Balas Komen]
wandisini Reply:
January 30th, 2011 at 11:18 am
@Khai, khai ni semakin kuat mempromosikan produk apple sekarang ini
wandisini´s last [type] ..Hidupku Bersinar Kembali
[Balas Komen]
Khai Reply:
January 30th, 2011 at 1:23 pm
@wandisini, Hehe, bukan macam tu.. sekadar berkongsi pengalaman peribadi sendiri. Mana yang dirasakan betul2 bagus tu, itu yang saya cuba kongsikan kepada yg lain. Apapun terpulang pada minat individu tu sendiri..
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 30th, 2011 at 8:11 pm
@Khai, teringin nak beli Iphone4. Tapi tunggu harga dia turun dulu~ huhu~
Akuro San´s last [type] ..google.com/~r/nuristimewa/~3/Z_dIVp2k-YU/antara-se-satio-nokia-n8c7-blackberry-torch-dan-iphone-3gs.html">Antara SE Satio- Nokia N8-C7- Blackberry Torch dan Iphone 3Gs
aku pernah pakai blackberry storm. hampehnya..bateri cepat habis walaupun tak banyak guna application, just hantar text and call je.
wandisini´s last [type] ..Hidupku Bersinar Kembali
[Balas Komen]
wahh…
jangan mudah beli fon..
kang terkena sakit hati.. kan kan..
tq share this entry
[Balas Komen]
tak digalakkan membeli satio, jika sukakan kamera sahaja bolehlah.. =)
menteil´s last [type] ..@TMCorp – Masalah Streamyx- Sampai Bila
[Balas Komen]
Nampaknya kita sama2 dlm dilema. saya sekarang tgh aim se satio, tapi bila banyak buat survey, macam2 pulak keburukan+kebaikan. saya pun tak tahu nak pilih mane satu. nk pilih bb, kamera lak tak best. nak pilih i-phone, tak mampu lak. haihhh. memang betul2 ketinggalan la, org kata tak up-to-date kan? hehe. ye mmg saya outofdate.~
susahnya nak buat pilihan ni kan? macam2. orang tu kata macam ni, orang ni kata macam tu. habis tu sampai bila kita boleh beli kan? wakaka.
tapi, sekurang-kurangnya entri awak memberi lebih pengetahuan lagi untuk saya. semua gajet ada baik buruk dia sendiri. haihh, kang amik android baru ikat perut. hek3.
Miss TS´s last [type] ..Bolehkah kita menjadi sahabat yang menyenangkan
[Balas Komen]
seriously cuba try ushar2 samsung plak~sbb dlu sy pun mcm tak teringin nk pakai samsung nih~tp bile dah terbeli cam ske plak ngan samsung nih~tp sy tk pakai yg smartphone punya lah~
tp mungkin ikut org lain selera kot kan~
[Balas Komen]
hehe, rasenye senang jer kot.. tak baca sangat pasal review smartphone2 laen nie, tapi yang pasti iphone laa paling best, simply becoz diorang ader byk sangat developer aps dan game, kekadang aps yang ader dalam iphone mantap gila, sebagai contoh student medic kat sini, memang wajib dalam tue ade aps medspace and translator, senang keje.. hhaha
samanosuke_04´s last [type] ..5 Pengajaran Cool Hari Ini…
[Balas Komen]
bagus la info dari u ni. Lengkap..Orang boleh baca dari sini dan buat pilihan mana yang nak dibeli..
Tudung D’Haja..
hanani´s last [type] ..Top 10 Gajet 4G popular
[Balas Komen]
Beli model apa pula sekarang ni?
Jika ada kenalan mahu beli, roger roger saya.
Hanz´s last [type] ..New Full Packages Promotion Original Nokia N8-00
[Balas Komen]
salam..sye nk beli hp…tp xthu nk beli yang mane satu nie..peneng lor…
[Balas Komen]
tolong saye khai pilih hp yg ne the best lo…sye nk beli sekali ni je…so..nk pilih yg terbaek..
[Balas Komen]
saya dah guna nokia n8 second batch set avaxx lebih kurang 3 bulan..so far mmg xde masalah..yg bermasalah tu mgkin pada model first batch nokia..setakat ni n8 saya paling lama dy stuck dlm 10 saat je..hang tu biasa la kalau dah install macam2 software dan games..alangkan lappy “windows” kita pon kekadang hang gak kan
kalu nak beli smartphone camni kena wat research dulu ikut kegunaan kita
[Balas Komen]
antara bb torch dgn iphone 3gs.. mane paling bez dan x byk problem..
[Balas Komen]
nak comment skit pasal nokia c7,bg sye nokia c7 adalah terbaik sbb sye sndiri da gune lbih kurang 9 bulan,memg x de problem.. tu yang agak plik ble bce blog ni..skrg ni nokia da update jdi symbian anna secare free stiap nokia yg memg menggunekan symbian^3 os pde asalnye,n bnyak klebihan yg btmbah,n kjap lg release pulak update jd symbian belle, n bg sye nokia sentiase prihatin dgn mslh2 bru pengguna n diorang akan try solve mslh2 tu..lgpun camera c7 ni pn cukup baik.siap leh rakam video hd lg..mmg best r.. lau bnyk bjet lgi,bli la n8.die lg baik dri fungsi cmera berbnding c7..mngkin tntng msalah hang tu sesetengah phne je,biasa la,mesin kan..anyway,ni juz pndapat sye yg mmg da lme gne c7 ni..x boring sbb update dri nokia sentiase bg kite x trase boring ngn device yg digunekan… ^^
[Balas Komen]
haha… antara 2 handphone yang terbaik adalah C7 and minipro??? mungkin C7 itu adalah yg terbaik, tetapi bukan minipro.. ramai yang berada dalam keadaan tension melayan kerenah minipro yg bebal tuh .. sy pakai tak sampai 5 hari dah mula wat hal.. screen gelap je tak bleh turn on.. bila pegi customer support SE, kbykannya mengalami masaalah yang sama jugak…pegi hantar kt kedai pun takda faedah. brilliant design but too poor in quality..
[Balas Komen]
ramai yang berada dalam keadaan tension melayan kerenah minipro yg bebal tuh ..
Ball Mill
[Balas Komen]
bila pegi customer support SE, kbykannya mengalami masaalah yang sama jugak…pegi hantar kt kedai pun takda faedah.
hammer crusher
[Balas Komen]
antara bb torch dgn iphone 3gs.. mane paling bez dan x byk problem.impact crusher
[Balas Komen]
Beli model apa pula sekarang ni?
rotary dryer
[Balas Komen]
aku ganteng´s last [type] ..Mito S500 harga dan spesifikasi, hape jam tangan keren 500 ribuan
[Balas Komen]