Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu fotografi yang simple. Dimana ia adalah teknik asas yang boleh kita praktikkan hanya dengan menggunakan kamera biasa saja.
Bila kita mengambil gambar, kita biasanya akan meletakkan subjek dibahagian tengah seperti gambar pertama dibawah.
Cuba lihat perbezaan gambar pertama diatas dengan gambar kedua dibawah ini pula…
Gambar yang kedua ini kelihatan lebih kreatif, bukan? Inilah gambar yang menggunakan teknik ‘Rules Of Third‘. Dimana teknik ini dapat menyerlahkan lagi kreativiti kita dalam mengambil gambar. Untuk menangkap gambar dengan menggunakan teknik ‘Rules Of Third‘ ini, kita hanya perlu membayangkan ‘viewfinder‘ dikamera kita mempunyai garis grid 9 kotak seperti gambar pertama dan gambar kedua diatas. Kemudian fokuskan subjek yang hendak kita snap pada salah satu garis pertemuan pada garis grid itu. Contoh seperti gambar kedua diatas.
Seperti yang kita sedia maklum, kamera kita (kamera digital atau kamera handphone) yang mempunyai fungsi ‘auto fokus‘ biasanya akan memfokus subjek yang berada ditengah. Agak sukar untuk kita fokus subjek yang hendak kita snap bila kita meletakkan subjek disebelah tepi seperti apa yang kita bayangkan dalam teknik ‘Rules Of Third‘. Jadi, jalan penyelesaian yang boleh kita buat adalah dengan mengunci fokus subjek yang hendak kita snap. Caranya;
~ Fokuskan subjek yang hendak kita snap ditengah ‘viewfinder‘. Kemudian tekan separuh butang ‘shutter’ dikamera yang digunakan. Kita akan nampak kamera kita memfokus subjek yang hendak kita snap.
~ Selepas itu (tanpa menekan habis atau melepaskan butang shutter kamera), ubah posisi subjek tadi dengan meletakkan subjek pada posisi teknik ‘Rules Of Third‘.
~ Sudah mendapat posisi ‘Rules Of Third‘, tekan habis butang shutter kamera untuk snap gambar subjek tersebut dan lihat hasilnya.
Ok, Itu saja~ Selamat Mencuba!
Reference; NoorizamSabran…
Popularity: 11% [?]














gmbr yg atas skali tu cantik..hehe…
nice info..kamera xde lagi…
syin´s last blog ..Enam Blog Pilihan
[Reply]
Akuro San Reply:
January 22nd, 2010 at 6:15 pm
@syin, gambar atas sekali? gambar yang lukis tu ker? adeh, sabo jer lah~ huhu~
[Reply]
erkk
d60 boleh ke nak kluar jalur2 petak2 ni?
[Reply]
Akuro San Reply:
January 22nd, 2010 at 6:34 pm
jalur petak2 tu tak keluar~ kita bayangkan saja… huhu~
[Reply]
Aelfi Reply:
January 23rd, 2010 at 3:16 pm
@joegrimjow, kekekeke..pandai menjenakakan diri.bro,apsal blog xbleh masuk 2 hari lepas?
Aelfi´s last blog ..RM350 sehari.berbaloi ke tak? 
[Reply]
owhh macm tuh… kalau kamera handphone?? hehe.. gurau je
zikr the jalanan sepi´s last blog ..Edit gambar anda melalui FuntasticFace.com
[Reply]
Akuro San Reply:
January 22nd, 2010 at 10:23 pm
@zikr the jalanan sepi, kamera handphone pun boleh juga guna teknik ‘rules of third’ tu~
[Reply]
nak bayangkan tu la susah, kan senang kalau ada line tu ha..
maksudnya, kita kena ambil permandangan lebih sikit la eh.. eh, cam mana tu?
[Reply]
Akuro San Reply:
January 26th, 2010 at 1:05 pm
@Luth Textile, yup. lebih kurang macam tu la~
[Reply]
skrg ni mmg aku terarah ke bidang photograpy plak..huhu rs cam best plak
x-po´s last blog ..MULUT KORANG CAMNE? LASERKAH?
[Reply]
Akuro San Reply:
January 26th, 2010 at 1:05 pm
@x-po, boleh tahan la~ kalau kena pada minat, memang best.
[Reply]
dah beli D90 belum? hehe
jom la join nikon geng ramai-ramai..hihi
oh btw, D90 ada grid kat viewfinder. senang nak compose..especially pakai RO3 ni
1ldk´s last blog ..Maryland Zoo partners with the B&O Railroad, Maryland Science Center, and Port Discovery for the Months of January and February. 
[Reply]
Akuro San Reply:
January 26th, 2010 at 1:06 pm
@1ldk, belum lagi. tak cukup lagi duit saya nak angkat D90. huhu~
[Reply]
bagus juga teknik tu…
[Reply]
hi.
nak tanya skit ler.
sy ni baru je bli Nikon D60, sebab minat sesangat dlm fotografi ni.
so.. mcm mana sy nak amek gambar yang laju2(mcm burung,bola)
xreti sangat .. so blh ke bg tips2 atau cara2 efektif …
thanks a lot!!
[Reply]
mekasih tuk tips nie…
bagus3
[Reply]