Program ASTRO KASIH di Panchor, Muar…

sinar.fm & Tan Sri Muhyidin

Pada 24 Oktober 2009 yang lepas, kakitangan ASTRO, bintang-bintang Akademi Fantasia dan penyampai-penyampai radio SINAR.FM telah bergabung menjayakan Program ASTRO KASIH di Kampung Sri Tanjung, Panchor, Muar, Johor. Program yang diadakan untuk menggalakkan kakitangan ASTRO dalam menghulurkan bantuan secara sukarela bagi membantu mereka yang memerlukan disekitar Malaysia ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk Panchor dan penduduk-penduduk kampung yang berhampiran. Program yang diadakan ini turut sama dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

astro kasih

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah seperti gotong royong membaiki sebuah rumah usang yang didiami pasangan warga emas, Sukan Rakyat dan gotong-royong memasak untuk 500 penduduk kampung. Dibawah ini, saya sertakan beberapa buah gambar yang sempat saya ‘snap’ dengan K800i waktu menghadiri program ini. Jom, saksikan, dari ‘KACA LENS K800i’… zazzzz!… (Eh, dah macam Melodi lak? huhu~)

Kakitangan ASTRO, sedang sibuk menyusun air kepala di dalam sampan~

Kakitangan ASTRO, sedang sibuk menyusun air kepala kelapa di dalam sampan~

Susun... jangan tak susun...

Susun… jangan tak susun…

DJ

DJ Khairil Rashid berlindung dibelakang bunga kelapa… huhu~

Linda Onn 1

Linda Onn… Susah betul nak ‘snap’ gambar dia~ asyik kena lindung jer~

Linda Onn 2

Hah, amik! sekali dapat ‘snap’, dia tengah nganga mulut pulak~ hehe~ :p

warga astro kasih

Curi-curi ‘snap’ waktu mereka bergambar ramai-ramai…

all warga astro kasih

Antara kakitangan yang menjayakan ASTRO KASIH…

KE & SY

Acara ‘Sukan Rakyat’ berlangsung… Di ‘host’ kan oleh Kak Engku dan Salih Yaccob…

budak AF

DJ Khairil, dan bekas pelajar Akademi Fantasia dalam acara ‘Sukan Rakyat’…

tari-menari

Bekas pelajar AF sedang buat persembahan… Jangan tanya nama mereka, saya tak tengok AF. Jadi saya tak tahu nama mereka… huhu~

KE

Kak Engku… sedang menerima arahan selanjutnya dari ….? tah~ tak kenal~

Felix 1

Last sekali, Felix… dengan persembahan lagu ‘Madu Tiga’ nya…

Felix 2

Eh, betul ker nama dia Felix nih? Kalau salah tolong beritahu ya… Maklumlah~ saya nih tak kenal artis.. huhu~

Oklah, alang-alang saya sudah berada disitu, jadi saya tak ketinggalan juga untuk turut serta dalam ‘Acara Sukan Rakyat’ yang diadakan. Dan acara yang saya sertai ini adalah acara yang paling gamat sekali berbanding acara-acara lain. Nak tahu macam mana gamat dia? Ok, korang boleh ‘play’ video kat bawah. Khas dari web SINAR.FM sendiri… Sekali lagi… Zazzz!………

:arrow: p/s: Sampai hari ni saya masih sakit kaki gara-gara main ‘Lumba Terompah’ nih. huhu~

pic with Tan Sri & video: SINAR.FM

Info about ASTRO KASIH: Sinar Harian

Popularity: 1% [?]

Recent Related Posts

7 thoughts on “Program ASTRO KASIH di Panchor, Muar…

  1. Pingback: uberVU - social comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: