Bahana Menonton Movie ‘Toy Story 3′ 3D

Pada hari Isnin, 21 Jun 2010 yang lepas, saya bersama 3 orang rakan sekerja dan seorang rakan serumah membuat planning mengejut untuk menonton MovieToy Story 3‘ versi 3D di Cinema Sunway Pyramid. Balik kerja pukul 7.00 mlm, terus saja siap-siap dan tunggu solat Maghrib, kemudian tepat jam 8.00 mlm terus saja bergerak ke Sunway Pyramid. Sampai saja Sunway Pyramid, kami pergi beli tiket tayangan pada pukul 8.45 mlm…

Masing-masing bukan main excited lagi nak tengok movie 3D. Al-maklumlah~ baru first time lah nak tengok movie 3D. Selama nih, tengok movie biasa jer. Sudahlah tiket dia pun jauh lebih mahal! Kena pula saya perlu ‘melunaskan janji‘ untuk belanja tiket wayang kepada 2 orang rakan sekerja lelaki yang pernah membantu saya mengangkat peti ais ke tingkat 2, rumah flat saya pada bulan lepas. Haishhh~ bocor poket… daaa….

Ok, memandangkan saya tidak pernah menonton movie ‘Toy Story‘ dan ‘Toy Story 2‘, jadi saya kurang pasti bagaimana cerita sebenar movie ini. Cuma apa yang boleh saya ceritakan, dalam ‘Toy Story 3‘, Andy pemilik patung permainan ini sudah pun dewasa dan perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat Kolej. Jadi Mak Si Andy nih sibuk suruh Andy dermakan barang permainan dia nih ke Nursery Sunnyside. Andy tak nak dermakan permainan dia, lalu Andy pun masukkan permainan tu dalam plastik hitam dan cuba untuk sorokkan ke atas loteng rumah. Belum sempat Andy menyorokkan barang permainan tersebut, Mak Andy telah menemui plastik hitam tersebut dan menyangka itu adalah sampah. Lalu Mak Andy pun angkat dan bawa plastik hitam tersebut ketempat tong sampah.

Andy berkemas untuk ke Kolej

Kemudian, dengan kelam-kabutnya barang-barang permainan Andy nih bergerak untuk menyelamatkan diri dari diangkut oleh lori sampah, akhirnya mereka berjaya lari masuk kedalam kotak yang terdapat dalam kereta Mak Andy. Secara tidak sengaja, Mak Andy terbawa mereka ke Nursery Sunnyside. Di Sunnyside, mereka menyangka yang mereka akan hidup gembira disitu. Tetapi apa yang berlaku disebaliknya, dimana Sunnyside merupakan ‘penjara‘ yang merosakkan mereka…

Kotak yang membawa mereka ke 'Sunnyside'

Barbie bertemu Ken di 'Sunnyside'

Telefon yang membantu mereka keluar dari 'Sunnyside'. (Masa saya umur 5 tahun dulu, saya ada 1 telefon mainan sebijik macam telefon diatas.. huhu~)

Untuk sinopsis yang lebih lengkap, korang boleh baca disini; http://en.wikipedia.org/wiki/Toy_Story_3

Perbezaan Movie Biasa Dan Movie 3D?

Seperti yang korang sedia maklum, kita kena pakai cermin mata 3D untuk menonton movie tersebut. Cermin mata tu punyalah besar dan berat! Kena pula saya nih sememangnya ‘bermata 4‘. Sekali pakai cermin mata 3D, terus jadi ‘bermata 6‘~ Hidung saya yang sedia ‘kemik‘ nih bertambah ‘penyek‘ rasanya menahan 2 bingkai cermin mata. huhu~

Dari segi gambar, korang boleh tengok perbezaan seperti dibawah…

Gambar nampak ada bayang-bayang bila kita lihat tanpa cermin mata 3D

Gambar nampak cun dan 'hidup' bila pakai cermin mata 3D

Ada juga diantara rakan sekerja saya yang mengadu sakit kepala ketika menonton movie 3D nih. Tetapi saya pula, memang rasa best dan enjoy layan movie 3D. Rasa sakit kepala memang tak der, cuma rasa tak selesa pada hidung yang menahan cermin mata 3D yang besar. Itu saja…

Bahana?

Apa yang berlaku pada pagi keesokan harinya? Saya bangun saja dari tidur, mata saya rasa pedih! tapi masih rasa ok lagi, dan terus pergi kerja seperti biasa. Walaupun mata sebelah kiri saya rasa gatal dan pedih, saya buat slumber jer… Dan pada hari ini, saya bangun saja dari tidur, mata saya masih rasa gatal dan pedih. Tahi mata? tak usah cerita la… tak pernah keluar sebanyak hari ini. Bila lihat mata dekat cermin, separuh dari mata sebelah kiri ni dah berubah jadi merah! Aduh~ memang betul-betul sejarah la~

Untuk pengetahuan, inilah pertama kalinya dalam hidup saya, saya mengidap SAKIT MATA

Walaubagaimana pun, saya yakin yang sakit mata saya nih tidaklah seteruk mana… Kerana waktu saya pergi klinik, doktor hanya beri ubat gatal, ubat titis mata dan MC hanya 1 hari sahaja. Jadi esok, saya akan pergi kerja seperti biasa…

Hurmm~ Inilah pengalaman saya menonton movie 3D untuk pertama kalinya. Jadi, bagaimana pula dengan korang yerk? Bagi sesiapa yang pernah menonton movie 3D, apa kata korang ‘share‘ pengalaman korang diruangan komen dibawah~ Apa movie yang korang tonton, best ker tak, dan ada tak yang kena sakit mata macam saya? Jangan segan-segan, ‘share‘ ya~

Saya sedia membaca komen korang semua~

*Baca cerita Redmummy tonton 3D, rupanya ramai juga orang yang tak boleh tonton movie 3D yerk~ huhu~

Popularity: 3% [?]

Recent Related Posts

6 thoughts on “Bahana Menonton Movie ‘Toy Story 3′ 3D

  1. bg sy la yg dah prnh try tgk 3D.sekali je baru..hehe

    mule2 ok la..pastu lme2 tgk cte pkai spec tu ase sakit mate gak..rase tak slesa..asyik pakai bukak,pkai bukak je keje..sebab tak slesa…tp bez la tgk movie 3D..cte yg sy tgk tu cte step up 3D…huh..de part yg air macam terpacut tu..rse mcm air tu nk masuk mata je..
    ajien´s last [type] ..HaJaT BeSaR

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p