Kenapa Perlu BerBlog Dan Campaign Dari Nuffnang

Jika ada diantara pengunjung blog ini yang sememangnya sudah menjadi pembaca tetap blog yang tidak seberapa ini, sudah pasti telah sedia maklum yang blog ini pernah ‘bersawang‘ selama beberapa bulan lamanya gara-gara pemilik blog ini yang tidak memiliki masa untuk meng’update blog yang tidak seberapa ini. Walau bagaimana pun, blog ini tidak pula ditutup atau dilupuskan kerana saya percaya blog ini adalah salah satu daripada ‘tapak tanah‘ yang saya ada di alam maya ini. Seperti tapak tanah di alam nyata, sekiranya tapak tanah berada dikawasan yang strategik dan berusaha dibangunkan, maka semakin lama ‘value‘ tanah akan meningkat. Begitu juga dengan hosting dan domain. Domain yang sudah lama bertapak di internet dan sentiasa ber’update biasanya lebih mudah berada didalam liputan ‘web search engine‘ dan mempunyai ‘value‘ yang tinggi.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa itu Domain dan Hosting? Domain adalah ‘nama‘ bagi sesebuah website atau blog. Contoh; “www.poyonyer.com“, “serabutjer.net”, “www.tikuscomel.com.my” dan lain-lain lagi. Manakala Hosting pula adalah tempat dimana kita simpan semua data dan file-file yang kita gunakan untuk sesebuah website atau blog itu di alam maya (internet) supaya mudah kita gunakan walau dimana kita berada. Ok, cukuplah setakat ini dulu, saya tidak bercadang untuk bercerita lebih mengenai SEO memandangkan saya sendiri bukanlah seorang yang hebat tentang SEO. Hanya sekadar berkongsi sedikit ilmu yang saya ada.

Itu jugalah tujuan saya berblog. Blog boleh menjadi satu medium tempat kita berkongsi apa sahaja ilmu yang kita ada. Saya percaya, jika kita Google di Internet, majoriti apa saja info yang kita cari akan membawa kita ke laman sesawang Blog. Tidak kiralah blog sesiapa pun. Begitulah impak besar yang berlaku di alam maya sekarang ini. Jika dulu, kita hanya tahu, ‘Laman Informasi‘ adalah sebuah ‘website‘. Manakala ‘Blog‘ adalah ‘Laman Peribadi‘ yang lebih berbentuk diari. Kini Blog adalah ‘Laman Informasi‘ dan blog juga adalah ‘Diari‘.

Selain berkongsi dan menjana ilmu, tanpa kita sedari, blog juga boleh menjadi tabung untuk kita menjana pendapatan sampingan. Terima kasih saya ucapkan kepada penaja iklan di blog saya iaitu, Nuffnang yang masih sudi memberikan campaign kepada blog saya yang tidak seberapa ini. Setakat ini terdapat 6 buah campaign CPUV yang sedang berjalan didalam akaun Nuffnang saya. Dimana 2 daripada campaign itu terdapat di blog ini, dan 4 lagi terdapat di beberapa blog saya yang lain.

Terasa kekok juga bila sudah lama tidak berblog dan kemudian berblog semula. Terpaksa juga saya belajar dari awal bagi mengetahui segala update terbaru yang berlaku pada WordPress, plugins, dan begitu juga dengan website Nuffnang yang berwajah baru. Jika dulu, graf statistik blog diperlihatkan dalam bentuk ‘Graf Bar‘. Kini graf statistik blog telah disiarkan dalam bentuk ‘Graf Histogram‘. Apapun, ianya tidak menjadi masalah untuk kita mengetahui jumlah pengunjung diblog kita tidak kiralah bagaimana rupa graf yang ditunjukkan.

Untuk pengetahuan, fungsi ‘Graf Statistik Blog‘, ‘Carta Peratusan Jumlah Pengunjung‘, ‘Keyword‘ dan ‘Referrals‘ yang terdapat didalam akaun Nuffnang adalah sebab kenapa saya masih setia menggunakan iklan Nuffnang diblog saya. Ia memudahkan saya menilai sejauh mana keberkesanan tarikan tajuk, keyword dan fungsi-fungsi tarikan SEO yang saya letakkan diblog saya.

Harapan saya, selepas ini Nuffnang akan sudi memberikan lebih banyak campaign-campaign CPUV terbaik diblog saya yang akan saya pertingkatkan prestasinya dari masa ke semasa. Selagi blog saya mendapat campaign dari Nuffnang, selagi itu saya akan setia bersama Nuffnang…

:idea: P/s: Bagi sesiapa yang ingin mengetahui bagaimana cara untuk tingkatkan earning Nuffnang, bolehlah membaca tips-tips dari artikel dibawah ini…

Tips Tingkatkan Earning Nuffnang

 

Nur Istimewa

9 comments

  1. beckhr00y says:

    tahniah dpt byk cpuv nuffnang
    beckhr00y´s last [type] ..Liverpool VS Everton Manchester United VS Chelsea

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    sama-sama. Terima kasih juga sudi berkunjung ke blog saya..

    [Balas Komen]

  2. Hafizul says:

    Emm memang terasa akan kejelesan disini..haha..sy selama buat blog smp hari ni tak pernah merasa lagi cpuv ni…
    Hafizul´s last [type] ..Keindahan Alam Membuatkan Hati Ini Terfikir

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    tak per. jgn putus asa.. terus dan teruskan berblog. nanti dapatlah cpuv dr nuffnang…

    [Balas Komen]

  3. wah…banyak tul CPUV dia..sy br dpt seketul pas lama x dpt..tu pun sebab update profile kot..hehe
    Ibu Mifzal Arsyad´s last [type] ..Drama Dalam Hati Ada Taman

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    yup. saya pun baru update profile beberapa hari lepas… terus nuffnang bagi sampai 6 campaign.

    [Balas Komen]

  4. Jai says:

    wah seronok tu, byk btol CPUV die..ini msti otai nuuffnang ni hehe
    Jai´s last [type] ..AsiaCube Reward and Giveaways Program

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    tak der lah otai pun~ ramai lg blogger otai di luar sana yg dpt beriban-riban dr saya…

    [Balas Komen]

  5. Abdur says:

    Saya betul betul tertinggal pasal ini,
    Abdur´s last [type] ..Merawat Hosting

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p