
cilok gambar dari Saffa...
Semalam baru jer terbaca twitter tokey Blogger Tee kita, Cik Saffa yang sedang mengepos Blogger Tee di Pejabat Pos. Saya budget, Blogger Tee tu akan sampai di rumah saya dalam masa 2 atau 3 hari lagi. Sekali tu, tengah duk meraba cari sarapan kat dapur pukul 10.30 pagi tadi, tiba-tiba motor Posman datang hantar surat dan sebuah bungkusan. Tengok-tengok, rupanya T-shirt Blogger Tee. Tak sangka saya t-shirt tu boleh sampai hari ni. Walaubagaimana pun, saya dah sedia maklum yang t-shirt Saffa pos kan nih adalah t-shirt yang URL nya salah…
So, dah dapat bungkusan apa lagi, bukalah… buka, snap gambar… buka sikit, snap gambar… lalalaa~
Lepas saja buka, saya terus jer campak sampul surat yang dibuat bungkus t-shirt tu dan tiba-tiba ada bunyi macam duit syiling dalam sampul surat tuh. Saya ingatkan, Saffa pulangkan duit balik ker apa? Rupa-rupanya Saffa bagi keychain… huhu~ Dan inilah dia rupa Blogger Tee yang reject tu…
Dibawah nih, gambar pada sebelah hadapan Blogger Tee…
Mula-mula tengok, saya rasa macam ada yang tak kena. Tapi apa ya? Bila check betul-betul, baru perasan… Tulisan ‘RSS FEED ME’ tu yang tak ada. Mungkin sebab dah diganti dengan tulisan URL yang kat belakang Blogger Tee tu kot…
Walau apa pun, Terima Kasih lah saya ucapkan kepada Saffa sebab sudi buatkan t-shirt Blogger Tee ni dengan susah payahnya. Dan minta maaf juga jika ada kecerewetan saya sepanjang berurusan dengan Saffa pasal Blogger Tee nih. Sekarang nih, tengah tunggu t-shirt Blogger Tee extra yang dijanjikan pula…
Err… yang kat bawah nih? hehe~ nak cubalah kikis kalau boleh hilangkan… Tapi tak boleh pun… So, pakai jer lah t-shirt tuh. Lagipun kalau dah pakai tudung, bukan orang perasan tulisan yang kat belakang tuh…huhu~
Update, 13 Dis 09: Sekarang, Saffa dah pun menyambung pelajaran di IIUM. Dan langsung takder berikan khabar berita mengenai ‘Baju Blogger Tee’ yang sepatutnya diganti~ Sebab baju yang saya dapat hari tu, baju yang alamat URL nya salah. Jadi saya ‘deal’ dengan Saffa, minta dia tambah URL pada baju ‘Blogger Tee’ lengan pendek, yang masih ada pada dia. Tapi masih tidak diketahui khabar berita mengenai baju itu. Saya nak tanya pun, jadi serba-salah. Sebab macam mengganggu dia pula. Tapi dia dah janji~ hurmm~ tak tahulah macam mana~ Patut ker saya tanya kat dia mengenai baju tu? Atau…. ish, sedih~
Update, 8 Feb 2010: Saffa dah pun mengganti baju yang rosak itu. Walaupun tak dapat yang ada URL blog ini, saya tetap bersyukur kerana Saffa sudi mengganti balik baju yang ‘rosak’ itu. Terima Kasih~
Popularity: 1% [?]
haha…(senyuman terukir..) semua org dh sampai kot…yg saya punya pun dh sampai..tapi x pi ambil lagi. ada kat rumah kwn.. ingat nk buat entri sal blogger tee ni..tapi nk post pd bln 1hb 11..hehe..
[Balas Komen]
xsabar nkg ambik…mcm mana rupanya ntah…mantahu takut2 ada brg spesel gak selain blogger tee kwa..kwa..kwa..
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
October 27th, 2009 at 6:51 pm
@syin, hehe~ sabar syin… tak lari ke mana pun t-shirt tu…
[Balas Komen]
Salam, Saffa dah hantar dah TShirt tu untuk dicetak URL yg betul.
Eyh. Saffa pun tak perasan pasal RSS FEED ME! MasyaAllah!
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
October 28th, 2009 at 4:32 pm
@saffa, hehe~ Saffa dah kelam-kabut kot hari tu… tu yg tak perasan… huhu~
[Balas Komen]
erk bia betik RSS feed takde? jgn baju aku pon takde sudah… tak balik umah parent untuk tengok.. hopefully semua lengkap la..
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
October 29th, 2009 at 3:37 pm
@Kill-Vearn, no komen~ harap-harap jer la ye kill-vearn~
[Balas Komen]
jeles plak aku..camne nak dapat t shirt tu eh?mana mau order?hehe
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
October 31st, 2009 at 1:26 pm
@reezluv, sebelum ni order kat saffawati.com. tapi skrg dah tak der kot~ sbb t-shirt nih limited edition…
[Balas Komen]
limited edition ke? cantik la pulak.. huhu..
da lame sye ushar baju ni.. mcm mane ley lupe plak..
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
November 2nd, 2009 at 8:35 am
@Adney, lorr~ masa bulan puasa haritu, Saffa ada buat t-shirt nih yg second edition atas permintaan ramai… lepas nih, dah tak der lagi kot~
tak per, tunggulah kalau ada kuar t-shirt design baru lak~
[Balas Komen]
erm.. takpa2.. sy pon dah dapat, tapi..
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
November 2nd, 2009 at 4:17 pm
@luth textile, ermm~ apalah ayat yg tersirat disebalik ‘tapi’ tu? huhu~
[Balas Komen]
em..ak pn da dapt..
nsb bek url btul…
cume design je..saffa tlupe..x d rezki..huhu
[Balas Komen]
Pingback: Welcome To The DarkSide... | Nur Istimewa