Satu persoalan, bila kamu sudah memiliki kamera, bagaimana cara kamu memegang kamera tersebut waktu mengambil gambar? Pentingkah mengetahui cara memegang kamera dengan betul? Atau kita hanya akan terfikir, “Ala… apa susah? pegang saja kamera dan tekan saja butang snap, hah, jadilah gambar!…” Ok, sebenarnya mengetahui cara memegang kamera dengan betul adalah salah satu ‘basic photografi’ yang perlu kita tahu. Mengetahui cara memegang kamera dengan betul dapat membantu kita menangkap gambar dengan posisi kukuh dan tidak gegar.
Selain itu, ia juga membantu kita mengelakkan dari cepat letih jika menangkap gambar dengan menggunakan kamera DSLR yang lens nya besar dan panjang. Ok, untuk Tips Cara Memegang Kamera untuk Part 1 ini, saya akan berkongsi cara memegang kamera DSLR sahaja. Untuk Part 2 nanti, saya akan berkongsi Cara Memegang Kamera Compact pula…
Tanpa membuang masa, jom kita lihat contoh-contoh gambar dibawah.
Ok, diatas ni adalah cara pegang DSLR secara basic. Dimana kita gunakan tangan kiri untuk pegang kamera pada bahagian lens dia, dan tangan kanan kita gunakan untuk control setting DSLR seperti untuk tekan butang shutter release dan sebagainya. Lepas itu, kedua-dua siku kita rapatkan dengan badan untuk memperkukuhkan kedudukan DSLR seperti gambar diatas. Pastikan pegang dengan selesa dan rasa titik graviti pada DSLR untuk seimbangkan berat DSLR ketika memegang.
Kita boleh juga pegang DSLR dengan cara pada gambar diatas ini. Tapi untuk sesekali bolehlah. Kalau kita dah penat tangkap gambar dengan memegang kamera dengan cara basic, bolehlah cuba dengan cara kedua nih. Bila kita letak DSLR pada bahagian tangan yang dekat dengan bahu begini, kedudukan DSLR akan lebih kukuh dan peratusan untuk tergegar waktu tangkap gambar akan kurang. Tapi mungkin lambat sikitlah nak tukar setting dan cara begini mungkin sesuai untuk ambil gambar lanscape atau gambar yang menggunakan shutter speed yang rendah.
Cara Pegang DSLR Yang Salah
Elakkan memegang DSLR dengan cara seperti gambar di atas. Memegang kamera dengan sebelah tangan tidak akan memperkukuhkan kedudukan kamera dan peratusan untuk menangkap gambar yang sharp adalah rendah. Pastikan juga tali kamera kita sangkutkan dileher atau lilitkan sedikit pada bahagian tangan kita. Jika DSLR kita terlepas jatuh, apa akan jadi? Memegang kamera dengan meletakkan kedua-dua belah tangan pada badan kamera, juga tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi elakkan dari pegang dengan cara begini.
Ini juga cara yang salah ketika memegang DSLR. Jadi pastikan tangan kita tidak ‘mengepak’ waktu nak tangkap gambar. Jangan lupa, rapatkan siku pada badan kita. Elakkan juga memegang kamera dengan meletakkan tangan kiri diatas lens DSLR. Ianya bukan saja menambahkan berat kamera tetapi ianya tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi pastikan pegang DSLR dengan meletakkan tangan kiri dibawah lens DSLR.
Cara Pegang DSLR Secara Menegak
Ada orang kata, bila kita shut gambar dengan menggunakan DSLR, kita tidak digalakkan menangkap gambar dengan cara menegakkan kamera kita. Sebab nampak tak profesional katanya. huhu~ Tak pastilah saya, betul ker tidak tu~ Tapi apa yang pasti, tidak menjadi salah pun kalau kita nak ambil gambar dengan cara menegakkan DSLR kita. Ok, boleh lihat cara dibawah.
Cara yang sebelah kiri ini adalah kedudukan yang baik untuk pegang DSLR secara menegak. Tangan kanan digunakan untuk support berat kamera sambil menjaga setting. Manakala tangan kiri diletakkan dibawah lens untuk memperkukuhkan lagi kedudukan DSLR. Jadi, masalah gambar bergegar tidak akan berlaku. Kalau lihat cara pegang DSLR yang salah tu, kita boleh lihat kedudukan tangan kanan yang tidak stabil disitu…
Kedudukan Kaki
Untuk menstabilkan badan waktu mengambil gambar, pastikan kaki kiri dilangkahkan sedikit kehadapan dari kaki kanan. Jadi tak der lah rasa nak tumbang waktu tangkap gambar. Jangan rapatkan kaki dan berdiri tegak seperti gambar pada sebelah kanan diatas. Sebab kedudukan badan tidak akan stabil jika kita berdiri seperti itu.
Cara Pegang DSLR Waktu Tangkap Gambar View Rendah
Ok, diatas ini ada 3 contoh cara untuk pegang DSLR ketika hendak tangkap gambar pada kedudukan rendah. Cuba lihat kedudukan siku pada contoh gambar diatas. Siku sentiasa ditongkatkan pada kaki untuk menambah kestabilan kedudukan DSLR.
Cara yang salah, kalau lihat gambar pada sebelah kanan ini, siku tidak ditongkat pada kaki. Jadi kedudukan kamera tidak akan stabil disitu.
Gunakan Sebarang Benda Yang Dekat Dengan Kita Untuk Support Badan
Banyak benda yang boleh kita jadikan support untuk badan kita waktu menangkap gambar. Sebagai contoh, kita boleh gunakan tiang, kereta, atau dinding bagi membolehkan kita bersandar untuk mengukuhkan badan ketika mengambil gambar.
Cara Pegang DSLR Ketika Meniarap
Nak pegang DSLR ketika baring atau meniarap pun ada cara juga. Yang penting, kedudukan kamera mesti kukuh.
Seperti biasa, gunakan siku untuk support kamera dengan menongkat siku pada lantai atau tanah. Jangan buat seperti gambar yang salah diatas. Dimana dia tidak menggunakan siku, tetapi menggunakan badan untuk support kamera. Kita akan cepat rasa penat jika berbuat demikian dan DSLR yang kita pegang tidak akan stabil waktu menangkap gambar.
Ok, dibawah ini pula terdapat satu video yang menerangkan cara memegang DSLR yang menggukan lens yang besar dan panjang. Jadi, jom kita tonton video dibawah untuk tambahkan lagi pengetahuan kita, ya~
Akhir kata, di sini saya nak kongsikan satu tips iaitu, ketika hendak tangkap gambar, elakkan dari bernafas. Secara logiknya, apabila kita bernafas badan kita akan bergerak. Jadi cara terbaik, tarik nafas sebelum tekan butang shutter release, tahan nafas ketika tekan butang shutter release dan hembus nafas selepas tangkap gambar.
Ok, itu saja untuk kali ini. Untuk pengetahuan, segala ilmu yang saya sampaikan ini, saya ambil dari;
http://knol.google.com/ dan http://www.joemcnally.com/blog/
Popularity: 42% [?]
























hohoho…nice…tapi kalau hp berkamera mcm mana erkk…? haha..
saya nya xde lagi DSLR…ntah bila baru leh pakai…
[Reply]
ko ni wat aku jeles je..aku nk pakai dslr gak…hukhuk
x-po´s last blog ..TAK MELUAT KE DENGAN JURUJUAL JALANAN?
[Reply]
menarik entri ni. Kadang-kadang yang dah lama pakai DSLR pun tak reti-reti pegang dengan betul..hehehe
Faizal´s last blog ..Randomness #17 : A weekend with 50 on 50 
(contohnya saya!)
[Reply]
wah nak pegang kamera pun payah yerk…ades
mohdisa´s last blog ..Berhibur Sambil Beribadah
[Reply]
Salam. wah, besh2. thnks ya.;p
arnamee´s last blog ..Idola Kecil vs Adik-adikku , Nur kasih vs Cinta Tikar Sejadah
[Reply]
arnamee Reply:
March 2nd, 2010 at 12:16 am
@arnamee, siap bookmark;p
arnamee´s last blog ..Idola Kecil vs Adik-adikku , Nur kasih vs Cinta Tikar Sejadah
[Reply]
informatif.. tenkiu bebanyak.. memang payah nak jumpa post2 cenggini skang.. tapi mengikut rumusan yang aku bleh buat.. basicnye kene sandarkan siku kat badan.. supaya ader support dan tak gegar2…
samanosuke_04´s last blog ..PascaSPM ingin menguasai ‘tudung’ dan ‘pencuci muka’!
[Reply]
Bagus info ni, aku pun memang lemau bab bab fotografi. kamera dslr pun takde lagi… nanti dah sambar satu bleh wat rujukan ni.
Stargone´s last blog ..Kadar Cas Baru Hotlink Youth Club
[Reply]
wah. ni pun bleh buat post panjang lebar.
yang menariknya cara pegang untuk posisi duduk tu sebijik macam cara nak pegang senapang m16 aku belajar masa kadet dulu. haha~

ariff´s last blog ..Hi U.. Bleh kenal?
[Reply]
I think the whole DSLR craze is getting overboard.
Budak-budak yang x pernah minat nak amik gambar kecuali gambar sendiri posing close-up untuk MySpace tiba-tiba nak bawak usung DSLR.
I used to be keen, in fact had my work featured a few times. Then I saw chicks carrying these shit around, all pretending to know what aperture is…
Rasa cam lame.
So now my Nikon D80 is gathering dust while I stick to an IXUS.
immabastard´s last blog ..Meeting a Twat…
[Reply]
Fuh lengkap style dan cara2 nak ambil.. but i’m not addicted with DSLR lg buat masa ni.. just ambil gambar guna kamera handphone je~
Nikuve´s last blog ..10 Rumah Unik dan Kreatif di Dunia
[Reply]
Ada sijil fotografi…..Kamera blum angkat lg….Maybe b4 bln 5 nak angkat D90….huhuhu
[Reply]
macam sharp shooter..
kene bertenang semasa na shoot..
nanti sasaran tersasar kan..
[Reply]
Pegang kamera pun ada style yek, gaya bebas tak boleh ke?
PisangPanas´s last blog ..Dapatkan Akaun Google Adsense Sepantas Kilat
[Reply]
takan abis kat cara pegang je.. bab seterusnya tak de ke..hehe
[Reply]
minta ijin copy paste link-nya ya…
THX banget
[Reply]
entri yg sgt2 bagus!
sesuai utk aku yg beginner dlm bidang DSLR nie
good job!
[Reply]
Tip yg sangat berguna buat mereka yg baharu menceburi bidang dslr….tima kasih banyak2,,,,,ada lagi bagi mai
[Reply]
Saya baharu beli Nikon D3000…….masih baru dlm mengunakannya harap dapat beri tunjuk ajar
[Reply]
saya guna d90..tapi byk lagi nk kena belajar pasal dslr nih…tq sebab ada tips mc nih..
[Reply]