Another Strange Girl Stories

Life And Fate Like A Wheel

Archive for the 'Celebration' Category

Shot Fireworks di Tahun Baru Cina 2010

Malam tadi bermula pada pukul 11.45 mlm, satu semi satu dentuman mercun dan bunga api mula memecah heningan malam di kampung saya sebagai ‘mukadimah’ sebelum masuknya ‘Tahun Baru Cina’ pada pukul 12 mlm. Manakala apabila tepat pada pukul 12 mlm nya, bagaikan bunyi sebuah ‘peperangan’, hampir seluruh kawasan kampung saya dengan serentak berdentum dengan pelbagai bunyi dan rupa mercun yang berwarna-warni. Dibawah ini 2 buah gambar ‘bunga api’ yang paling besar dan kuat bunyinya yang sempat saya rakamkan dengan DSLR saya.

Gambar mungkin tak berapa ‘cun’ sebab saya letak setting untuk shutter speed dan apature tu, main hentam jer. Maklumlah, nak shot dengan cepat~ Tak banyak gambar yang jadi. Yang kat bawah ni, yang kira ok sikit berbanding yang lain. Itu pun macam gegar-gegar jadinya gambar tu. Mungkin sebab tangan saya tak berapa tetap kot. huhu~ Read more…

Popularity: 17% [?]

posted by Akuro San in Celebration,photography and have Comments (13)

Terbaik Sepanjang Tahun Ini

Tahun 2009 sudah pun hampir sampai ke penghujungnya. Kita hanya ada tinggal lagi 1 hari untuk melangkah ke Tahun Baru 2010. Bagaimana dengan kehidupan korang semua pada tahun ini? Mungkin ada yang melalui detik-detik bahagia, tidak kurang juga ada yang mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan pada tahun ini. Maka berazam dan berdoalah agar pada Tahun Baru yang bakal menjelang ini, kita akan memperoleh kehidupan yang lebih baik dan bahagia berbanding tahun-tahun yang lepas. Jika terdapat Wishlist yang tidak dapat dicapai pada tahun ini, maka bawalah wishlist itu ke tahun hadapan. Semoga ada rezeki kita untuk memenuhi wishlist tersebut di Tahun Baru yang bakal menjelang ini.

Oklah, sempena berakhirnya Tahun 2009 ini, saya ingin berkongsikan dengan korang semua status popularity entri-entri yang mendapat sambutan di blog nuristimewa.com ini. Jadi kepada sesiapa yang masih belum pernah baca entri-entri yang tersenarai dibawah, Read more…

Popularity: 3% [?]

posted by Akuro San in Celebration,Wordpress,sembang-sembang and have Comments (13)

Perkahwinan Rakan KaribKu

wedding

Tahniah saya ucapkan kepada rakan karib saya, Fazidah kerana dah pun berjaya melangkah ke Gerbang Perkahwinan pada hari ini. Untuk pengetahuan, Fazidah ni rakan karib saya waktu di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, disuatu ketika dahulu. Persahabatan kami kekal hingga ke hari ini. Tapi sekarang ini, rakan saya ni dah pun berkahwin. Tak tahulah lepas ni kami akan rapat macam dulu lagi atau tidak. Walaubagaimana pun, saya harap persahabatan kami akan terus kekal hingga kami beranak cucu nanti… huhu~

Oklah, dibawah ini ada beberapa keping gambar yang dapat saya snap waktu berada di Majlis perkahwinan rakan saya ini. Sebenarnya gambar yang di snap ada banyak lagi. Read more…

Popularity: 5% [?]

posted by Akuro San in Celebration,Hidup Akuro,memori K800i and have Comments (3)

Terkorbannya 7 Ekor Lembu…

title cow

:!: under construction~ tgh edit dan upload gambar… :)

Maaf terpaksa sign ‘under construction‘ tadi sebab nakkan  entry ini pada tarikh ‘Hari Raya Aidiladha – 27 November 09′

Petang tadi selepas menunaikan Solat Jumaat, telah bermulanya ibadah korban dikampung saya yang telah menumbangkan 7 ekor lembu yang telah ditambat disebelah belakang rumah saya (Belakang Masjid). Oklah, tak nak bercerita panjang, korang layan jer lah gambar yang sempat saya tangkap menggunakan K800i semasa saya melihat Ibadah Korban ini. Ok, saksikan dari kaca lense K800i… Zasss!~

cow1 Read more…

Popularity: 6% [?]

posted by Akuro San in Celebration,memori K800i and have Comments (3)

My Little Chick & Salam Aidiladha…

title chick

Sekadar mencuba update blog dengan cara yang berbeza. Dapat idea buat cerita pasal ‘Si Chick’ ni dari drama bersiri Korea, ‘Wonderful Life’. Cerita yang diceritakan oleh ‘Si Chick’ ini adalah kisah benar yang terjadi dalam 2 hari lepas… Ok, jemput baca ya~

:wink:

chick1

chick2 Read more…

Popularity: 4% [?]

posted by Akuro San in Celebration,sembang-sembang and have Comments (7)

UniKL Graduation Day 2009

DSC02353konvo


Lagu yang memberi kenangan sepanjang berada di MIAT…

Alhamdulillah… pada 11 October 09, dengan rasminya saya telah pun bergelar graduan Diploma UniKL MIAT. Dengan konvokesyen yang diadakan  di PICC ini, maka berakhirlah sudah kisah hidup pahit dan manis saya sebagai seorang pelajar UniKL MIAT, Batch AMT July 05. Maka selepas ini, saya akan melalui episode baru dalam hidup saya dimana apa yang akan terjadi, Wallahua’lam~ hanya Tuhan saja yang tahu… Mudah-mudahan saya dapat menjalani kehidupan yang jauh lebih baik, dengan keimanan yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya. Insya’Allah…

Terima kasih saya ucapkan kepada Mak, Empa, Abg Ija, Kak Ayu, Kakak, Bik Saffa’atun, Jabbar dan Rahman yang sudi datang ke Majlis Konvokesyen saya nih. Read more…

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

posted by Akuro San in Celebration,Hidup Akuro and have Comments (10)

Would you like to Login or Register ?