Archive for the Category »Hidup Akuro «

Feb
27

Sudah hampir 1 minggu menyepi tanpa sebarang entri baru di blog ini. Terdapat beberapa komen entri yang tidak berbalas gara-gara terlalu buzy dengan kehidupan di alam nyata. Maaf terpaksa mengistiharkan hibernasi buat seketika kerana sedang menyesuaikan diri dengan sekitar tempat baru. Ketika ini, saya tidak lagi berada di kampung, tetapi berada di kawasan perindustrian yang berkaitan dengan pembelajaran yang saya terima di IPT sebelum ini. Apa yang pasti, saya bukan lagi seorang BLOGGER yang ada kalanya bekerja. Tetapi kini, saya seorang pekerja yang ada kalanya berblogging~ “Seterusnya…”

Popularity: 10% [?]

Feb
12

Aper? Muar ada UPTOWN???

Hah, jangan tak percaya, ingat kat Damansara/sekitar KL jer ada UPTOWN? Kat Muar pun dah ada UpTown tau! huhu~ Ok lah, UpTown Muar ini terletak di Tanjung Agas. Berhampiran dengan Pasaraya GIANT. Waktu saya datang ke UpTown Muar pada hari Ahad yang lepas, saya dapati masih belum ramai lagi peniaga yang meniaga di tapak Pasar Malam UpTown ini. Mungkin sebab UpTown ini masih baru lagi. Jadi masih belum ramai orang yang meniaga dan berkunjung ke tempat ini.

Apa yang lucunya, waktu saya datang ke sana dengan membawa DSLR, mereka yang ada di UpTown Muar itu memandang saya seperti seorang ‘Fotografer Profesional‘! Sampai ada beberapa peniaga yang bertanya pada saya, “Awak dari Majalah apa?” atau “Wartawan Surat Khabar mana nih?“. hehe~ “Seterusnya…”

Popularity: 18% [?]

Feb
08

Selepas membuat bank-in pada hari rabu yang lepas, saya menunggu kehadiran ‘teman baru‘ hidup saya yang diberitahu akan diposkan pada petang itu juga dengan menggunakan perkhidmatan ‘Nationwide‘. Jika sebelum ini saya pernah membeli ‘T-Shirt Blogger Tee‘ dari Saffawati yang dihantar menggunakan Pos Laju Malaysia, ianya hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk t-shirt itu sampai ke rumah saya. Sesuai dengan motto nya,  ‘Dijamin Sampai Esok!‘. Jadi untuk ‘teman baru‘ yang saya beli secara online pada kali ini, saya menjangkakan ianya akan sampai dalam masa satu atau dua hari sahaja. Walaubagaimana pun, jangkaan saya meleset! Setelah menunggu sehingga hari Jumaat, ‘teman baru‘ yang dinanti masih belum sampai juga. Dengan penuh kesabaran, saya tunggu juga sehingga hari Sabtu.

Dipendekkan cerita, selepas menghubungi pihak ‘NationWide Muar‘ dan orang yang menjual ‘teman baru‘ itu mengenai status barang yang dihantar, akhirnya pihak ‘NationWide Muar‘ memberitahu yang ‘teman baru‘ saya berada di ‘NationWide Tangkak‘ dan sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke rumah saya. “Seterusnya…”

Popularity: 28% [?]

Jan
12

Diharapkan masih belum terlambat untuk saya mengeluarkan entri ‘Blogger- We Care‘ ini…

“Seterusnya…”

Popularity: 14% [?]

Jan
05

Pagi tadi waktu dikejutkan bangun tidur, Si Kecil ini sangat liat apabila disuruh bangun mandi dan bersiap untuk pergi ke TABIKA. Tetapi selepas saya pujuk dan katakan yang saya hendak mengambil gambarnya dengan memakai baju TABIKA, barulah Si Kecil setuju untuk mandi dan bersiap-siap hendak ke TABIKA.

Hari ini adalah masuk hari ke dua Si Kecil ini datang menimba ilmu di TABIKA. Mungkin jauh disudut hatinya berasa ‘berat‘ hendak ke TABIKA, kerana rakan-rakannya ketika di TASKA pada tahun lepas tidak memasuki TABIKA yang sama dengannya pada tahun ini. Si Kecil ini, Mak Cik saya sekolahkan ia di TABIKA KEMAS. Manakala rakan-rakan Si Kecil, ada yang bersekolah di TABIKA PERPADUAN. Ada juga sebahagiannya yang dapat memasuki PRA-SEKOLAH. Walaubagaimana pun, Si Kecil dapat juga bertemu dengan rakan-rakannya apabila datang ke Sekolah Agama pada sebelah petangnya. “Seterusnya…”

Popularity: 11% [?]

Jan
03

Tajuk diambil bersempena dengan kehangatan tayangan movie ‘Batman- The Dark Knight‘ di ASTRO HBO pada awal bulan Januari 2010 ini. Boleh dikatakan setiap kali saya turun ke ruang tamu rumah, saya akan melihat kakak saya duduk dihadapan TV sambil melihat movie Batman ini. Kadang-kadang pelik juga, best sangat ker cerita Batman nih? huhu~ Entah lah, bagi diri saya sekarang nih, saya lebih suka menonton movie yang kurang unsur 18SG. Boleh dikatakan, macam dah tak berminat untuk tonton movie yang ganas-ganas nih. Tapi, kalau movie 18PL, ermm~ saya layan juga kot~ wooiiitttt!! huhu~ (Ok, gurau jer, sila jangan percaya~)

Ok lah. Firstly saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Milsum yang telah memilih saya sebagai salah seorang pemenang dalam contest beliau yang mula diadakan pada 5 November 2009-31 Disember 2009 yang lepas. Selain memenangi tempat ke-2 dalam contest yang diadakan, saya juga telah terpilih memenangi hadiah ‘Komen Paling Bernas‘ didalam contest tersebut. Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan… “Seterusnya…”

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 16% [?]