Another Strange Girl Stories

Life And Fate Like A Wheel

Archive for the 'Motivasi' Category

Mahu Jadi Guruh, Kilat dan Petir di TABIKA

Pagi tadi waktu dikejutkan bangun tidur, Si Kecil ini sangat liat apabila disuruh bangun mandi dan bersiap untuk pergi ke TABIKA. Tetapi selepas saya pujuk dan katakan yang saya hendak mengambil gambarnya dengan memakai baju TABIKA, barulah Si Kecil setuju untuk mandi dan bersiap-siap hendak ke TABIKA.

Hari ini adalah masuk hari ke dua Si Kecil ini datang menimba ilmu di TABIKA. Mungkin jauh disudut hatinya berasa ‘berat‘ hendak ke TABIKA, kerana rakan-rakannya ketika di TASKA pada tahun lepas tidak memasuki TABIKA yang sama dengannya pada tahun ini. Si Kecil ini, Mak Cik saya sekolahkan ia di TABIKA KEMAS. Manakala rakan-rakan Si Kecil, ada yang bersekolah di TABIKA PERPADUAN. Ada juga sebahagiannya yang dapat memasuki PRA-SEKOLAH. Walaubagaimana pun, Si Kecil dapat juga bertemu dengan rakan-rakannya apabila datang ke Sekolah Agama pada sebelah petangnya. Read more…

Popularity: 3% [?]

posted by Akuro San in Hidup Akuro,Motivasi and have Comments (15)

Menyelami Personaliti Diri Dengan Moon Sign

Macam mana agaknya korang mula mendapatkan idea menaip blog? Saya yakin, tentu ada pelbagai cara bagi seseorang blogger itu menghasilkan entri. Sama ada dengan mencari keyword terlebih dahulu, membaca surat khabar, mengambil tahu isu-isu semasa, mungkin juga dengan membuat travel atau jalan-jalan cari makan dan sebagainya. Apa yang kerap berlaku pada diri saya, bila waktu mandi, memasak, atau sedang bersiar-siar, macam-macam idea yang datang untuk menghasilkan entri baru.

Dan setiap kali idea itu datang, saya akan berlari mendapatkan laptop lalu saya taipkan tajuk terlebih dahulu didalam draft. Tapi apa yang lucunya, lepas saja taip tajuk, idea yang datang tadi terus hilang. Nak buat ayat pun, kena termenung beberapa minit dahulu. Kadang-kadang, boleh saya tanya pada diri sendiri pula, “Apa yang aku nak cerita nih tadi??” haha~ pelik sungguh!

Benar~ Bukan mudah untuk menghasilkan entri yang berinformasi dan berkualiti. Kadang-kadang saya dah buat draft untuk entri-entri yang seterusnya. Tapi bila nak publish saya akan terfikir, ada ker orang yang akan baca entri ini? Adakah entri ini mempunyai info yang berguna kepada pembaca? atau, Tidak terlalu peribadikah entri yang saya karang ini? huhu~ macam-macam pula yang difikirkan~ Begitu juga dengan entri kali ini. Read more…

Popularity: 10% [?]

posted by Akuro San in Motivasi,sembang-sembang and have Comments (11)

Hidup Berani Untuk Gagal

hidup berani untuk gagal

**Setelah menimbang balik dan berfikir beberapa ketika, akhirnya keluar juga entri

Hidup Berani Untuk Gagal

ini dari blog saya.

Tahukah anda apa perbezaan orang yang BERJAYA dengan orang yang TIDAK BERJAYA? Orang yang berjaya mempunyai matlamat, cita-cita atau ‘goal‘ didalam hidupnya. Dimana dia akan berusaha untuk mencapai matlamat yang diimpikan. Manakala orang yang tidak berjaya hanya mempunyai mimpi dan angan-angan sahaja didalam hidupnya. Dia hanya akan berharap apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan tanpa membuat sebarang usaha. Allah s.w.t ada berfirman;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-

Hidup tiada matlamat dan cita-cita ibarat seorang pengemudi kapal yang tidak mempunyai arah tuju bagi destinasi pelayarannya. Read more…

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

posted by Akuro San in Contest,Motivasi and have Comments (29)

Would you like to Login or Register ?