Ceramah Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi di PICC

Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi adalah seorang Tokoh Ulama yang tidak asing lagi pada ketika ini. Dimana beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek komtemporori di dunia Islam pada masa kini. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Ulama Sedunia. Pada 18 Disember 2009 bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah yang lepas, kita sudah pun sedia maklum dengan kehadiran beliau ke Malaysia dan telah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Anugerah yang diterima telah disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Menurut Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi dalam ucapannya ketika Majlis Maal Hijrah yang lepas, beliau ada mengatakan kekagumannya terhadap kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat di seluruh dunia. Selain itu, beliau juga ada memberitahu yang ini bukanlah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Malaysia, malah beliau pernah datang ke Malaysia atas jemputan dari Masjid-masjid dan Universiti di negara ini. Beliau juga pernah menerima Anugerah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah bertemu dengan pihak pemerintah sama ada daripada UMNO mahupun PAS.

Pada 19 Disember 2009, bertempat di PICC, Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi sekali lagi diberi peluang untuk menyampaikan ceramah di dalam Majlis Muhadharah Perdana 2009. Disini saya sertakan video ceramah beliau untuk tatapan saya dan pengunjung blog, untuk melihat dan mendengar sendiri ceramah dari Ulama berkelahiran Mesir ini.

Saya yakin tentu ada yang akan mengeluh tidak faham, gara-gara ceramah yang diberikan ini dalam Bahasa Arab. Sebenarnya sangat segan untuk saya menyatakan yang saya juga tidak memahami Bahasa Arab kerana ianya bukanlah bahasa yang asing bagi diri kita sebagai umat Islam. Ini kerana biar pun kita tidak membaca Al-Quran pada tiap-tiap hari, tetapi bukankah kita bersolat 5 kali setiap hari? Ini bermakna kita juga telah bercakap Bahasa Arab pada tiap-tiap hari! Betul tak? Sebenarnya ada penterjemahan waktu Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi buat ceramah hari tu. Tapi video si penterjemah itu tidak pula di’upload’kan dalam Youtube. Sebab ada yang kata, jika di’upload’kan sekali sesi terjemahan, nanti tawar jadinya ceramah tersebut.

Walaubagaimana pun, buat masa ini saya hanya akan letakkan video dahulu. Jika selepas ini saya menemui terjemahan dari ceramah ini, Insya’Allah, saya akan update entri ini dan letakkan terjemahan ceramah ini untuk rujukan kita bersama.

~Selamat Menonton~

Reference;
Forum ILuvIslam
M Star Online

Popularity: 1% [?]

Recent Related Posts

5 thoughts on “Ceramah Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi di PICC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p