Cerita Sepanjang Menyepikan Diri Di Alam Blogging

Sedar tak sedar, sudah hampir 2 bulan blog ‘Another Strange Girl Stories‘ ini tidak ber’update. Setiap kali membuka email, berpuluh ‘new email‘ yang masuk bertanyakan hal ‘Harga DSLR‘ dan ‘Tips Memerlihara Arnab‘. Menyusun 10 jari memohon maaf kepada sesiapa yang ada menghantar email, kerana buat masa ini, saya masih belum mampu untuk membalas setiap email yang datang. Walaubagaimana pun, saya akan cuba mencuri masa untuk membalas email tersebut tidak lama lagi.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa saya tiba-tiba menyepi dari dunia blog? Jika korang pernah membaca entri diblog ini yang bertajuk ‘My New Journey‘, korang sudah tentu telah sedia maklum yang kini saya sudah pun menjadi salah seorang insan yang berkerjaya. Jadi aktiviti blogging kini telah menjadi aktiviti sampingan sahaja. Bukan sepenuh masa seperti dahulu… Walaubagaimana pun, saya masih belum mengistiharkan diri untuk berhenti berblog… huhu~

Untuk pengetahuan, saya kini dengan senang hatinya telah menggunakan P1 Wimax sebagai ‘teman‘ untuk saya melayari internet dirumah sewa yang terletak di Subang Perdana ini. Performance OK, Coverage OK, Download & Upload OK! Jadi, apa yang perlu saya perkatakan lagi? huhu~ (Mungkin dekat area Subang Perdana nih, tak ramai lagi orang yang guna P1 Wimax kot~ Itu sebab Ok jer~) Tak percaya? Boleh lihat ‘Meter Test P1 Wimax‘ dibawah ini.

Pada bulan April yang lepas, blog saya telah ‘down‘ selama 5 hari! Iaitu bermula dari 26 April hingga 30 April. Apa yang mengecewakan, saya tidak menerima sebarang email atau SMS msg dari Baitubytes berkenaan dengan masalah tersebut. Maklumlah, blog dah tak aktif~ Jangan fikir ‘Owner Blog‘ tak check apa yang berlaku dengan blog dia~ Lihat sajalah Analytic’s Nuffnang nih. Sadis betul!

Ok, bercakap mengenai Nuffnang, saya bersyukur kerana jika sebelum ini saya pernah menyatakan yang blog saya kurang mendapat earning dari Nuffnang, tetapi kini saya memiliki 3 Campaign yang sedang berjalan diblog saya. Oklah tu~ dari tak pernah ada, sekarang ada la juga~ huhu~ Dan kalau nak di ikutkan, saya sudah pun boleh ‘cash out’ kan earning Nuffnang saya untuk pertama kalinya. Tapi walaubagaimana pun, saya masih belum berhajat untuk ‘cash out’ kan earning tu lagi. Biarlah dia terkumpul untuk beberapa ketika dahulu~ Apa pun, Terima Kasih Nuffnang! Jasa Mu Akan Ku Kenang! huhu~

Ok, apa lagi yang saya nak cerita ya? Rasanya cukup sajalah bebelan saya buat masa ini. Esok lusa, kalau ada masa, saya membebel lagi! dan Insya’allah, lepas ini kalau membebel pun, akan membebel something yang berilmu~ huhu~

da~ da~ :wink:

Popularity: 2% [?]

Recent Related Posts

8 thoughts on “Cerita Sepanjang Menyepikan Diri Di Alam Blogging

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p