Another Strange Girl Stories

Life And Fate Like A Wheel

Derita Merindu- Cinta Atau Dendam?

Dikala sedang khusyuk mencari bahan untuk menghasilkan entri baru, bilik saya telah diketuk dan diserbu oleh sepupu-sepupu saya yang datang bermalam dirumah pada malam semalam. Hah… apa lagi, alang-alang mereka dah masuk ke bilik saya dan bertanyakan apa yang sedang saya lakukan, saya pun memperkenalkanlah pada mereka apa itu B.L.O.G, apa kelebihan blog dan bagaimana mahu membuat blog yang lebih mudah tanpa bayaran. Maka dengan serta mertanya, mereka sudah pun tahu kewujudan seorang ‘blogger‘ diantara saudara-mara mereka, iaitu SAYA. huhu~

Disebabkan sudah lama tidak berjumpa, macam-macam juga yang sempat kami sembangkan malam tadi. Sambil-sambil itu, mereka nih sempat mengacau dengan meminta saya men’download’kan lagu-lagu yang diminati dari internet WiFi rumah saya nih. Siap buat planning lagi, lepas ini kalau mereka datang ke rumah saya, mereka nak bawa laptop sendiri untuk tumpang WiFi dirumah saya. huhu~ Sabar jer lah! Ada beberapa lagu lama dan baru yang saya download’kan untuk mereka antaranya, lagu Paparazzi-LadyGaga, Sleeq- Cun Saja, Fotograf- Kepintu Kasihmu, Melly Goeslow- Ketika Cinta Bertasbih, Derita Merindu- Ahli Fiqir dan beberapa lagu lain. Nak ikutkan, saya ni bukan jenis yang biasa dengar radio, jadi sebab dah download lagu-lagu tersebut, saya dengarlah juga~ Lagu Paparazzi-LadyGaga, best juga… boleh layan la~ Setakat dengar lagu sajalah. Tak perlu lihat penyanyi nya yang rupa tidak ubah seperti makhluk asing yang datang dari Planet Marikh itu. hoho~

Selain itu, lagu yang rasanya sedang malatop waktu sekarang ini, Derita Merindu- Ahli Fiqir juga telah menarik perhatian saya, dimana terdapat lirik lagunya yang berbunyi begini…

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

(Rap)
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Ok, kenapa saya tertarik dengan lirik lagu tersebut? Senang saja, siapa yang gigit cili, dia yang akan terasa pedasnya. Sudah tentu kerana saya ‘terasa’ dengan lirik lagu itu. huhu~ Mungkin sebab sebelum ini pernah terdetik di hati saya sekiranya ‘mereka‘ yang memperlekehkan derita yang pernah saya hadapi suatu ketika dulu, terjadi pada diri ‘mereka‘ pula. Barulah ‘mereka‘ tahu bagaimana rasanya…
Begitu juga bila saya mendapat berita si dia ada mengatakan yang saya menyukai dirinya kerana ‘paras rupanya’ yang sempurna. Subhanallah~ Saya cukup geram dengan kenyataan itu hingga saya pernah katakan, “Sampai masa nanti, kamu akan bertemu dengan gadis yang menyukai kamu, kerana paras rupa kamu dan harta kamu, kamu tahulah macam mana!!“. Sungguh! saya rasa terhina sangat bila dikatakan sebegitu. Saya sedar… si dia tak pernah tahu kenapa sebenarnya saya menyukai dirinya.
It’s ok… Biarlah Rahsia… Apa yang pasti, perasaan yang ada ini adalah kurniaan Allah S.W.T. Saya tidak pernah minta untuk dihadirkan perasaan seperti ini, tetapi setiap yang berlaku itu ada hikmahnya… Saya terima…

Tapi bila difikirkan balik, sudah tentu saya sendiri tidak mahu melihat si dia bersedih atau menderita. Kata-kata tadi hanya terdetik bila terasa bengang dengan keadaan ketika itu. Tetapi hakikatnya, saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyimpan sebarang perasaan dendam didalam hati diatas keadaan itu. Saya tidak mengharapkan apa yang saya katakan itu benar-benar terjadi kepada si dia atau kepada mereka, tetapi sekiranya Allah sudah mentakdirkan yang si dia atau mereka akan mengalami dugaan seperti yang saya lalui, anggaplah itu sebagai penebus dosa yang tidak akan membebankan si dia atau mereka diakhirat nanti. Walaubagaimana pun, dugaan setiap orang tidak akan sama. Maka terimalah~ setiap yang berlaku itu ada hikmahnya…

Benar… Kita tidak akan mampu membenci seseorang jika masih ada perasaan rindu yang menguasai. Tetapi kita mesti ingat, mahu hidup bahagia atau hidup menderita itu terletak pada pilihan kita sendiri. Jangan sesekali menyalahkan takdir kerana hidup menderita. Kerana ianya berlaku atas pilihan kita sendiri. Walaubagaimana pun, tak dinafikan ada juga sesetengah penderitaan yang kita tidak boleh elak. Malah mengharungi penderitaan itu adalah pilihan terbaik untuk dihadapi. Sebagai contoh, kita mempunyai 2 pilihan dan kedua-dua pilihan itu mempunyai dugaan tersendiri. Maka kita tidak ada pilihan lain selain mengharungi salah satu dari dugaan tersebut…

Jika kau percaya, ia ada di dalam ragaku
Aku akan mengatakan semua perkara yang aku tahu
Hanya untuk melihat jika ia akan menunjukkan
Bahawa aku cuba untuk membuat kau faham
Bahawa aku lebih baik dengan berdiri sendiri…

~Pieces.malay-Full~

p/s: Thanks kepada sepupu saya yang sempat bercerita mengenai Novel MIKHAIL- Ramlee Awang Murshid yang berkisarkan kejahatan pemikiran Zionis. Kalau ada rezeki, tentu saya akan ‘grab’ novel tersebut bersama novel yang saya teringin sangat nak baca, Novel Ungu Karmila-Ramlee Awang Murshid.

Jikalau aku seorang pengarang cerita, aku mahu mengarang cerita ku seluas ilmu dan pengetahuan Ramlee Awang Murshid, sejujur dan selembut bahasa Fatimah Syarha, seindah dan se romantiks cerita Habiburrahman El-Shirazy

Boleh ker ?? huhu~ :love:

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 6% [?]

posted by Akuro San in Hidup Akuro and have Comments (10)

10 Responses to “Derita Merindu- Cinta Atau Dendam?”

  1. Kujie says:

    manusia hilang pertimbanga akal bila ego dalam percintaan – seolah2 apa yang diingini wajic didapati – sebab itulah terkeluar segala kata semata-mata untuk menyakiti orang lain untuk membuktikan diri sendiri yang betul

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @Kujie, betul tu, kak jie~ kerana ego lah maka terjadinya kisah saling cela-mencela dan saling jatuh-menjatuhkan~
    apa pun, segalanya ada hikmah tersendiri… biarlah jadi iktibar dan berharap tidak akan berlaku lagi keadaan seperti ini~ :emotion:

    [Reply]

  2. Lan Bingka says:

    lagu tu memang best..;)

    [Reply]

  3. zaiMi says:

    lagu derita merindu tu memang best.. maksud die mendalam.. sape yang penah rase die tau la..

    [Reply]

  4. aidi-safuan says:

    haha….besh lagu nih…kadang2 terpikir gak pasal lirik dia.

    [Reply]

  5. zella says:

    hurm…
    mmg rs seksa sgt klu time tgh merindu haha

    [Reply]

  6. haha…sy mcm yg tgh merindu jek :-)

    [Reply]

  7. firzie says:

    mmg gile kalau merindu…aduh..rindunye pada suami nun jauh di sana…. :love:

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    haishh~ ini rindu orang yang dah berkahwin, lain daa~ huhu~ :P

    [Reply]

  8. fyrah says:

    :emotion: memang sakit apabila rindu dengan seseorng…setelah dtingalkan….rindu menjadi semakin rindu….cinta menjadi dendam….kepedihan hati tak dapat nak kawal….tu lah dilema saya sekarang..

    [Reply]

Place your comment

Please fill your data and comment below.
Name
Email
Website
Your comment
CommentLuv Enabled
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p

Would you like to Login or Register ?