Diari Di Aidilfitri

raya

E-card Iluvislam

Macam-macam dugaan yang dialami untuk mengeluarkan entry baru kat blog nih. Dari bulan Ramadhan hari tu, ingat nak keluarkan entry pasal Malam Lailatul Qadar. Sayangnya masa tak mengizinkan… Maklumlah, bila dah kerja bisness nih, waktu nak dekat rayalah waktu yang paling sibuk sekali. Bila balik rumah pula badan dah letih, kepala pun dah ‘blur’. Apa lagi, terus masuk tidur jer la… Bila tiba waktu raya pula, ‘line streamyx’ ni pula tak sudah-sudah ‘down’. Last’nya, sampai Raya ke-3 ni lah baru saya sempat nak keluarkan entry terbaru nih… huhu~

Oklah, nak cerita sikit mengenai sambutan raya dirumah saya. Berbanding dengan tahun-tahun yang lepas, Raya kali ni rumah saya agak senyap. Mungkin sebab raya tahun ni, tiba giliran abang saya untuk beraya dirumah mertuanya di Pahang. Manakala anak saudara saya pula beraya dikampung arwah ibunya di Negeri 9. Saudara-mara sebelah ayah saya, masih ramai juga yang datang berkunjung ke rumah. Tetapi tidak pula bagi saudara-mara sebelah mak saya. Hanya 2 keluarga saja yang datang ke rumah saya. Yang lain, saya tak pasti mereka beraya dimana. Jadi, boleh dikatakan saya agak kurang sibuk berbanding 2 tahun yang lepas. Sampai tak cukup tangan nak hidang makanan pada tetamu yang datang…

Perkara rutin yang dilakukan setiap kali pagi Syawal adalah menziarahi kubur arwah Abang, arwah atuk dan nenek yang sudah tiada. Tetapi untuk pagi Syawal kali ini, kami tidak melakukan perkara rutin itu. Tak tahulah, bila mak dan ayah nak pergi jenguk kubur Arwah Abang… :emotion:

Kenangan; Gambar Keluarga Saya...

Kenangan; Gambar Keluarga Saya...

Apa yang membanggakan saya pada Raya tahun ini, dimana ini kali pertama saya menghadiahkan mak dan ayah saya duit Raya hasil dari gaji saya bekerja sepanjang bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah~ mak saya menerima dengan baik dan mendoakan saya agar mendapat pekerjaan yang lebih baik lagi… “Terima kasih, kerana membesarkan saya, Mak…

Saya teringat pada bulan Syawal tahun lepas, ada seorang rakan mendoakan yang saya akan ‘berpasangan’ apabila masuk bulan Syawal yang akan datang. Maknanya, pada tahun ini lah kan? hehe~ Tapi tak ada pun… Malah ianya digantikan dengan berita 2 orang sepupu saya yang akan bertunang pada minggu hadapan… huhu~ :p

26 September nanti akan diakan ‘open interview’ bagi sesiapa yang nak join ‘TJT’ (Training Junior Techcian) MAS Airlines. Puas juga saya berfikir, bagaimana cara untuk saya pergi ke sana, sebab waktu tu keluarga saya masih sibuk beraya… Siapa yang nak hantar saya pergi ‘open interiew’ tu? Nak bergerak dari Muar ke KL bukan dekat. Nak sampai ke tempat interview, saya bukan tahu jalan nak ke sana. Limit umur untuk join interview tu pula, dari 18-23… Umur saya pula dah lebih… Mahu saya sampai sana, saya tak boleh join interview. Kan dah buang masa? Hurm~ tah la… mungkin bukan rezeki saya untuk bekerja dengan MAS agaknya… ;-(

Wallahua’lam~

Popularity: 1% [?]

Recent Related Posts

2 thoughts on “Diari Di Aidilfitri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: