Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun

Terasa seperti baru semalam saya menaip entri tahun baru untuk tahun lepas tetapi hari ini, kita sudah pun memasuki Tahun Baru Maal-Hijrah 1433 dan tinggal lagi sebulan, kita akan memasuki Tahun Baru 2012 pula. Hari yang saya lalui untuk hari ini terasa sayu… Betapa cepatnya masa berlalu seolah-olah tidak mampu untuk dikejarkan. Masih terkenang azam Tahun Lepas yang masih didalam ‘perjalanan’ untuk dilaksanakan. Ada juga azam yang masih belum nampak ‘bayang’nya…

Semoga kehadiran Tahun Baru ini akan lebih membawa TUAH buat diri ini dan mudah-mudahan Allah S.W.T melimpahkan rezeki yang lebih baik untuk kita semua pada tahun ini.

Oklah. Dibawah ini saya sertakan Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun untuk rujukan saya dan sesiapa saja yang memerlukannya untuk tahun-tahun yang akan datang… Selamat Beramal…

DOA AWAL TAHUN

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, “Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan”.

DOA AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, “Kesusahan bagiku dan  sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga”. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

Nur Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p