Dunia Blog Yang Berwarna-warni

comic block

Masuknya bulan Disember ini telah genap setahun saya berkecimpung dalam Dunia Blog. Penulisan saya bermula dengan penulisan blog peribadi di Blogspot lalu kemudiannya menjadi blog ‘Strange Girl Stories‘. Selepas memenangi contest dari blog Azahamin, saya telah berpindah ke WordPress.org dengan blog ‘Another Strange Girl Stories‘ pada bulan Julai 09 dengan bantuan Nikuve. Dalam masa setahun saya berblog ini, macam-macam perkara yang dapat saya lihat didalam dunia blog. Tak dinafikan dunia blog ini boleh diumpamakan seperti dunia nyata. Dimana ada sesetengah orang menjadikan blog sebagai tempat meluahkan perasaan apabila dunia terlalu sempit. Ada pula orang yang membuat blog untuk ber’poyo-poyo’an (ok, perkataan cipta sendiri. Faham-faham sendirilah apa makna poyo disitu~). Tidak ketinggalan juga dengan orang yang membuat blog hanya semata-mata kerana nak dapat wang dengan kadar segera.

Bagi yang aktif dalam dunia blog, korang tentu sedia maklum dengan isu yang hangat diperkatakan didalam dunia blog sekarang ini seperti kes ‘klik-klik nuffnang‘ dan kes ‘klik dapatwang’. Walaubagaimana pun, saya tidak bercadang untuk mengulas apa-apa mengenai kes-kes ini kerana otai-otai blogger sendiri sudah ramai yang membuat ulasan dan nasihat yang terbaik kepada sesiapa yang terlibat dalam kes ini. Malah apa yang menariknya, disebabkan kes ini terdapat juga otai blogger yang sudi mengeluarkan entri khas untuk blogger yang ingin mempunyai ‘blog yang mantap,  stabil , berkualiti dan berpersonaliti‘. Dimana, entri ini sangat bermanfaat kepada blogger-blogger newbie yang masih ‘zero’ dalam mengenali apa itu *Search Engine, Alexa.com, Google PageRank (PR) dan beberapa info lain. Tahniah dan Terima Kasih kepada Kak Kujie yang sudi menurunkan ilmu ‘Basic Blogging’ ini kepada mereka, (termasuk saya) yang memerlukan.

*Search Engine;

Google, Yahoo, MSN

Secara tidak sengaja daripada kes yang berlaku ini, saya dapat lihat bagaimana otai-otai blogger beraksi dalam penulisan mereka yang mempunyai ‘kekuatan’ yang tersendiri. Jika Khai, waktu angin dia kurang baik, saya sedia maklum dengan penulisannya yang boleh membuatkan ‘orang makan dalam’ bila membacanya (saya biasa baca penulisan dia di JustKhai). Tidak kurang juga dengan Luth Texhtile. Topotato mengeluarkan entri dengan penulisan yang slumber, manakala saudara Megat pula menunjukkan penulisan yang tegas dan bermotivasi. Dan akhir sekali, saya tertarik dengan penulisan Kak Kujie yang bercerita mengenai pasukan Mighty Morphin Power Rangers yang menentang raksasa! Sungguh kreatif!

Dari sini saya sedar menjadi seorang blogger bukan sekadar pandai membuat template blog yang menarik, pandai menulis cerita-cerita panas dan pandai bermain keyword atau SEO. Tetapi ‘Gaya Bahasa‘ dan ‘Kreativiti Ayat‘ juga memberikan peranan yang penting (bonus) bagi menarik minat pengunjung untuk terus melekat dan membaca diblog kita. Jadi tidak hairan jika ada sesetengah blogger yang blognya hanya berwarna hitam dan putih, tidak mempunyai sebarang hiasan atau gambar, tetapi mempunyai PageRank yang tinggi! Ini kerana hanya dengan ‘Kreativiti Penulisan‘nya saja sudah cukup untuk menarik pengunjung terus membaca entri-entri di blognya.

Baiklah, semasa membaca entri blogger jemputan di blog Rjuna mengenai Team Nuffnang baru-baru ini, saya telah tertarik dengan sebuah entri bertajuk ‘Lagu Untuk Blogger‘. Bila dengar dan hayati lirik lagu di entri itu, saya tersenyum dan tergelak sendiri kerana lagu tersebut kelihatan menyindir sesetengah blogger yang menceritakan kisah peribadi diblog. Terutamanya part yang kat bawah ni;

Minah tu buka blog, tulis jiwang-jiwang
Asyik cinta, rindu, dan sayang
Belum confirm lagi mamat tu jadi laki
Dia puji-puji, sampai setengah mati

Pabila patah hati, hari-hari dia maki
Ali beruk, Ali setan, Ali iblis dan b***
Oit jantan tu lari, semua orang ketahui
Ada yang simpati, ada ketawa kikiki…

Ok, memang tak boleh blah~ hehe~

Tapi apa yang menariknya lagu ini, bila kita dengar, kita akan nampak inilah dunia blog yang sebenarnya. Saya akui, dalam masa setahun saya berblog, sudah tentu saya belum dapat menandingi pengalaman blogger-blogger otai yang mungkin sudah bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia blog ini. Mereka sudah tentunya ‘sudah masak’ dengan rencah kehidupan dalam dunia blog.

Jadi, apa pula komen dan pandangan korang mengenai dunia blog? Tentu korang yang berblog juga mempunyai cerita tersendiri dalam dunia blog. Jika korang ingin memberikan ulasan, pandangan, komen atau nasihat, bolehlah menyuarakannya di bahagian komen dibawah.

Kepada ‘silent reader’, korang juga boleh luahkan pendapat korang. Boleh kita cerita dan bincang sama-sama ya~

Popularity: 3% [?]

Recent Related Posts

7 thoughts on “Dunia Blog Yang Berwarna-warni

  1. sesetengah blogger yang blognya hanya berwarna hitam dan putih, tidak mempunyai sebarang hiasan atau gambar

    tu blog Kak Jie le tu…gile bosan
    tapi Kak Jie suka..
    sebab target Kak Jie pengunjung dari search engine. Kalau blog berat dgn accessories , ambil masa untuk loading time, pengunjung akan tekan butang X

    style entri Kak Jie berbagai bergantung isu yang ditulis. Kadang-kadang melankolik juga, kadang2 berkias

    Blog ini pun kemas, cantik susuan sidebar. :)

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @Kujie, oh, betul juga ya~ saya sendiri pun kalau masuk blog yang lambat loading, mesti saya akan tutup terus… huhu~

    [Balas Komen]

  2. blog hitam putih yang tidak berpelangi tu blog saya la tu (hu3). asas warna hitam dan putih itu sudah melambangkan bagaimana perasaan kita berfungsi.

    kalau putih, putih la perjalanannya. klu hitam, hitamlah. tapi kita perlu pastikan dari hitam menjadi putih. itu tanggungjawab kita sebagai blogger yang boleh menembusi lebih ramai pambaca berbanding bersembang kedai kopi bukan?

    namun power rangers akan beraksi apabila raksasa-raksasa keluar untuk membuat durjana (kah3)

    setuju dengan mak power rangers, kalau blog loading lambat mungkin sebabkan beberapa pembaca terus beralih arah dan secara tak langsung blog yang kununnya cantik dan gempak tidak dilawati (hu3)

    saya sedang menguji untuk memiliki template yang minimum dengan kandungan dan permainan SEO yang optimum! ;)

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @megat, yup, saya pernah dengar orang kata, hitam dan putih itu warna hati~
    Tadi saya sempat menjengah blog KNizam. Blog yang mempunyai template yang simple, tak banyak widget, tetapi mempunyai entri dengan gambar-gambar menarik. Mungkin penggunaan template begini yang dimaksudkan oleh saudara Megat. Tak dinafikan juga, penggunaan SEO memang penting dalam menaikkan populariti sesebuah blog.

    [Balas Komen]

  3. Pingback: Tips Tingkatkan Earning Nuffnang | Nur Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p