Mungkin ada yang perasan, saya sering kali ‘jeritkan’ sebuah nama di Twitter setiap kali blog saya ‘down‘. Baru-baru ini, saya telah menerima sebuah ‘Email Cinta‘ dari pemilik nama tersebut iaitu tidak lain dan tidak bukan, hosting BaitulBytes. Haa~ nak tahu macam mana saya boleh dapat ‘Email Cinta‘ tersebut? hehe~ cuba korang baca email dibawah…
Assalamu’alaikum warahmatullah,
Ukhti Nur****** *******,
Sejak akhir-akhir ini, pihak kami mendapati blog ukhti selalu berada antara top user yang over load CPU/RAM usage.
Antara kesan negatif disebabkan over load ini adalah unexpected reboot atau server down.
Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak kami akan suspend sementara blog ukhti bagi mengurangkan dan menurunkan peratus load CPU/RAM server dan bagi mengelak dari terjadinya unexpected reboot atau server down.
Oleh itu pihak kami berharap agar ukhti sentiasa berhati-hati dan dapat mengurangkan over load tersebut.
Diantara langkah-langkah yang boleh ukhti lakukan untuk mengurangkan over CPU load ini adalah seperti
1. Mengupload gambar yang bersaiz besar menggunakan servis luar seperti imageshack.us atau photobucket.com
2. Tidak mengupload ke server data atau file yang bersaiz besar.
3. Mengurangkan plugin atau script yang menggunakan source tinggi atau bersaiz besar.
Kerjasama dan tindakan dari pihak ukhti amat kami hargai dan ribuan terima kasih diucapkan JazakAllah khair.
Baitul Bytes Network.
Baitulbytes Management.
Aduh~ sabar sajalah… Oklah, diakui saya memang suka letak gambar pada setiap entri yang saya buat. Sebagai penyerilah, katakan. Tapi bila dah dapat warning macam ni, saya jadi serba-salah pula nak letak gambar besar-besar. Lihatlah entri kali nih. Kecil saja gambar yang saya letak. Ermm~ sejujurnya, sebenarnya saya agak kurang faham dengan warning tersebut. Apa yang saya sangka, mungkin disebabkan saya banyak upload gambar, mungkin ini telah menyebabkan webspace saya penuh. Tapi bila saya check dekat C-Panel, ini yang tertera…
Tak der pulak penuh. Malah nampak luak sikit saja. Jadi apa sebenarnya yang menyebabkan server down tu? Saya harap, kepada rakan-rakan blogger yang membaca entri ini dapatlah menerangkan pada saya ya~ Saya akui saya masih perlu banyak belajar. Harap dapat berikan tunjuk ajar ya~
p/s: Sedang menyiapkan entri untuk student lepasan PMR. Tapi memerlukan proses yang panjang, sebab tengah buat 1 javascript untuk entri tersebut. Saya ada terfikir juga, boleh ker kita guna javascript dekat blog? Agak-agak, berat tak? Apa pun, saya akan cuba juga~ Try & Error… Hidup Berani Untuk Gagal, bukan?~
Popularity: 4% [?]













hohoho satu cara host je gambar2 tu kat imageshack ke.. photobucket ke..
jimat sikit bandwidth.. hohoho
fuyo.. nak letak javascript kat post.. benda best ke? aku pon tak pernah try..
[Reply]
Akuro San Reply:
December 26th, 2009 at 12:53 am
@topo, tak pastilah benda tu best ker tak topo… yg pasti ia agak berguna jugalah~
[Reply]
biasanya, setiap seorang user yang akses blog, segala data / resource yang membolehkan blog function akan diexecutekan. mungkin sebab banyak sangat benda yang perlu dijalankan serentak kot. lagipun, user pun ramai yang bukak. tinggi jugak server load tu.
~sekadar pandangan daripada pemerhatian di blog sendiri…
[Reply]
Akuro San Reply:
December 26th, 2009 at 12:59 am
@beliamuda, oh, macam tu~ ok, ok, dah faham sikit2 macam mana leh over load tu~
thanks beliamuda~
[Reply]
Betul la kata Topo.Kalau tak sekarang pun,nanti problem gak kalau tak host gambar2 kat photo sharing site.Media2 ni makan size jugak tau
[Reply]
Akuro San Reply:
December 26th, 2009 at 12:56 am
@Mario, oh, ye ker~ buat masa ni, kalau mp3 tu saya dah host dari 4shared. tapi yang gambar-gambar nih, ermm~ kena fikir dulu.. huhu~
[Reply]
hm. aku host semua gambar kat server aku xde hal pun.
[Reply]
provider ni run server hosting kat bawah kolong rumah ke? hahahahahahahahah
[Reply]
tanda-tanda fofuler la ni…
bab teknikal tak pandai nak jawap..selalu pun dok tanya org lagi
[Reply]
rasanye gambar2 better jgn host kt hosting.. nnt ade yg ambik gambar tu letak kt blog sndiri, pastu org lain plak amik, yang tu plak amik, yg ni plak amik jugak, sume guna source dr hosting ni.. tu yg jd mkn bandwidth tu kot.. gambar2 kn sume keluar kn google.. (pendapat je ni)
[Reply]
syin Reply:
December 27th, 2009 at 8:45 am
@Anarm, yupp!!! betul tu…
[Reply]
Boleh jugak guna Picasa Album, itu adalah satu cara nak jimatkan space hosting…kalo nak yang jenis unlimited, change hosting ke hostgator..baik punyer!
[Reply]
aku pn slalu letak gambar direct je kat hosting.. setakat ni xde pape masalah lagi.. nanti2 xtau la.. ntah2 jadi masalah sm gk.. hehe
[Reply]
bandwith blog hang berapa sebulan? 10 gb?
[Reply]
Akuro San Reply:
December 27th, 2009 at 11:22 am
@Taufik SM, erm~ ye kot, 10gb~
[Reply]
ni la antara sbb sy mls nk tkr ke hosting sndiri ni..leceh
[Reply]
cpu/ram over usage xde kene mengena dgn bandwidth… ramai yg keliru…
[Reply]
dia x bagi upload gambar saiz besak sebb, faham je la kalu saiz besak camne… cam laptop hang ler, proses bende-bende yg makan resources besak, mesti la lembab…
[Reply]
[...] blog saya adalah seperti yang pernah saya ceritakan diblog ini beberapa bulan yang lalu. Dimana, pihak hosting ada menghantar email, memberitahu masalah yang ada diblog saya [...]