Another Strange Girl Stories

Life And Fate Like A Wheel

Entry Khas Untuk Rakan-Rakan di MIAT ~ Rindu Solat Tarawih Dengan Korang

surau SA

Hari ini baru saja masuk hari ke-4 kita berpuasa. Waktu berbuka dikedai waktu puasa hari yang ke-2 haritu, tiba-tiba saja saya teringatkan mak dan ayah yang berbuka puasa di rumah. Terfikir juga saya, kalau sebelum ni saya berada di IPT, saya tidak berpeluang berbuka puasa dengan mak dan ayah. Sekarang ni pula, saya sudah berada di kampung, saya tetap tidak berpeluang berbuka puasa di rumah. Malah kali ni, sepanjang bulan Ramadhan, saya tidak melekat dirumah kerana bekerja.

Begitu juga dengan Solat Tarawih. Rindu pula saya nak solat Tarawih di Masjid. Kalau di IPT dulu, waktu solat berbuka puasa di surau dan waktu solat Tarawih lah suasana yang sangat menyeronokkan di waktu bulan Ramadhan. Rindu betul saya dengan junior-junior saya dan isteri para Fellow asrama [isteri Sir Lokman, ~yg selalu menggelarkan saya 'ORANG LAMA SURAU', isteri Ustaz Tengku dan Kak Mahyana...] yang sering bersama dengan kami, pelajar perempuan berjemaah di Surau Saidina Ali, MIAT.

Jika ada antara rakan-rakan atau instructor MIAT yang terbaca entry saya nih, Selamat Berpuasa dan Selamat Bertarawih kepada kamu semua saya ucapkan. Semoga Bulan Puasa kali ini disambut dengan amal ibadah yang baik dari sebelumnya… :)

* Pernah sekali tu, waktu kami sedang menghidang jamuan selepas Solat Tarawih, isteri Sir Lokman tegur saya, “Kamu ni tiap-tiap hari nampak muka kat surau. Rajin ya, turun Solat Tarawih?.” Saya tersenyum. Belum sempat saya nak menjawab, tiba-tiba isteri Ustaz Tengku pula yang bersuara,”Ala… belum tiba masa lagi dia nak ‘tak ada’ kat surau. Nanti dah tiba masa nanti, tak der la kita nampak muka dia kat surau ni…” huhu… dan sekarang, saya betul-betul dah tak ada disitu… :-|

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 1% [?]

posted by Akuro San in Hidup Akuro and have Comments (2)

2 Responses to “Entry Khas Untuk Rakan-Rakan di MIAT ~ Rindu Solat Tarawih Dengan Korang”

  1. paan says:

    kak keja aper skung??

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @paan, akak keje kampung jer… lum ada keje tetap…

    [Reply]

Place your comment

Please fill your data and comment below.
Name
Email
Website
Your comment
CommentLuv Enabled
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p

Would you like to Login or Register ?