Game ‘Sorority Life’ Facebook

sorority life

Bila bercakap mengenai Facebook, saya yakin ada diantara kamu yang kini ‘gila’ dengan Facebook kerana pelbagai aplikasi  game yang terdapat didalamnya.  Apa yang menyeronokkan, kita bukan saja dapat bermain game, malah dapat menambah kenalan baru untuk mendapatkan level yang tinggi bagi game yang kita main. Saya dapati, antara game-game yang popular dikalangan rakan-rakan saya di Facebook adalah seperti game Mafia Wars, Vampire Wars, Uno’s, Barn Buddy, Farmville, Friendstock dan Sorority Life. Ini berdasarkan pemerhatian saya yang selalu dapat ‘invitation’ atau ‘gift’ dari rakan-rakan saya yang sedang mencari follower untuk game yang mereka main. Mula-mula dulu, saya akan terus ‘ignore’ setiap kali saya dapat ‘invitation’ macam tu. Tapi bila tengok ramai yang dah layan game di Facebook nih, saya pun cuba-cuba la layan… Dan sekarang, saya juga tidak lari dari ‘tergilakan’ Facebook kerana salah satu aplikasi game yang ada disitu iaitu game ‘Sorority Life’.

Akuro Sorority Life. Baru Level 24

Akuro Sorority Life. Baru Level 24

Apa yang menariknya game ‘Sorority Life’ nih? Saya tak pastilah kalau ada orang laki yang main game ‘Sorority Life’ nih. Pernah jumpa gak lah sorang dua sahaja. Tetapi yang majoriti yang main game ni dah tentunya perempuan. Jika kamu pernah menonton filem ‘Mean Girl’ lakonan Lindsay Lohan, kamu tentunya pernah melihat watak sebagai seorang ‘Ratu Lebah’ didalam filem tersebut. Apa yang saya nak kaitkan dengan game nih, adalah bagaimana kamu boleh menjadi seorang yang popular, cantik, seksi dan menjadi tumpuan ramai. Selain itu, apa yang best nya game nih, kamu bukan saja dapat melaram dengan pakaian yang cantik-cantik, tetapi kamu juga dapat memiliki kenderaan yang mewah untuk menjadi seorang yang popular. Itulah yag membuatkan saya ‘syok’ main game ‘Sorority Life’ nih. Maklumlah… kalau di alam nyata nih, belum tentu saya boleh menjadi seorang yang seksi, cantik bergaya dengan kereta besar atau jet persendirian. Jadinya, dapat buat macam tu kat dalam game pun, boleh la kan… hehe…

soro3

Seperti game Mafia Wars atau Vampire Wars, Sorority Life juga tak lari dari peperangan. Peperangan yang kita main nih, style perang bagi perempuanlah. Bila menang dalam perang nih, kita akan dapat +influence dan +money. Kalau tak nak perang, kamu boleh juga dapatkan +influence dan +money dengan ‘socialize’.

Contoh Perang

Contoh Perang

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai game ‘Sorority Life’, kamu boleh melawat ke website ‘Sorority-Life.com’. Website yang ada nih untuk Myspace sebenarnya. Tapi boleh jer kalau kamu nak tahu ‘tips dan trick’ untuk game nih, kamu boleh saja membacanya di website tersebut. Jadi, ada ker diantara kamu yang main game ‘Sorority Life’ nih? Kalau ada… apa lagi? Add lah saya di Facebook! Boleh kita sama-sama ‘berperang’ di game ‘Sorority Life’! OK ?…

Cantikkan? Bila la, nak sampai ke level yang macam nih? huhu~

Cantikkan? Bila la, nak sampai ke level yang macam nih? huhu~

Comments

  1. zelo55 says

    betoi3…
    orang invite n ajak dah berlmbak smpai penuh notification…
    ak dgn selambenye ignore…ho3…
    nnt da smpai seru mcm ko aku maenla kot…
    buat mse skrg tak lagi…ho3

Trackbacks

  1. [...] theme dan susun atur blog beliau.Memang kemas dan cantik .So kalau sahabat semua nak lihat jom ke nuristimewa.com. Share this on FacebookTweet This!Share this on TechnoratiDigg this!Seed this on NewsvinePost this [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p
Protected by WP Anti Spam