
Bila bercakap mengenai Facebook, saya yakin ada diantara kamu yang kini ‘gila’ dengan Facebook kerana pelbagai aplikasi game yang terdapat didalamnya. Apa yang menyeronokkan, kita bukan saja dapat bermain game, malah dapat menambah kenalan baru untuk mendapatkan level yang tinggi bagi game yang kita main. Saya dapati, antara game-game yang popular dikalangan rakan-rakan saya di Facebook adalah seperti game Mafia Wars, Vampire Wars, Uno’s, Barn Buddy, Farmville, Friendstock dan Sorority Life. Ini berdasarkan pemerhatian saya yang selalu dapat ‘invitation’ atau ‘gift’ dari rakan-rakan saya yang sedang mencari follower untuk game yang mereka main. Mula-mula dulu, saya akan terus ‘ignore’ setiap kali saya dapat ‘invitation’ macam tu. Tapi bila tengok ramai yang dah layan game di Facebook nih, saya pun cuba-cuba la layan… Dan sekarang, saya juga tidak lari dari ‘tergilakan’ Facebook kerana salah satu aplikasi game yang ada disitu iaitu game ‘Sorority Life’.

Akuro Sorority Life. Baru Level 24
Apa yang menariknya game ‘Sorority Life’ nih? Saya tak pastilah kalau ada orang laki yang main game ‘Sorority Life’ nih. Pernah jumpa gak lah sorang dua sahaja. Tetapi yang majoriti yang main game ni dah tentunya perempuan. Jika kamu pernah menonton filem ‘Mean Girl’ lakonan Lindsay Lohan, kamu tentunya pernah melihat watak sebagai seorang ‘Ratu Lebah’ didalam filem tersebut. Apa yang saya nak kaitkan dengan game nih, adalah bagaimana kamu boleh menjadi seorang yang popular, cantik, seksi dan menjadi tumpuan ramai. Selain itu, apa yang best nya game nih, kamu bukan saja dapat melaram dengan pakaian yang cantik-cantik, tetapi kamu juga dapat memiliki kenderaan yang mewah untuk menjadi seorang yang popular. Itulah yag membuatkan saya ‘syok’ main game ‘Sorority Life’ nih. Maklumlah… kalau di alam nyata nih, belum tentu saya boleh menjadi seorang yang seksi, cantik bergaya dengan kereta besar atau jet persendirian. Jadinya, dapat buat macam tu kat dalam game pun, boleh la kan… hehe…

Seperti game Mafia Wars atau Vampire Wars, Sorority Life juga tak lari dari peperangan. Peperangan yang kita main nih, style perang bagi perempuanlah. Bila menang dalam perang nih, kita akan dapat +influence dan +money. Kalau tak nak perang, kamu boleh juga dapatkan +influence dan +money dengan ‘socialize’.

Contoh Perang
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai game ‘Sorority Life’, kamu boleh melawat ke website ‘Sorority-Life.com‘. Website yang ada nih untuk Myspace sebenarnya. Tapi boleh jer kalau kamu nak tahu ‘tips dan trick’ untuk game nih, kamu boleh saja membacanya di website tersebut. Jadi, ada ker diantara kamu yang main game ‘Sorority Life’ nih? Kalau ada… apa lagi? Add lah saya di Facebook! Boleh kita sama-sama ‘berperang’ di game ‘Sorority Life’! OK ?…

Cantikkan? Bila la, nak sampai ke level yang macam nih? huhu~
Popularity: 1% [?]
Pingback: Jatuh Hati Pada Nuristimewa | Suara Hati Orang Kita Seorang Blogger Melayu
tak tau nk komen apa sebab facebook aku x aktif. that’s mean, memang tak pernah main apa2 game kat dalam tu *sigh
anyway, selamat menjadi ratu facebook
[Balas Komen]
nur istimewa main fb? hehehe
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
August 12th, 2009 at 6:08 am
ha’ah… kenapa blowie?
[Balas Komen]
zelo55 Reply:
August 13th, 2009 at 4:34 pm
memang istimewa betoi kan…
ho3!
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
August 13th, 2009 at 9:55 pm
@zelo55; ini pujian atau sindiran? huhu..
[Balas Komen]
xleh nak komen sbb xaktif fb,,,=)
[Balas Komen]
wah. ada game baru lagi ker? hehe. aku rajin main mafia wars jer. kebun aku kat facebook tue pun tak terjaga. hehe.
[Balas Komen]
betoi3…
orang invite n ajak dah berlmbak smpai penuh notification…
ak dgn selambenye ignore…ho3…
nnt da smpai seru mcm ko aku maenla kot…
buat mse skrg tak lagi…ho3
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
August 13th, 2009 at 9:57 pm
@zelo55; sampai seru? hehe.. tak der sapa yg seru saya lah zelo… saya sendiri yg suka nak main game tu…
[Balas Komen]
ni dah kira menggila fb ni ek. hehe
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
August 13th, 2009 at 9:59 pm
@KNizam, tak der la gila sgt… gila sikit2 jer… yelah, sambil melayan kawan2 fb yg lain.. hehe..
[Balas Komen]