Pesanan Saya dan Saiful Nang – Hala Tuju Terbaik Selepas SPM

Semalam sudah tentunya menjadi tarikh bersejarah apabila keluarnya keputusan peperiksaan SPM bagi pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan SPM pada Tahun 2012 yang lepas. Tahniah saya ucapkan kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada pelajar yang mendapat keputusan kurang cemerlang, diharapkan jangan bersedih hati. Yakinlah bahawa setiap insan yang lahir ke dunia ini sudah pun Allah s.w.t tuliskan rezekinya masing-masing. Tidak bermakna jika anda tidak mendapat keputusan yang cemerlang, anda tidak boleh berjaya dalam hidup.

keputusan peperiksaan hanya angka

Saya ada terlihat News Feed Facebook pada hari semalam yang rata-ratanya ada menceritakan nostalgia sewaktu masing-masing mengambil keputusan SPM disuatu ketika dahulu. Tidak ketinggalan, seorang ‘Photographer Candid Syndrome‘ yang terkenal iaitu Saiful Nang. Beliau ada juga menceritakan pengalaman beliau ketika menduduki peperiksaan SPM. Boleh ‘survey’ FB Fan Page Saiful Nang di sini. Juga satu pesanan beliau untuk pelajar lepasan SPM ini…

Saya nak sarankan bagi yang cemerlang dalam SPM juga untuk menceburkan diri dalam bidang kemahiran. Walaupun masyarakat lihat orang yang cemerlang akan masuk universiti dan yang gagal masuk ke bahagian kemahiran. Pada saya itu tak lagi sesuai pada zaman ini.

Seorang mekanik bengkel kereta berpendapatan tak kurang RM15,000 setiap bulan walaupun pada tahun pertama mereka buka bengkel mereka. Gaji itu anda mampu dapat selepas anda bekerja keras, berpolitik, mengipas sana sini selama lebih kurang 10-20 tahun di sektor swasta sebagai pekerja kolar putih.

Jangan pandang kemahiran itu kelas kedua. Kerana orang yang kotor tangan itu satu hari nanti akan senyum melihat anda semasa anda minta kerja dengan mereka selepas anda keluar universiti.

SAIFUL NANG

Pada pandangan saya, pelajar biasanya sudah boleh memilih untuk berada dibidang yang mana sejak mereka mendapat keputusan PMR lagi. Dimana, berbekalkan keputusan PMR pada waktu itu, pelajar boleh memilih sama ada ingin berada dalam bidang kemahiran (masuk sekolah Teknik atau Vokasional), bidang Sains Tulen atau mungkin bidang Sastera. Pemilihan ini bergantung kepada kecenderungan minat pelajar tersebut. Pastikan apa target dan cita-cita yang hendak dicapai.

Beza Aliran Kemahiran dan Bukan Kemahiran

Bagi mereka yang sudah memasuki Sekolah Teknik atau Vokay, bermakna mereka sudah berada didalam bidang kemahiran yang sudah dikhususkan seperti Elektrik & Elektronik, Mekanikal, Pertanian, Teknologi Maklumat, Fesyen, Kulinari, Bisnes dan lain-lain. Untuk melangkah ke Pengajian Tinggi, mereka sudah memiliki ‘jalan‘ sebenarnya. Politeknik adalah tempat terbaik untuk sambung Diploma atau Sijil bagi jurusan ini. Manakala menyambung pelajaran di IPTA atau IPTS lain seperti Universiti juga ada kelebihannya. Untuk terus masuk ke Universiti, pastikan pelajar mendapat kepujian dalam 4 mata pelajaran penting, iaitu Bahasa Melayu (kepujian/lulus Bahasa Melayu juga penting untuk menjawat jawatan kerajaan), Bahasa Inggeris, Sains (… atau salah satu subjek Sains) dan Matematik. Juga lulus 2 atau lebih subjek lain.

Manakala bagi pelajar Sains Tulen, Sekolah Asrama Penuh atau Sekolah Aliran Agama, ya.. mereka masih mempunyai pilihan. Sama ada ingin memasuki bidang kemahiran atau bidang lain yang diminati. Rata-rata mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang sudah pasti akan mengambil peluang untuk menyambung pelajaran diluar negara. Bagi pelajar Aliran Sastera pula, mereka boleh menyambung pelajaran diperingkat STPM sekiranya tidak mendapat tempat dimana-mana Pusat Pengajian Tinggi. Nasihat saya, isilah apa saja borang sambung belajar yang boleh diisi. Borang Kursus Kemahiran, Pertukangan, Borang Kursus Pertanian, IKS atau apa saja, termasuk borang Maktab Perguruan, sekiranya boleh.

Tips Pemilihan IPTA/IPTS dan Tips Perniagaan Untuk Pelajar Lepasan SPM

Bagi pemilihan IPTA/IPTS, saya cadangkan kalau boleh, belajarlah di IPTA/IPTS yang menawarkan pinjaman pelajaran tanpa bunga. Sekurang-kurangnya dapatlah elak diri dari memiliki hutang yang semakin hari semakin meningkat apabila habis belajar kelak. Jika pelajar boleh dapat sponsor, atau mendapat pinjaman yang boleh ‘convert‘ jadi biasiswa sekiranya ‘pointer‘ baik, itu lebih baik. Tapi dengan syarat, kena belajar betul-betul lah…

Sekiranya mustahil untuk mendapat pinjaman seperti diatas, pelajar bolehlah cuba berjinak-jinak didalam bidang perniagaan dari sekarang. Bila masuk IPTA/IPTS nanti, masuklah atau tubuhkan Kelab Keusahawanan untuk tambah ilmu perniagaan. Contoh terbaik yang saya boleh beri adalah Saffawati.com. Dimana, sambil belajar pun dia masih boleh berniaga Kamera Instax. Belajarlah untuk buka Booth/Kiosk jika ada sebarang acara di IPT. Jadilah pelajar yang aktif tetapi tidak mengabaikan pelajaran. Sekiranya perniagaan berjaya, tidak mustahil pelajar tidak perlu bimbang sekiranya tidak mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Apa yang pelajar perlu buat, hanya teruskan perniagaan yang dijalankan.

Bercakap mengenai perniagaan, jika pelajar adalah anak kepada seorang Ahli Perniagaan, sudah tentu tidak sukar untuk mengasah ilmu perniagaan yang hendak dijalankan. Lebih-lebih lagi pelajar Cina. Kadang-kadang ada diantara mereka yang tidak mementingkan pelajaran kerana mereka sudah pun mempunyai pekerjaan, iaitu menguruskan perniagaan keluarga mereka. Pembelajaran diperingkat sekolah diikuti hanya untuk memastikan mereka boleh membaca, menulis dan mengira. Itu sahaja. Jadi tidak hairanlah jika ada diantara mereka yang boleh mendapat keputusan SPM seperti gambar dibawah…

result SPM power

Selain itu, pelajar juga mungkin boleh cuba untuk terus mencari pekerjaan yang menyediakan Kursus Pembelajaran. Contohnya seperti MITC/ MAS Airlines (bagi yang berminat dalam bidang pembaik pulih pesawat), Maktab Polis/Tentera (TUDM, PDRM, ATM, TLDM), Pilot/ Pramugari Akedemik, Maktab Perguruan, dan lain-lain lagi. Kemasukan kursus seperti ini bergantung kepada umur, kesihatan, berat badan dan ketinggian, juga keputusan SPM yang berkelayakan. Ada Pihak Syarikat Pengajian yang mungkin mengenakan ‘bone‘ untuk pembelajaran disitu, tetapi sekurang-kurangnya pelajar tidak perlu bersusah payah mencari pekerjaan setelah tamat pengajian. Sekiranya mendapat tempat pengajian yang ada diberikan elaun, ianya juga pilihan yang terbaik.

Perlu diingatkan, sekiranya pelajar berjaya memasuki tempat pengajian IPTA/IPTS. Pelajar perlu tahu yang Pusat Pengajian anda tidak akan menjanjikan pekerjaan. Lebih-lebih lagi sekiranya bidang yang anda ceburi adalah bidang pekerjaan yang popular. Selain itu, pastikan juga pelajar tidak tertipu dengan pelbagai Kolej Pengajian yang tumbuh dengan iklan-iklan pengajian yang menarik. Carilah IPT yang benar-benar diiktiraf dan dipercayai untuk pelajar melanjutkan pelajaran. Jangan nanti, sudah belajar sampai separuh semester, Kolej Pengajian anda bankrup dan anda tidak pasal-pasal menjadi mangsa keadaan, terkontang-kanting tanpa hala tuju.

Nasihat…

Disini saya ingin kongsikan status FB Ustaz Pahrol Muhamad Juoi, yang berbunyi,

Anak-anakku jika kau ingin menggembirakan aku dengan keputusan peperiksaan mu yang cemerlang, ketahuilah aku tidak akan gembira dengannya… aku hanya gembira apabila ilmumu dapat dimanfaatkan untuk taat kepada Allah dan berkhidmat untuk manusia!

Anak-anakku, jika kau rasa aku akan bersedih dengan keputusan peperiksaanmu yang tidak cemerlang, ketahuilah aku tidak akan bersedih… aku hanya sedih sekiranya kau gagal bersabar dalam menghadapi takdir Allah setelah gigih berusaha!

Berjaya jangan sampai kau berbangga.
Gagal jangan sampai kau kecewa!
Carilah keredhaan Allah, bukan penghargaan manusia.

Juga saya sertakan juga status FB Ustaz Wan Ji yang agak lucu disitu…

Najwa Latif dpt 4A. Saya berbangga sbb, saya sendiri, SPM pun x ada. Inikan pula A.

Oklah, Akhir sekali, terima kasih kerana sudi membaca entri yang panjang lebar ini hingga habis. Anda memang sangat superb lah jika dapat baca entri nih hingga habis…

Comments

  1. akubiomed says

    Pendapat saya yang tidak cemerlang didalam keputusan SPM masih lagi boleh beralih ke bidang kemahiran atau bidang yang memerlukan kompeten mudah untuk mendapat kerja. Kalau ada minat hendak menjadi usahawan terutama e-dagang ambil peluang.
    akubiomed´s last blog post ..Kenduri kahwin datang lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p
Protected by WP Anti Spam