Aper? Muar ada UPTOWN???
Hah, jangan tak percaya, ingat kat Damansara/sekitar KL jer ada UPTOWN? Kat Muar pun dah ada UpTown tau! huhu~ Ok lah, UpTown Muar ini terletak di Tanjung Agas. Berhampiran dengan Pasaraya GIANT. Waktu saya datang ke UpTown Muar pada hari Ahad yang lepas, saya dapati masih belum ramai lagi peniaga yang meniaga di tapak Pasar Malam UpTown ini. Mungkin sebab UpTown ini masih baru lagi. Jadi masih belum ramai orang yang meniaga dan berkunjung ke tempat ini.
Apa yang lucunya, waktu saya datang ke sana dengan membawa DSLR, mereka yang ada di UpTown Muar itu memandang saya seperti seorang ‘Fotografer Profesional‘! Sampai ada beberapa peniaga yang bertanya pada saya, “Awak dari Majalah apa?” atau “Wartawan Surat Khabar mana nih?“. hehe~ Saya senyum jer lah bila mereka tanya macam tu. Padahal, saya bawa DSLR masa tu sebab ini pertama kali saya nak buat percubaan ‘Night Shot‘ menggunakan DSLR. Terkial-kial men’dail mencari setting ‘apature‘ dan ‘shutter speed‘ yang sesuai waktu shoot gambar di UpTown Muar nih. Maklumlah, tengah belajar shoot gambar dengan ‘setting manual‘. Jadi lambat sikitlah~
Yang lebih melucukan, siap ada peniaga yang berposing-posing lagi, waktu saya snap gambar. hik~hik~ Ok lah, tak perlu bercerita panjang, korang boleh lihat gambar dibawah ini. Harap boleh dapat gambaran suasana di UpTown Muar ini, ya~

hah, ini lagi sorang. huhu~ Tapi saya sangat berkenan dengan patung Barbie purple yang ada dibelakang tu~
Selepas bersiar-siar di UpTown Muar, saya bersama abang, akak ipar, anak saudara dan akak saya pergi pula bersiar-siar di Tanjung Emas, Muar. Dibawah ini gambar pemandangan Bandar Muar yang di shot dari Tanjung Emas, Muar.

Saya tiada tripod, jadi saya gantikan tembok yang ada di Tanjung Emas sebagai tripod. Disebabkan tembok tu senget, maka gambar yang terhasil pun sengetlah jadinya~ huhu~
Dan gambar yang di bawah ini pula, ermm~ saya suka-suka bermain dengan ‘shutter speed‘~ huhu~
Ok, itu saja untuk kali ini~
p/s: tak tahulah kalau Baitulbytes nak suspend lagi blog saya sebab suka upload banyak gambar kat blog~ hurmm~ nasib lah. huhu~
Popularity: 8% [?]


















orang muar ek? kena gi checkidaut uptown tu nnt..macam menarik je
Faizal´s last blog ..Randomness #14 : Chinese New Year 
[Reply]
huhu!
lawa pic² ko..
yg kelakar abg yg meniaga pon join skali tu..
hahaha!
[Reply]
hohoho kalau aku pergi pasar malam aku cari pop corn dia yang warna-warni tu je.. xpon cari ayam goreng yang satu pasar malam tu terbau.. pergh.. tapi dah lama tak pi pasar malam
jap2.. psot ni cerita pasal uptown ke pasar malam?
topo´s last blog ..6 Tips Memilih Tema yang Sesuai Untuk Blog 
[Reply]
dah ada dslr memang gitu la…gian nak snap..snap..snap
[Reply]
D90 kan?
tu confirm la orang ingat PRO.
kalau D40 macam saya ni baru la orang pandang rendah sikit..
ariff´s last blog ..ariffshah: Jalan Jalan Beijing (Part 4) – Beijing: Pelik & Menarik http://gengblogger.com/read/31340
[Reply]
Akuro San Reply:
February 14th, 2010 at 11:30 am
@ariff, eh, saya tak beli D90 lagi la. saya guna D40 mcm kamu juga~ huhu~ mungkin mereka jarang jumpa org bawa DSLR ke mana-mana selain ke majlis perkahwinan kot~ itu yg mereka sangka saya sedang buat liputan ke apa~ huhu~
[Reply]
Lama betul tak singgah Muar..
Nak kena pegi ni
zool´s last blog ..Bowling, karaoke dan ikan bakar Malim
[Reply]
wow..bes..bes…ni macam tak sabar untuk memilik DSLR gak ni…:-)
[Reply]
p up town sume best… tp aku ada berite ag best tuk peniaga sume…… ni die..
Forest Heights Downtown SEREMBAN, akan dibuka pada awal RAMADHAN ini……….
Kelebihan untuk PENIAGA:-
1) Khemah pasang kekal (pertama kali di Downtown)
2) Pengiklanan dan promosi diuruskan
3) Tanpa deposit
4) Pemilihan tapak bagi peniaga yang mendaftar awal
5) Pengawal keselamatan 24 jam
6) Punggutan sampah setiap hari
7) Sewa tapak termasuk khemah serta permit niaga
HARGA PROMOSI SEBELUM PELANCARAN ADALAH RM 600, (KHEMAH 10′X10′ SIPDER)….
HARGA INI TERHAD KEPADA 100 TAPAK SAHAJA YANG PERTAMA DAN TERWAL!!!!!
HARGA TETAP ADALAH RM 700, DAN AKAN DIKEKALKAN SELEPAS PELANCARAN……..
CEPAT!!!!! SEWA TAPAK ADALAH TERHAD….
REBUTLAH PELUANG INI…………
Jika berminat, boleh hubungi wakil kami di talian:-
012-602 9776 – Robert
019-379 0973 – Yut
012-602 1776 – Mat
[Reply]