Dec
20

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;

“Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…

“Astarghfirullah’alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…

“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…

“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT!! Ini, nak pergi KANGKANG… nak pergi KANGKANG… Haishhh!!!~”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Sebelah dengan kedai baju yang saya jaga waktu bulan puasa yang lepas. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~

:!: Cerita diatas adalah rekaan semata-mata~ Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun~ hehe~

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 24% [?]

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
16 Responses
  1. Mario says:

    kalau nama kedai kasut tu ‘mengangkang’ kan lagi sedap .hahaha

    [Reply]

  2. Precious says:

    Waaaa … ekekekeeee … kelakar!

    [Reply]

  3. fazamania says:

    sekurang-kurangnye glamer la jugak kedai kangkang tu….

    [Reply]

  4. DaHLia says:

    dah agak dah…citer citer jadian..tp memang menjadik aaa…

    nur, kena dpt bayaran ni sebab pomots Kang Kang kat pelusuk dunia…
    tapi, memang xleh blah laaa nama dia…hahahahah

    [Reply]

  5. touya says:

    Muahahahaha terkena sudah aku .

    [Reply]

  6. Aini says:

    Wakakaka… memang tak boleh belah la name die..

    [Reply]

  7. ayisy says:

    Salam. Hahaha. Memang style nama kedai kasut tuh. Turun Muar boleh usha ni. Hehe..

    [Reply]

  8. ZuMaWaMBa says:

    haha~ igtkan btl g ^mengangkang^ tu td..
    siyes klakar giler.. (^__^)

    [Reply]

  9. loq says:

    kuang kuang kuang!

    [Reply]

  10. zella says:

    hahahhaha…
    xde name lain ke kedai ni nk letak…
    huhu

    [Reply]

  11. menteil says:

    haha…. siot… siap ada gambar lagi…

    [Reply]

  12. dilot says:

    glamer la kedai ni lepas ni..hehe

    [Reply]

  13. lizz says:

    wakakaka! ingatkan jual nasi kangkang.

    [Reply]

  14. zulfitry.com says:

    kalau macam tu..saya pun mau pergi ke Kang Kang..Biar owner kedai kasut tu terkangkang layan karenah saya memilih kasut..haha

    [Reply]

  15. Anarm says:

    nama yg unik.. senang diingat.. jom kite ke kangkang.. hahaha

    [Reply]

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p