Semalam, secara tidak sengaja nama aku ‘dipetik’ oleh salah seorang rakan sekerja aku yang mendapat jemputan makan free dari ‘Lead LAE’ (Boss) Line tempat aku bekerja. Mula-mula aku risau juga. Entah makan dekat mana? Dekat restoran mewah mana? Mahu kalau dah makan, kena bayar sendiri? Matilah aku… Sudahlah gaji tak masuk lagi. Mujur bukan aku seorang saja, tetapi ada 2 orang lagi rakan sekerja aku yang turut serta. Jadi tak der lah rasa janggal sangat.
Bila dah sampai tempat yang dituju, barulah aku tahu dan kenal ‘Restoran Kelantan Delights‘. Restoran ini terletak bersebelahan dengan Subang Parade. Rupa-rupanya memang restoran nih ada buat makan free pada hari tersebut. Bukannya Lead LAE aku belanja. Fuh, selamat aku… Kalau tidak, seganlah! Tapi dapat naik kereta ‘Boss’ yang sangat canggih dan selesa tu pun dah kira 1 pengalaman juga. Aku tak pasti kereta apa. Maklumlah, aku sendiri bukan jenis orang yang tahu jenis-jenis jenama kereta. Tapi bila dia tekan butang dekat kunci kereta dia, pintu kereta tu boleh terbuka secara automatik. Fuh, hebatkan?
Ok, berbalik pada restoran tadi. Pada gambar yang paling besar diatas, adalah nasi dan lauk-pauk yang aku ambil pada hari tersebut. Aku ambil nasi putih, kerabu mangga, kerabu jantung, daging masak kunyit, daging gulai kawah, sambal udang, ayam masak lemak, ikan pari bakar, dan sambal belacan. Air pula, saya ambil air teh ‘o’ ais. So far, yang aku rasa masakan di Restoran Kelantan Delights nih memang sedap! Masakan yang berunsur daging dia sedap dan empuk. Kerabu jantung dia, memang ‘special’. Sangat berbaloi.
Sebenarnya, kalau perasan ini adalah satu strategi yang restoran ini gunakan untuk menarik pelanggan dan memperkenalkan masakan mereka kepada pelanggan. kalau lihat dari segi tempat dan suasana pada restoran ini, sudah tentu ramai yang akan menyangka ianya adalah sebuah restoran mewah yang menyediakan makanan-makanan exclusive dengan harga yang sangat mahal. Tetapi hakikatnya restoran ini menyediakan makanan yang boleh diterima oleh golongan pertengahan.
Selain makan free, kami juga ada diperkenalkan dengan promosi harga setiap hidang makanan mengikut saiz pinggan sekiranya hendak datang makan tengah hari lagi direstoran ini. Harga makanan akan dikira begini,
~ 1 Pinggan Besar – Rm15 (Nasi putih dan apa saja jenis lauk-pauk. Boleh isi sehingga penuh pinggan dan hanya bayar Rm15 sahaja).
~ 1 Pinggan Kecil – Rm5 (Untuk kanak-kanak)
~ 1 Mangkuk Desert – Rm3 (Ada beberapa jenis bubur yang disediakan)
~ 1 Mangkuk Sup – Rm6 (Untuk sup daging atau gulai kawah)
~ 1 Cawan Air – Rm3 (Ada 3 jenis air; sirap, teh ‘o’, dan kiwi)
**Waktu makan tengah hari dibuka pada pukul 12tgh hari hingga 3ptg.
Akhir sekali, terima kasih kepada Boss-boss aku yang sudi bawa kami pergi makan. Sudah tentu ini menjadi salah satu pengalaman bagi aku sepanjang aku kerja di MAS Airlines, Subang. Lain kali kalau ada restoran lain yang buat makan-makan free, bawalah kami lagi, ya…

















[...] PINGBACK NEGARAKU.MY: ‘Restoran Kelantan Delights’ Buat Makan Free | Another Strange Gir… [...]