under construction~ tgh edit dan upload gambar…
Maaf terpaksa sign ‘under construction‘ tadi sebab nakkan entry ini pada tarikh ‘Hari Raya Aidiladha – 27 November 09′…
Petang tadi selepas menunaikan Solat Jumaat, telah bermulanya ibadah korban dikampung saya yang telah menumbangkan 7 ekor lembu yang telah ditambat disebelah belakang rumah saya (Belakang Masjid). Oklah, tak nak bercerita panjang, korang layan jer lah gambar yang sempat saya tangkap menggunakan K800i semasa saya melihat Ibadah Korban ini. Ok, saksikan dari kaca lense K800i… Zasss!~
Lembu berwarna coklat yang saya shoot nih, nama dia ‘Merah’. ‘Si Merah’ ni sangat jinak. Lihatlah tuan dia sanggup berada disisi sementara ‘Si Merah’ menunggu giliran untuk dikorbankan. Menurut Pak Cik si empunya lembu ini, katanya, waktu dia sedang memilih lembu untuk dibeli bagi memenuhi hasratnya sekeluarga untuk membuat korban, ‘Si Merah’ ini telah datang mendekatinya dengan jinak seolah-olah mahu dirinya dipilih bagi melaksanakan ibadah ini. Jadi Pak Cik itu pun membeli ‘Si Merah’ dan memberikan ia nama…
‘Si Merah’ telah dikorbankan akhir sekali selepas lembu-lembu yang lain dikorbankan. Saya sendiri tidak melihat ‘Si Merah’ dikorbankan. Sebab takut timbul rasa kesian pula nanti…
Di atas ini pula, gambar lembu yang baru dikorban dan sedang dilapah kulitnya…
Baiklah, seperti yang kita tahu, Ibadah Korban ini bermula dari pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan Allah s.w.t untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Disini, saya ingin kongsikan sebuah artikel mengenai takbir yang dilafazkan semasa melakukan ibadah korban ini~
Seperti ramai yg ketahui ketika Allah swt ingin mengciptakan manusia pertama Nabi Adam A.s, Para malaikat bertanya kepada Allah swt mengapa mengciptakan Manusia yg di mana Allah swt sendiri tahu manusia akan menjadi perosak di muka bumi seperti mana makhluk jin2 yg Allah swt ciptakan seawalnya sebelum mwnjadi manusia di mana jin2 itu sudah melakukan banyak kerosakkan di dunia. Lalu Allah swt menjawab kepada para malaikatNya sesungguhNYA Aku lebih tahu apa yg kalian tidak ketahui.
Akan terjadinya takbir Hari Raya atau takbir korban berlaku di zaman Nabi Ibrahim A.S.dimana Nabi Ibrahim A.S di perintahkan oleh Allah swt untuk melakukan korban terhadap anak kesayanganNYa Iaitu Nabi Ismail A.S.
Ketika hendak melakukan perintah Allah swt Para Malaikat mulai rasa kagum akan Nabi Ibrahim A.S menjalankan perintah TuhanNYa. Di mana suatu ketika dulu Para malaikat pernah berkata pada Allah swt akan Keingkaran Manusia dgn perintah Allah swt. SesungguhNya Nabi Ibrahim A.S melakukan perintah Yg Maha Esa tanpa bertanya pada Allah swt atas sebab perintah Allah wt.
Para Malaikat di langit dgn nada sedih mula bertasbih memuji nama Allah swt ketika Nabi Ibrahim sedang Melakukan perintah Allah swt. Para malaikat2 di langit Mula Bertasbih dan Memuji Nama Allah swt dgn laungan,
Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar
Lalu ketika Nabi Ibrahim A.S memulakan perintah Allah swt dgn melakukan korban. Ketika pisau yg amat tajam mengeseri leher Nabi Ismail A.S, Nabi Ibrahim A.S melafazkan perkataan,
Laa Ilaaha Illallaahu Walllaahu Akhbar
dan di sambut pula Nabi Ismail A.S dgn pernuh Senyuman dgn melafazkan kata-kata,
Allaahu Akhbar Wa Lillaahi Hamdu…
Begitulah kisah mengenai takbir yang dilafazkan waktu menyembelih haiwan korban. Baiklah, sekian saja entry untuk kali ini…
Artikel source; ILuvIslam…
Popularity: 2% [?]
bagus ni….ada manfaat utk semua…..
komik lembu pun best….hehehe..
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
November 28th, 2009 at 2:19 pm
@syinrayafa, huhu~ boleh la… sekali-sekala menyelami perasaan lembu yang bakal dikorbankan…
[Balas Komen]
Sang lembu tahu tujuan dia dikorbankan. InsyaALLAH dia disembelih dengan penuh kesyukuran. ALLAHU AKBAR.
[Balas Komen]