Wahai Lelaki, Kalau Ya Pun Kamu…

Wahai lelaki, kalau ya pun kamu mahu hidup senang, tak perlulah mengurat dan mengikis harta Si Gadis kaya. Kalau kamu kahwin nanti, apa isteri kamu kah yang perlu menanggung nafkah kamu?

Wahai lelaki, kalau ya pun kamu sudah tergila-gilakan Si Gadis, tak perlulah kamu takut untuk bertemu dengan ibu dan ayah Si Gadis. Bukankah itu lagi baik, sekurang-kurangnya ibu dan ayahnya kenal siapa yang bakal menjadi menantunya dan kamu boleh dianggap gentleman.

Wahai lelaki, kalau ya pun kamu mahukan isteri yang solehah, kamu juga perlulah menjadi seorang lelaki yang soleh.

Wahai lelaki, kalau ya pun kamu sudah ‘break‘ dengan girlfriend kamu, dan rasa sakit hati itu masih ada, tak perlulah kamu memburuk-burukkan bekas girlfriend kamu dengan mengatakan dia tidak lawa, tidak hot, tidak ada dara, dan sebagainya yang memalukan! Jika girlfriend kamu membalas dendam pada kamu dengan menyebarkan berita mengatakan kamu ‘mati pucuk‘, bagaimana pula? oh, tidak!

Wahai lelaki, kalau ya pun kamu sudah ‘sangap‘, tak perlulah kamu menipu rakan perempuan kamu agar mereka ‘bersama‘ dengan kamu. Kan lebih baik kalau kamu buat PUASA SUNAT saja, dari kamu berbuat DOSA.

Wahai lelaki, kalau ya pun kamu jenis yang kepala hangin, tak perlulah kamu mendesak orang lain menurut kemahuan kepala hangin kamu. Menyusahkan orang saja.

Wahai lelaki, kalau ya pun kamu tidak suka dengan Si Gadis yang meminati diri kamu, tak perlulah kamu berpura-pura menjadi MakNyah atau Gay, hingga sanggup berpeluk dan mencium pipi berkarat rakan lelaki kamu dihadapan Si Gadis itu. Oh, silly~

Wahai lelaki, kalau ya pun kamu sayang isteri kamu, tetapi janganlah kamu mengongkong, sehingga isteri kamu nak pergi Gathering Alumni Universiti nya pun kamu tak izinkan. Ala~ agak-agaklah… bukannya isteri kamu nak pergi ngurat ex-boyfriend dia…

Wahai lelaki, kalau ya pun kamu…………………………. ok, kering idea dah~

Saya yakin, mesti korang pun rasa nak sambung ayat di atas kan? Ok, korang boleh berbuat demikian di ruangan komen. Bagi yang lelaki, korang juga boleh balas balik ayat-ayat diatas dengan ayat, “Wahai Wanita, Kalau Ya Pun Kamu ….???

p/s: Sekadar entri lepas geram~ huhu~ :evil:

Popularity: 2% [?]

Recent Related Posts

19 thoughts on “Wahai Lelaki, Kalau Ya Pun Kamu…

  1. aku sokong ape ko cakap tu…
    tapi pekata kalo ko terbalik jadi wahai perempuan guna ayat sama..
    juz tukar laki ke perempuan..
    sama jer aku rasa..
    aku tak memihak sape2..
    tapi aku rasa kesempurnaan seseorang tu bukan bergantung kepada gender..
    tapi bergantung kepada iman dan diri seseorang itu..
    aku rasa ramai jer perempuan yg macam perangai di atas..
    aku sendiri pernah jumpa, tp bukan sorang sahaja..
    banyak plak tu..
    so, its not depend on gender..
    its depends on faith to God..
    .-= Si Naga´s last blog ..Selamat Datang 2010, Selamat Tinggal 2009 =-.

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @Si Naga, ya, tak dinafikan, memang ada perempuan yang juga mempunyai perangai sama seperti entri diatas~ it’s ok, sama-sama baca, sama-sama ambil iktibar, ok~ :) .-= Akuro San´s last blog ..Wahai Lelaki, Kalau Ya Pun Kamu… =-.

    [Balas Komen]

  2. yeah nak tambah!

    Wahai Wanita, Kalau Ya Pun Kamu rasa diri tu cantikkk sangat mengalahkan Olga Kurylenko,
    Jangan la ingat semua lelaki dlm dunia yang mendampingi anda nak mengorat anda..
    .-= mario´s last blog ..Anak Kedua Matthew McConaughey Baru Lahir – Vida =-.

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @mario, haha~ ok, kepada wanita yang rasa diri tu cantik mengalahkan Olga Kurylenko, sila ‘terasa’… ok… huhu~ :p .-= Akuro San´s last blog ..Wahai Lelaki, Kalau Ya Pun Kamu… =-.

    [Balas Komen]

  3. adess…….wahai AkuroSan, kalau ya pun kamu nk update blog, jgn buat entri panjang2 sangat…hahaa…letih aku baca…skali baca atas, sekali baca dari bawah…

    pompuan seringkali ingin menjadi seperti Nur Amina, tapi tidak sanggup menerima Adam. hahaha…ntah apa2 aku buat perumpaan. -Cerita Nur Kasih.
    .-= syin´s last blog ..Tahukah Anda? =-.

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @syin, ah, sudah! tak suka baca entri panjang-panjang ek?
    ok2 tak per, saya akan cuba untuk tidak buat entri yang panjang pada masa akan datang~ huhu~
    (cuba saja, tapi kalu dah terpanjang juga, nak buat macam mana~) :p .-= Akuro San´s last blog ..Sticky Mode: Penyertaan Contest Lekat & Menang Anjuran http://www.azizwan.com =-.

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p