Maaf~ Saya Terpaksa Pergi Balai…

maaf

~Petikan Dari Entry ‘Tertinggalkan Waktu’~

Disini saya ingin kongsi satu cerita mengenai MAAF di blog Saffawati.com. Dah baca? Ok, kadang-kadang saya pernah terfikir. Setiap kali saya ucapkan maaf, apa makna maaf yang saya ucapkan itu? Adakah bila saya ucapkan maaf, itu memberi tanda yang saya memang bersalah? Adakah bila saya katakan maaf, itu bertanda saya sudah kalah? Atau bila saya ucapkan maaf, itu sekadar untuk memuaskan hati orang yang tengah sakit hati sangat-sangat dengan saya? Saya pelik bila jumpa orang yang bila kita tersalah sikit dengan dia, bukan main beria-ria lagi dia nak kita minta maaf. Seolah-olah kesalahan kita tu besar sangat, seolah-olah kita ni jahat sangat. Padahal, kalau dia sendiri yang terbuat salah dengan kita. Ada dia nak minta maaf? *TIDAK!… sigh~

Apa itu Maaf, pada pandangan diri saya? Ok, ibaratkan ‘kesalahan’ adalah sebutir peluru yang telah menembusi kulit. Bukan kulit tangan, bukan kulit kaki, tapi kulit yang dibelakang bahu. Kamu boleh cabut peluru itu? Tidak… Kamu hanya boleh cabut peluru itu, kalau ada doktor yang mencabutnya untuk kamu. Ibaratkan pula, ‘maaf’ adalah doktor yang boleh membantu kamu mengeluarkan peluru tersebut dari kulit kamu. Bagaimana kalau tak ada orang yang meminta maaf? Ibaratkan tak ada doktor yang membantu kamu mencabut peluru tersebut. Sudah pasti luka kamu akan terus sakit dan bernanah. Bila seseorang mengucapkan maaf, di ibaratkan orang itu telah mencabut peluru yang menembusi kulit kamu. Memang kulit kamu masih luka. Tapi lama-kelamaan, ia akan sembuh. Dan adakah kamu akan merasa sakit lagi? Dah tentu tidak. Walaubagaimana pun, parut pada kulit yang pernah ditembusi peluru itu masih ada. Kamu hanya akan sedar parut itu, kalau kamu lihat kulit belakang bahu kamu. Tapi kalau kamu tak lihat parut tersebut, sudah pasti kamu takkan ingat kesakitan itu lagi. Ibaratnya, kalau kamu imbas kembali ingatan kamu, sudah pasti kamu akan ingat kesalahan seseorang itu walau kamu dah maafkan. Tapi kalau kamu dah tak ingat pun, ianya tidak akan memberi apa-apa masalah dalam hidup kamu…

Jadi kalau kita ada salah atau melukai hati sesiapa, mintalah maaf. Kerana dengan maaf, kita telah membantu orang yang terluka itu menyembuhkan sebahagian dari kesedihan yang dihadapi~

…… Maaf atas apa yang terjadi pada hari semalam wahai Abang. Saya terpaksa bawa Mak buat report polis di Balai untuk berkas kamu dan bawa kamu ke tempat yang mungkin tidak kamu suka. Harap kamu akan berada dalam keadaan tenang buat sementara waktu disana.

hospital1

Terima Kasih kepada pihak polis yang sudi membantu kes ini dengan baik. Betul~ memang tak pernah terjadi kes begini di Kampung kita. Tetapi sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan untuk mencegah jenayah, ini adalah salah satu kes yang tak mustahil boleh terjadi. Harap selepas ini pihak polis akan lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas bila mendapat panggilan kecemasan. Jangan fikir panggilan kecemasan yang kamu terima adalah panggilan tipu!. Takkan nak tunggu sampai ada orang mati kena tetak dengan parang panjang, baru nak hulurkan bantuan? Please… harap dapat mempercepatkan tindakan jika mendapat panggilan kecemasan~

hospital2

*Saya tidak berniat untuk memburukkan pihak polis dalam entry kali ini, tapi please…… Diharapkan dapat memperbetulkan kelemahan-kelemahan yang ada. Itu saja…

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2% [?]

This entry was posted in Hidup Akuro and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Maaf~ Saya Terpaksa Pergi Balai…

  1. JHafiz says:

    salam ziarah. err ape dah jadi g balai tu? abang? abang kandung? ape cter?

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    abg angkat.. tapi dah mcm abg kandung gak la~ sbb mak saya dah bela dari kecik. Dia ada mengganggu ketenteraman awam sikit~

    [Reply]

  2. dilot says:

    kadang2 sukar gak untuk memaafkan org..mungkin perlu amik masa…tapi kemaafan yang lahir dari hati, mungkin salah satu cara untuk kita lupakan kenangan pahit tu..

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @dilot, ya~ betul tu~

    [Reply]

  3. titan says:

    ehm..kadang-kadang,perkara macam ni susah kita nak cakap.Apapun, bawa bersabar ajela..

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    huhu~ ye… memang itu jer lah yg mampu dilakukan…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p