
Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu. Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian keatas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu. Kepada sesiapa yang belum pernah membaca email tersebut, korang boleh baca di sini...
Baru-baru ini, cerita mengenai bahan campuran makanan ‘E-Codes‘ ini sekali lagi tersebar dan menjadi salah satu isu dinegara kita. Ini bermakna sudah lebih kurang 3 tahun, kes mengenai kandungan campuran makanan bertanda ‘E -Code‘ masih menjadi tanda tanya kepada kita sebagai seorang pengguna. Malah ada yang menuding jari mempertikaikan tugas JAKIM dan tidak kurang juga yang mempertikaikan status negara kita sebagai Negara Islam. Dibawah ini terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi.
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920
Walaubagaimana pun, agak menghairankan juga bila makanan ringan yang banyak terdapat dipasaran dikatakan mempunyai campuran lemak babi gara-gara mempunyai bahan campuran salah satu dari kod diatas. Sedangkan makanan ringan tersebut mempunyai logo ‘Halal JAKIM’. Disebabkan rasa ragu mengenai isu ‘E-Codes‘ ini, saya telah mengambil keputusan untuk membuat ‘research’ mengenai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi ini. Antara yang saya temui adalah salah satu aduan yang dibuat di laman web Portal E-Halal mengenai email Dr. M. Anjad Khan pada tahun 2007 yang lalu.

Logo Halal JAKIM
Menurut pihak JAKIM mengenai kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.
E110: dari sumber chemical
E120: dari summer serangga
E140: dari sumber tumbuhan
E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet
E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.
E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E234: Nisin; dari sumber microbe.
E280: Propionic Acid dari sumber chemical.
Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna E153: carbon black.. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan Emulsifier
E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf bahan-bahan kritikal tersebut akan diperiksa dahulu sebelum disahkan halal. Pihak JAKIM nasihat kepada pengguna islam yang bijak agar memilih makanan yang mendapat pengesahan halal JAKIM atau badan-badan islam yang diikhtiraf.
Manakala dibawah ini pula, adalah jawapan dari pihak UKM mengenai isu ini pada 9 Dec 2009.
Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “diomong-omongkan” dengan perkara sebegini.
Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh musuh-musuh Islam.
Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan. Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).
Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.
Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.
Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard, lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.
Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Benarkan saya menjelasakan sedikit. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.
Munfaat ini TIDAK TERHAD kepada haiwan babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).
Mengikut konsep ISTIHALAH (transformation) yang digunapakai oleh mazhab Maliki dan Hambali, sesuatu bahan baru (produk) itu dianggag suci apabila ciri-cirinya berbeza sama sekali dengan ciri-ciri bahan mula, dengan syarat agen transformasi adalah halal. Dalam hal kolagen dan lemak, agen transformasi adalah asid atau enzim atau kedua-duanya.
Enzim industri pada masa ini dihasilkan daripada mikrob melalui teknik DNA rekombinan (recombinant DNA) dan kejuruteraan genetik (genetic engineering). DiMalaysia , kita adalah penganut mazhab Syafie, dan perkara seumpama ini tak dibenarkan. Sekiranya timbul isu halal/haram sebegini, eloklah kita tanyakan kepada pembekal produk itu sendiri, atau dapatkan pengesahan/kepastian daripada Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM, Serdang. Sekian dimaklumkan.
Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Kami termasuk Muslim brothers daripada India dan US dah cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.
Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Cara lain adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM. Oleh yang demikian, saya tak dapat menjawab soalan saudari dengan tepat, kecualilah kita telah pasti bahawa komponen lipofilik sesuatu pengemulsi itu diperolehi daripada minyak tumbuhan..
School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
mamot@ukm.my
Pihak TV3 juga tidak ketinggalan membuat liputan mengenai isu ‘E-Codes’ ini dalam rancangan ‘360, Episode 49‘ yang telah pun disiarkan pada malam tadi. Untuk mengetahui apa kata pihak JAKIM dalam rancangan 360, korang boleh tengok video dibawah ini…
Selain isu ‘E-Codes‘, 360 juga telah merungkai isu barangan yang diperbuat dari bulu babi, makanan Cina ‘Bahkuteh’ yang mempunyai tanda halal, dan kisah peniaga lori bergerak Indonesia bertudung yang menjual rojak dan air di KL sebenarnya dimiliki oleh bukan Islam. Lantaran terdapatnya ‘Tokong’ dihadapan rumah Si Peniaga.
Baiklah, melihat bukti-bukti diatas, dapatlah saya menarik nafas lega kerana segala yang diberitahu mengenai ‘E-Codes‘ yang mempunyai lemak babi itu ada percanggahannya. Walaubagaimana pun, jika kita di izinkan Allah S.W.T untuk melanjutkan pelajaran atau melancong ke luar negara, perlulah di ingat mengenai ‘E-Codes‘ ini agar kita tidak termakan makanan yang tak sepatutnya kita makan…
Akhir kata, SALAM TAHUN BARU ‘MAAL HIJRAH 1431′ DARI SAYA BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN YANG SUDI MENJENGUK BLOG PICISAN INI. DIHARAPKAN KITA SAMA-SAMA DAPAT MEMPERBAIKI DIRI DARI SEMASA KE SEMASA PADA TAHUN BARU INI… Terima Kasih~
Reference;
Aduan: Portal E-Halal
Jawapan UKM: Berita Harian Online
Popularity: 57% [?]
alhamdulillah.akhirnya dapat penjelasan yang nyata daripada artikel saudari ini. terima kasih.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
December 20th, 2009 at 10:11 am
@Lady Nass, sama-sama. semoga entri ini akan menjadi rujukan jika ada tertimbulnya lagi isu mengenai ‘E-Codes’ di Malaysia ini pada masa akan datang.
[Balas Komen]
fuhh.detail ko research ni.huhu
tapi aku still tak setuju ba kut teh versi halal..
nanti buat serabut je..baik haram je terus..kan?
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
December 20th, 2009 at 10:16 am
@Mario, kalau ikut kata mufti perak dalam 360 hari tu, bakuteh tu tetap haram juga walaupun ia dikatakan halal~ saya pun tak setuju pasal versi halal bakuteh tu~
[Balas Komen]
muhammad fakhruddin Reply:
December 30th, 2009 at 9:34 pm
@Akuro San, kata mazidul di blognya,jika resepi bak kut teh tidak menggunakan ba alif ba ya sebaliknya diganti dengan ayam misalnya,ada istilah lain yang digunakan pakai,bukan bak kut teh.
Sepatutnya,tak timbul bak kut teh versi halal.Ini boleh mengelirukan,gunakan istilah yang betul.
btw,sokong usaha penyelidikan Akuro San dalam hal ni
.Emel2 forward amat annoying dan suka menipu pembaca(mungkin bukan semua tapi majoriti)
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
December 31st, 2009 at 12:23 am
@muhammad fakhruddin, yup, ‘bak tu teh’ yang menggunakan ayam tu nama dia ‘chi ku teh’ tak silap saya~ ada diterangkan dalam siri 360 hari tu…
itu laa… yang penting kalau makanan tue ade unsur meragukan better
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
December 20th, 2009 at 10:17 am
@kisahsensasi, better? hehe~ ayat tak lengkap nih~ tak per~ komen dilain kali ya…
[Balas Komen]
Saya kurang yakin sbb tuan masih kata..”Walaubagaimana pun, jika kita di izinkan Allah S.W.T untuk melanjutkan pelajaran atau melancong ke luar negara, perlulah di ingat mengenai ‘E-Codes‘ ini agar kita tidak termakan makanan yang tak sepatutnya kita makan…” ..
Jika tuan dah yakin yang E-codes tu halal, nape kuar statement tuh??..seolah-olah tuan sendiri tak yakin..
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
December 20th, 2009 at 10:34 am
@Insan, boleh baca balik pada statement JAKIM yang terdapat diatas~
“kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe.”
Jika diluar negara, makanan yang terdapat ‘E-Codes’ tidak dijamin halal terutamanya di Europe. Tetapi di Malaysia pihak JAKIM telah mengkaji dan memastikan makanan yang mempunyai ‘E-Codes’ ini tidak mempunyai unsur-unsur campuran lemak babi. (Ini dari apa yang dikatakan pihak JAKIM dalam rancangan 360) Walaubagaimana pun, kamu boleh berhubung dengan pihak JAKIM sendiri jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isu ‘E-Codes’ ini…
[Balas Komen]
sejujurnya, aku tak tau bab2 e-codes ni. Tapi memang buka mata dibuatnya jugalah. mudah-mudahan semua benda yang aku makan selama ini terpelihara..
[Balas Komen]
Alhamdulillah, terima kasih pasal artikel ni, sy btol2 runsing jugak pasal E-codes ni sbb sblm ni sy mmg dpt e-mail yg di fwd2 tu, so sy amik tau la jugak selepas tu, cuma entah mcmane sy ade beli satu makanan ringan tu (tak perlu la sebut nama ye) ade cop halal, sy pun beli la, lepas makan tu sy nmpak plak bahan2 tu ade E110.. da mkan, tp ade plak benda alah tu.. so mcm da serba salah je selame ni
.. tp sy yakinkan diri sbb ade cop halal.. lepas ni sy tau la yg code E110 ade jugak sumber dari chemical pewarna tiruan Sunset Yellow FCF.
Skali lagi terima kasih.
[Balas Komen]
tu lah.jangan kali jangan makan makanan yang ada kod lemak babi.
[Balas Komen]
[Balas Komen]
[Balas Komen]
Salam Semua.,
walau dah disahkan oleh JAKIM pun masih meragukan juga.., kerana waktu dikaji itu memang mereka guna bhn yg sepatutnya.. Bila dah lulus mereka bebas guna bhn lain..
dan kebanyakkan kilang – kilang pembuat makanan ringan terdiri dari kaum NON – MUSLIM… Nak yakin kena letakkan setiap kilang tur pegawai (Islam) tuk sahkan setiap kali pengeluran bhn makanan terutama makanan ringan dan mkanan dlm tin…
[Balas Komen]
zai Reply:
October 17th, 2010 at 8:53 pm
saya setuju, kena tmptkan pegawai jakim…
[Balas Komen]
asharina Reply:
January 27th, 2011 at 1:03 pm
@JaezY,
a’ah yala..btol2…slu ad company yg wat cmni
[Balas Komen]
so tak bole mkn lah yang da e tu ek??jawaplah…sy pun tgah d lema pasal bde ni ha..
[Balas Komen]
[Balas Komen]
Jika hati ragu-ragu, maknanya tak yakin. Bila makan sesuatu dgn niat tak yakin statusnya, sendiri mau ingat le. (islam berilmu je yang tau maknanya) Jika hal remeh menjadi isu besar, mesti ada sesuatu di sebaliknya. Jika nak kata orang islam bodoh, elok depa (kapitalis) x payah bubuh kod tu (bagi je orang islam makan… kan senang). Persoalannya, jika makanan tu diimport dari eropah, kanak-kanak tau ke yang kod E tu memang ada ba alif ba ya… (“papa kata kod E boley makan la dik…”) Kesudahannya, orang islam semakin alpa dan daif bahawa Makanan yang baik membentuk peribadi yang baik. Tak percaya? makan le…. siapa nak marah…. dunia kan anda yang punye……
ps: diri sendiri jika belum tau selamat macammana nak selamatkan orang lain…….
[Balas Komen]
irdina Reply:
July 18th, 2010 at 12:14 pm
kalau xyakin xyah la makan
[Balas Komen]
Terima Kasih untuk informasi ini… akhirnya ada sesuatu yg dapat menjelaskan kekeliruan yg ada pada saya selama ini..
nazrunnizwan´s last [type] ..DAIWA CALDIA KIX PRO and KONTRA Please review
[Balas Komen]
Terima kasih atas maklumatnya. dan terima kasih juga sebab buat research psl Ecode ni. Artikel ni memang bermanfaat. sebab saya pun jadi mangsa menyebarkan Artikel Dr.Amjad Khan tu.
[Balas Komen]
Klu boleh saya tau, boleh tak ajaq saya macam mana nak research senarai Ecode tu ya. untuk lebih meyakinkan saya, tima kasih…
[Balas Komen]
thanks for info yg sgt berguna ni..
[Balas Komen]
nak tanya laa, kek yang samudra tu sykt orang islam atau tidak
[Balas Komen]
thanks for this usefull info. mohon share
[Balas Komen]
assalamualaikum..
means kod e110 mmg haram kn? coz sy tgh mcari lg code2 yg betul2 haram… supaya xtermakan..
so kalau blh mintak disenaraikan code2 halal dari malaysia ye? TQ
[Balas Komen]
salam,
terima kasih berkongsi ilmu. kalau tak keberatan, i nak copy some of the info here in my blog.
[Balas Komen]
salam,
kalau dah termakan, mmcm mana?
[Balas Komen]
tunjuk laa gambar yg mane tidak halal….senang untuk rakyt mlaysia mgetauhi….ni ada ke gi ttp gambo…
[Balas Komen]
Assalamualaikum….
Nak tanya mengenai satu produk yang berjenama Nutella…
KOD EMULSIFIER yang digunakan adalah (INS322)….
Cuma nak semak mengenai status halal atau haram dimakan
Terima kasih
[Balas Komen]
sy nak tau cam ne dengan bahan pengawet makanan jeruk yg byk dijual di tepi2 jalan.begitu juga dgn produk2 IKS yang diusahakan oleh orang perseorangan….cam ne dengan status halalnya?
[Balas Komen]
emm mtk tanya..kalu dari segi supplement plak camne..sy de beli kapsul fish oil.. yg gelatin softgel nya certified dari Halal certified Bovine source..bovine= bull/buffalo/cow
[Balas Komen]
apa-apa pn jadi laa….
[Balas Komen]
mintak copy yer info ini.. sgt berguna..
[Balas Komen]
Salam Semua.,
walau dah disahkan oleh JAKIM pun masih meragukan juga.., kerana waktu dikaji itu memang mereka guna bhn yg sepatutnya.. Bila dah lulus mereka bebas guna bhn lain..
dan kebanyakkan kilang – kilang pembuat makanan ringan terdiri dari kaum NON – MUSLIM… Nak yakin kena letakkan setiap kilang tur pegawai (Islam) tuk sahkan setiap kali pengeluran bhn makanan terutama makanan ringan dan mkanan dlm tin…
Jika hati ragu-ragu, maknanya tak yakin. Bila makan sesuatu dgn niat tak yakin statusnya, sendiri mau ingat le. (islam berilmu je yang tau maknanya) Jika hal remeh menjadi isu besar, mesti ada sesuatu di sebaliknya. Jika nak kata orang islam bodoh, elok depa (kapitalis) x payah bubuh kod tu (bagi je orang islam makan… kan senang). Persoalannya, jika makanan tu diimport dari eropah, kanak-kanak tau ke yang kod E tu memang ada ba alif ba ya… (“papa kata kod E boley makan la dik…”) Kesudahannya, orang islam semakin alpa dan daif bahawa Makanan yang baik membentuk peribadi yang baik. Tak percaya? makan le…. siapa nak marah…. dunia kan anda yang punye……
ps: diri sendiri jika belum tau selamat macammana nak selamatkan orang lain…….
Saya kurang yakin sbb tuan masih kata..”Walaubagaimana pun, jika kita di izinkan Allah S.W.T untuk melanjutkan pelajaran atau melancong ke luar negara, perlulah di ingat mengenai ‘E-Codes‘ ini agar kita tidak termakan makanan yang tak sepatutnya kita makan…” ..
Jika tuan dah yakin yang E-codes tu halal, nape kuar statement tuh??..seolah-olah tuan sendiri tak yakin..
Saya setuju dgn kenyataan ini sbb kalau ikut logik akal ada benarnya jgk..
kalau was2 baik jgn makan, krn masih byk yg halal..org kafir suka kalau kita makan benda haram ni, ada juga yg dah tau haram dgn mgunakan kuasanya atau pandai berhujah dia kata halal jgk,kita jgk yg ttipu..wallahuaklam..
[Balas Komen]
Salam semua..
sbg org Islam,baiklah kita tinggalkan ssuatu yg mragukan..smoga Allah melindungi kita. Jangan muda percaya dgn ssuatu yg kita sendiri ragu2.. dah bcampur baur dah pun..kita tgk sendirila dunia skrg tanpa kita sedari yg jahat lebih ramai dprd yg baik..salah satu puncanya makan benda haramla..kita mana sedar semua itu.. jom kita sama2 tinggalkan ssuatu yg meragukan..nak lebih yakin kita sama2 buat solat hajat agar pihak yg menghalalkan ssuatu yg haram itu diberi hidayah oleh Allah swt agar tidak lagi menghalalkan sesuatu yg haram..bahaya tu.. boleh kata kajian itu kajian ini tetapi di manakah kebenarannya, bukti yg lebih jelas? harap kita tidak mudah tpedaya..wallahuaklam.. minta Allah tunjukkan..
[Balas Komen]
sbb itu juga Islam mminta kita mencari ilmu agar kita tidak mudah ditipu.saya tidak mnuduh ssiapa, jika benar halal, syukur Alhamdulillah.. ttp yg bahayanya kalau yg dkatakan halal itu haram..jom kita sama2 mnuntut ilmu dan mbuat kajian yg lebih tperinci..kita perlu selamatkan umat Islam yg smakin tenat..kalau dah tmakan benda haram, ia akan menjadi darah daging dlm badan kita.. sbb itu hidup tak berkat..nauzubillah..
[Balas Komen]
kadang2 bila bcakap pasal isu halal haram ni ada yang tak amik kisah pun,ada yang teruja dan ada yang senyum saja…tak berasa sensitif pun,katanya alahhh sama saja makan tak mati pun…ada yang kata dah ada logo halal makan jelah….tapiiii ramai dikalangan kita yang tak ambik peduliiii….majoritiii pulak tuuuu,pengalaman saya memperkenalkan produk halal muslim kepada pengguna macam2 respon yang dapat.Hanya yang mengaji(yang sentiasa menghadiri majlis2 ilmu )saja yang menyokong.yang lainnya tak ambik kisah pun.Ada yang mendengki pulak tu,nak ambik tindakan itu dan ini…macam2 cabaran yg menimpa…tapi sabar dan sentiasa berbaik sangka…saya belum sentuh lagi pasal produk halam bukan muslim yang kita makan tiap2 hari….antaranya sardin,coklat,jelly,snack,keju dlll….
sokonglah produk muslim
hijrah´s last [type] ..door gift untuk sebarang majlis
[Balas Komen]
alhamdulillah… sebelum ini saya ada like satu page di pesbuk. ada 59 kod e yg haram katanya. sampai saya nk minum teh bunga pun x boleh… sbb ada kod e110 ke e100 macam tulah… drpd HPA pula ada 52 kod dan mcm2 lagi kod e yg saye pening kepala… slps saye baca n fahamkn betul2 info di atas, barulah saye boleh tarik nafas lega sekarang… apepun, thanks 4 the info ya! moga hidupmu lebih diberkati oleh NYA… amin YRA…
[Balas Komen]
teima kasih,mohon keizinan untuk copy,;)
[Balas Komen]
wow!betul ke ni??apa2 pun je lah..
[Balas Komen]
Tuan blog,
baru terjumpa post tuan ni. Tahniahla untuk tuan yang tidak percaya bulat2 akan email atau pun page2 yang memaparkan sejumlah e-code yang haram. Kadang2 kesal dengan sesetengah pihak yang semberono meletakkan hukum halal dan haram tanpa menyiasat terlebih dahulu.
Saya mengikuti sebuah page di facebook,memberi komen mengenai e-code yang dipaparkan. Disebabkan nampak akan kesalahan maka saya pun menegur dan meminta admin page tersebut untuk membuat pembetulan. Niat untuk berkongsi ilmu. Tetapi akan daya, nama saya terus di block dan komen saya terus di delete. Saya pun kurang faham puncanya. Saya mengur bahawa salah satu e-code yang dinyatakan admin adalah chlorophyll. Mana mungkin pigmen hijau yang hadir semulajadi dalam tumbuhan juga dikategorikan sebagai pengemulsi. Ianya bahan pewarna.
Untuk pengetahuan, setiap syarikat yang mempunyai logo halal mempunyai halal eksekutif nya sendiri. Dah lebih 2 thn polisi ni berjalan. Mereka la yang mengawal selia bahan ramuan yang digunakan. JAKIM tak dapat nak letakkan semua staf mereka, maka mereka membuat polisi yang bagus. Setiap graduan di bidang agama/teknologi makanan yang berminat untuk menjawat jawatan ini diwajibkan untuk menghadiri kursus yang dijalankan JAKIM selama setahun. Kiranya kursus tambahan la selain pelajaran mereka di universiti.
lagi satu E-codes ni adalah kod sahaja. Dulu cerita ni tak hot sebab syarikat makanan dari Malaysia tak eksport sgt produk diorang ke luar. E-code ni pun digenakan asalanya hanya untuk European Countries. Bahan ramuan di Malaysia dulu guna nama penuh contohnya natrium, kalsium dsb.Dgn adanya e-code mudah untuk kenal pasti jenis bahan tambahan yang digunakan jika dibandingkan nama saintifik bahan tersebut yang kita senditi pun belum tentu pernah dengar. Cuma yang menjadi masalahnya bila ada yang menjatuhkan hukum senua e-code adalah haram.
Allahua’lam
[Balas Komen]
kalau pegang makanan yang ade kod tu tangan kena samak ke? HARAP BALAS..
salam…
[Balas Komen]
Alhamdulillah…terima kasih atas penerangan tentang kod-E
[Balas Komen]
syukran jazilan ya ukhti….
[Balas Komen]
terima kasih kerana telah memberi penjelasan tentang e-code.
P/s boleh bagi gambar cornbeef yang halal utk saya,cume pat cornbeef je saye tak fhm terima kasih.
[Balas Komen]
saya msh ragu lagi…wlaupun ade e code tp knp ade logo halal..?yg mana 1 harus saya ikot?logo @ tanda e code?bgmana pula kalau logo halal tiada & e code pon tiada…?
[Balas Komen]
kenape banyak banyak makanan yang tidak halal terutama coklat n biskut…. ????pihak pengeluar kene ambek tindakan lah!!!!
[Balas Komen]
minta izin copy ya….
[Balas Komen]
menyesal aku tak tahu bende nih awal2
[Balas Komen]
[Balas Komen]