Macam mana agaknya korang mula mendapatkan idea menaip blog? Saya yakin, tentu ada pelbagai cara bagi seseorang blogger itu menghasilkan entri. Sama ada dengan mencari keyword terlebih dahulu, membaca surat khabar, mengambil tahu isu-isu semasa, mungkin juga dengan membuat travel atau jalan-jalan cari makan dan sebagainya. Apa yang kerap berlaku pada diri saya, bila waktu mandi, memasak, atau sedang bersiar-siar, macam-macam idea yang datang untuk menghasilkan entri baru.
Dan setiap kali idea itu datang, saya akan berlari mendapatkan laptop lalu saya taipkan tajuk terlebih dahulu didalam draft. Tapi apa yang lucunya, lepas saja taip tajuk, idea yang datang tadi terus hilang. Nak buat ayat pun, kena termenung beberapa minit dahulu. Kadang-kadang, boleh saya tanya pada diri sendiri pula, “Apa yang aku nak cerita nih tadi??” haha~ pelik sungguh!
Benar~ Bukan mudah untuk menghasilkan entri yang berinformasi dan berkualiti. Kadang-kadang saya dah buat draft untuk entri-entri yang seterusnya. Tapi bila nak publish saya akan terfikir, ada ker orang yang akan baca entri ini? Adakah entri ini mempunyai info yang berguna kepada pembaca? atau, Tidak terlalu peribadikah entri yang saya karang ini? huhu~ macam-macam pula yang difikirkan~ Begitu juga dengan entri kali ini. Terdetik juga di fikiran saya, adakah orang yang ingin mengetahui info yang hendak saya kongsikan ini? huhu~ Walaubagaimana pun, saya harap setiap entri yang saya taipkan diblog ini, ada pembacanya yang tersendiri. Biar pun tidak meninggalkan sebarang jejak (komenlah tu~).
Ok, berbalik pada tajuk entri, ‘Menyelami Personaliti Dari Moon Sign‘. Tentu korang sudah pun mengetahui mengenai zodiak kelahiran korang. Contohnya seperti Libra, Scorpio, Sagitarius, Gemini dan sebagainya. Dimana, dengan mengetahui zodiak kelahiran, korang boleh mengetahui personaliti diri korang. Tahu kan? Tapi saya yakin, korang tentu tidak mengetahui yang zodiak-zodiak kelahiran yang korang tahu itu dipanggil ‘Sun Sign‘. Jadi bagaimana pula dengan ‘Moon Sign‘?
Untuk pengetahuan, seseorang yang tarikh lahirnya jatuh pada zodiak Libra dalam ‘Sun Sign‘, tidak semestinya mempunyai zodiak yang sama dalam ‘Moon Sign‘. Begitu juga dengan yang lain-lainnya. Tentu ada yang tertanya-tanya, apa pentingnya mengetahui ‘Moon Sign‘? Jika kita sudah boleh mengetahui personaliti kita dari ‘Sun Sign‘, jadi apa pula kelebihannya kita mengetahui ‘Moon Sign‘? Sebenarnya, personaliti yang kita ketahui dari ‘Sun Sign‘ merujuk kepada karakter diri kita. Manakala dari segi emosi dan perasaan dalaman kita, ia dipengaruhi oleh ‘Moon Sign‘ kita. Contohnya, seseorang yang berzodiak ‘Sun Sign‘ LEO dikatakan seorang yang tegas. Tetapi oleh kerana ‘Moon Sign‘ nya berzodiak CANCER iaitu beremosi lembut dan penyayang, maka orang itu mempunyai karakter ketegasan secara fizikal tetapi lembut di hati.
Jadi macam mana kita nak tahu? Untuk mengetahui zodiak ‘Moon Sign‘, korang boleh dapatkan ia disini, Moon Sign Calculator. Dengan syarat, korang kena tahu waktu jam korang dilahirkan. Kalau tak tahu, boleh cari dekat sijil kelahiran, ok? huhu~
Dibawah ini pula, saya senaraikan secara ringkas karakter seseorang mengikut zodiak ‘Moon Sign‘…
Moon Of Aries
Rasa tenang apabila dapat meluahkan perasaan dengan pedas, terbuka dan terus terang serta spontan.
Moon Of Taurus
Mahu suasana yang stabil dan kehidupan yang rutin. Kesabaran yang tinggi untuk membina sesuatu dengan perlahan. Mahu merasai kehidupan dengan kesemua deria rasa.
Moon Of Gemini
Mahu suasana yang penuh keceriaan dan kepelbagaian. Mahu bergerak sana sini dan jarang mahu bersama seseorang dengan tempoh masa yang lama.
Moon Of Cancer
Suka berkongsi emosinya dengan orang lain dan mahu mengasuh orang dengan baik. Sensitif dan sentiasa mahu suasana dalaman rumah yang penuh dengan kasih sayang.
Moon Of Leo
Mahu meluahkan perasaan dengan cara tersendiri dan mahu dihormati orang. Pemurah, suka berkawan, berkelakuan sedikit keanakan dan bantu membina impian orang lain.
Moon Of Virgo
Sukakan menyelidik, menyusun dan mengemas kini setiap inci kehidupannya. Keupayaan membersihkan jiwa dan bagus sebagai agen penyembuh untuk orang lain.
Moon Of Libra
Pencinta perkara yang cantik dan harmoni. Mahu mencipta keseimbangan perhubungan. Namun memerlukan orang lain sebagai panduan hidupnya.
Moon Of Scorpio
Sangat beremosi boleh menyebabkan huru hara. Kemahiran merasai atau gerak hati tentang perkara yang tersembunyi dalam kehidupan.
Moon Of Sagittarius
Sukakan adventur, mahu mengembara dan sentiasa mahu belajar. Sukakan idea yang berinspirasi, perkara pelik dan sentiasa mencari pengalaman baru.
Moon Of Capricorn
Suka suasana berkerja untuk mencapai impian. Namun sukar luahkan perasaan dan mempunyai emosi yang sangat dalam.
Moon Of Aquarius
Memiliki keupayaan melihat sesuatu perkara rumit itu dianggapnya mudah. Namun sentiasa rasa kesunyian dan perlu berada didalam kumpulan orang ramai agar ceria.
Moon Of Pisces
Sangat misteri dan tertekan dengan suasana persekitaran. Seorang yang berimaginasi, kreatif dan memahami realiti kehidupan dengan baik.
p/s: Mungkin ada yang akan terfikir, ini tidak dikira ‘menilik nasib‘ ker? Buat masa ini, saya masih belum pernah terbaca lagi kalau benda ni ada mengatakan statement seperti, “kamu akan terpijak wang RM100 di Mid Valley pada hari esok.” Benda ini sekadar untuk kita mengenali personaliti diri kita sahaja. Jadi apa yang kita tahu nanti, jadikan panduan saja. Jangan lupa check ‘Moon Sign‘ korang, ok~ Dan komen kat sini sama ada karakter yang diberitahu tu kena atau tidak dengan diri korang~ Selamat Mencuba!
Popularity: 4% [?]



saye moon of pieces… =p
[Balas Komen]
Capricorn hihi
[Balas Komen]
syin Reply:
December 24th, 2009 at 8:44 am
@Luth Textile, sama la kita..hehehe…hidup capricorn
[Balas Komen]
selalu dapat idea time berak sorang2 at toilet.haha
eh ape aku cakap ni?memang la berak sorang2.takkan jemaah kot.ngek!
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
December 22nd, 2009 at 7:47 pm
@Mario, hah, saya baru nak tanya, biasa berak ramai-ramai ker? huhu~
[Balas Komen]
“Moon Of Leo
Mahu meluahkan perasaan dengan cara tersendiri dan mahu dihormati orang. Pemurah, suka berkawan, berkelakuan sedikit keanakan dan bantu membina impian orang lain.”
kekadang, benda2 nih bila aku tengok, ada kene mengensa sikit-sikit. Tak semua kena. Selalu gak aku usha dan baca. Memang gelak la kadang-kadang bila macam sama aje. Hehe..
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
December 22nd, 2009 at 7:51 pm
@titan, biasalah~ dia benda macam ni, kadang-kadang dia lihat pada persekitaran seseorang tu membesar juga~ sebab itu ada kena, dan ada yang tak kena~
[Balas Komen]
thanks sharing.. i appriciate.. you have a wonderful blog, and i like the updates from you.. usahe tangga kejayaan
[Balas Komen]
aku moon taurus, wah, cam btl je apa yg dia ckp dgn personaliti aku..cewah
[Balas Komen]
hmm..capri..
npe ek sush nak luahkan?? asal bace mesti tulis sush nak luahkan perasaan..ngek jew~
[Balas Komen]
aku punye capricorn.. tp aku suke mencapai impian tanpe bekerja.. hahah
[Balas Komen]