Mitos Gerhana Bulan 2010

Tentu ramai yang sudah mengetahui mengenai 1 lagi kejadian ciptaan Allah s.w.t pada 1 Januari 2010, iaitu kejadian Gerhana Bulan Separa yang berlaku pada malam tadi. Untuk pengetahuan saya yang berada di area Muar ini tidak pun dapat melihat Gerhana Bulan yang berlaku. Ini kerana saya sudah pun terlena di ulik mayang pada pukul 1.00 malam tadi. Punyalah beria-ria ber’twit’ di Twitter, kononnya nak stay up untuk lihat gerhana bulan, akhirnya tertumpas juga saya di atas  tilam dengan bantal ‘busyuk’ yang empuk ini… huhu~

Demi untuk tidak terkilan kerana tidak dapat melihat Gerhana Bulan yang berlaku, disini saya letakkan gambar Gerhana Bulan yang dapat saya ‘cilok’ dari blog BeliaMuda

Walaubagaimana pun, tak rasa rugi juga saya tertidur malam tadi, sebab ayah saya beritahu dia juga tidak dapat melihat gerhana kerana awan yang terlalu tebal meliputi seluruh angkasa raya area kampung saya pada malam tadi. Jadi bagaimana pula dikawasan korang? Dapat lihat gerhana tak?

Ok lah, saya nak cerita sikit, pernah tak korang dengar mengenai mitos Gerhana Bulan dan matahari? Seperti yang mak saya ceritakan pada saya, pada zaman dahulu orang-orang Cina kampung saya percaya yang gerhana bulan dan gerhana matahari berlaku kerana terdapatnya seekor Naga di angkasa yang hendak menelan bulan atau matahari tersebut. Jadi untuk mengelakkan Naga tersebut dari terus menelan bulan atau matahari, mereka akan membuat bising dengan mengetuk gendang, tukul dan sebagainya agar Naga itu memuntahkan semula bulan atau matahari yang dimakannya itu. hehe~ Lucu kan?

Maklumlah~ Orang zaman dahulu… manalah mereka tahu yang kejadian Gerhana Bulan itu kerana kedudukan bumi yang berada ditengah-tengah antara matahari dan bulan. Manakala kejadian Gerhana Matahari pula disebabkan kedudukan bulan yang berada ditengah-tengah antara matahari dan bumi. Ada juga info yang saya temui mengatakan, kejadian Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari ini telah Allah s.w.t jadikan untuk memberi kesedaran kepada bangsa-bangsa pada zaman dahulu yang menyembah matahari. Telah dibuktikan yang matahari juga mempunyai kelemahan, dimana ianya boleh ‘hilang’ pada ketika waktu siang dihadapan mereka sendiri. Wallahua’lam…

:idea: Update; Gambar Gerhana Bulan pada 1 Januari 2010 yang ditemui dari blog SiBintang~

Comments

  1. phoebe says

    Kalau diikutkan sains memang tak menyeram pun.tapi kalau nak ikut mitosisnya memang menakutkan…..tak takut ke naga telan matahari dan bulan?karang tak tau hari siang ke malam……hehe….

  2. Norlaila Ishak says

    Bulan,matahari dan bumi saling melengkapi.Kalau tidak, x der laa nak dapat lihat GERHANA apa per pun.Mitos adalah umpama ubat khayal bagi yang tak tahu!

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p
Protected by WP Anti Spam