Sekadar mencuba update blog dengan cara yang berbeza. Dapat idea buat cerita pasal ‘Si Chick’ ni dari drama bersiri Korea, ‘Wonderful Life’. Cerita yang diceritakan oleh ‘Si Chick’ ini adalah kisah benar yang terjadi dalam 2 hari lepas… Ok, jemput baca ya~
Hurmm~ begitulah kisah ayam saya yang telah diserang oleh seekor ular sawa 2 hari yang lepas. Sekarang nih, ayam-ayam perliharaan saya dah trauma nak masuk tidur dalam reban. Sebelum ini, ada 3 ekor ayam saya hilang tiba-tiba dari dalam reban. Yang lucunya, waktu menyedari hilangnya 3 ekor ayam itu, saya sekeluarga menyangka yang ayam itu telah dicuri orang. Lebih kurang 2 hari selepas 3 ekor ayam itu hilang, malam itu saya terdengar bunyi ayam menjerit. Saya keluar rumah, tapi tak berani pergi dekat dengan reban ayam. Tak tahu la, rasa macam seram jer, maklumlah… waktu malam… Saya masuk rumah balik dan kejutkan ayah saya yang sedang tidur. Ayah saya menjengah ke dalam reban dan terus berlari masuk dalam rumah balik mencari senapang dan peluru. Dah jumpa senapang dan peluru, ayah terus berlari ke reban dan menembak ular sawa itu…
Saya bersyukur juga sebab ular sawa tu tak ‘membaham’ arnab saya yang rebannya bersebelahan dengan reban ayam ini. Seperti yang ayah saya kata, mungkin sebab reban arnab saya lebih tinggi dari reban ayam. Jadi ular sawa tu tak dapat nak panjat reban arnab saya. Kalau tak, ‘putih mata’ sajalah saya…huhu~
Baiklah, bersempena dengan Raya Haji esok, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidiladha’ kepada sesiapa yang sudi singgah dan membaca entry di blog saya. Selamat mengerjakan ibadat Haji kepada mereka yang sedang menunaikan ibadat Haji di Makkah. Doakan lah, semoga diri saya juga dapat mengikut jejak langkah kalian dalam menunaikan ibadat Haji di Makkah… Amin…
p/s 1: Esok, kalau sempat saya akan buat entry beserta gambar lembu yang dikorbankan dibelakang rumah saya…
p/s 2: Untuk pengetahuan, saya telah dimarahi oleh ayah sebanyak 3 kali kerana sibuk menangkap gambar ular sawa yang masih bergerak didalam reban walaupun sudah ditembak oleh ayah… huhu~
![]()
Popularity: 1% [?]
owh..ingat smlm pencurinya manusia..huhu..patutla tembak smpai mati.
Btw, Eidul Adha mubarak jugak~
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
November 27th, 2009 at 9:16 am
@MuNsYi~SaMa, ish, tak der la… kalau pencuri dia manusia, takkan nak tembak kot? belasah saja dah cukup… hehe~
[Balas Komen]
adesss….mengalahkan cite korea ni…sedih gila….ular tu sape yg tangkap…?
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
November 28th, 2009 at 2:14 pm
@syinrayafa, tak tangkap pun~ tak lama lepas ayah saya tembak, ular tu pun mati… jadi ayah saya terpaksalah angkat ular yang berat tu dan tanamkan dia~
[Balas Komen]
erk..ular punya cerita la plak..
[Balas Komen]
Mak ai, kena makan ular ayam tu aduh. terasa seram jugak. Nway ayah siap ada senapang? Ayah polis ke?
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
November 30th, 2009 at 7:36 pm
@Nikuve, tak, ayah saya bukan polis. tapi dia lesen gunakan senapang kerana menjaga dusun…
[Balas Komen]