Sudah hampir 1 minggu menyepi tanpa sebarang entri baru di blog ini. Terdapat beberapa komen entri yang tidak berbalas gara-gara terlalu buzy dengan kehidupan di alam nyata. Maaf terpaksa mengistiharkan hibernasi buat seketika kerana sedang menyesuaikan diri dengan sekitar tempat baru. Ketika ini, saya tidak lagi berada di kampung, tetapi berada di kawasan perindustrian yang berkaitan dengan pembelajaran yang saya terima di IPT sebelum ini. Apa yang pasti, saya bukan lagi seorang BLOGGER yang ada kalanya bekerja. Tetapi kini, saya seorang pekerja yang ada kalanya berblogging~
Bercakap mengenai soal kerja, terasa berat bahu memikulnya. Ini kerana pengalaman sewaktu praktikal ketika dahulu hanya secebis dari apa yang kita hadapi di alam pekerjaan yang sebenar. Kini tanggungjawab itu betul-betul terletak diatas bahu sendiri. Jika tersilap, mungkin makian yang kita terima. Apa pun, kata orang, cabaran itulah kehidupan. Dalam masa 6 bulan ini, saya akan cuba kumpul pengalaman yang terbaik untuk kerjaya saya. Disamping itu, kena sentiasa alert dengan keadaan sekeliling. Kalau ada peluang pekerjaan tetap yang lebih baik, ‘cabut’ sajalah~ huhu~
Untuk blog ini, saya akan cuba buat beberapa ‘draft‘ entri yang akan saya publish secara berjadual untuk sementara waktu. Ini kerana saya perlu urus jadual kerja dan waktu terluang untuk saya update blog selepas ini. Sayang untuk saya tinggalkan blog yang sudah mencecah lebih 100 pengunjung setiap hari ketika ini. Untung-untung lepas ini, boleh saya cuba melamar ‘Mr. I’ sebagai penghias blog saya pula. huhu~ Apa pun, itu bukan perkara utama saya untuk blog nuristimewa.com ini. Cuma apa yang saya harapkan, saya dapat kekalkan blog ini sebagai tempat pembekal ilmu kepada sesiapa saja yang memerlukannya di alam maya ini.
Jadi akhir kata, diharapkan saya dapat kekalkan kerjaya saya dalam bidang yang saya ceburi ini~ Korang yang baca entri kali ni, doa-doa kan lah yang terbaik untuk saya ya~
p/s: Saya rasa, saya dah terserempak dengan ‘Tan Sri Piratz’ waktu Jualan Charity student MITC pada hari Khamis yang lepas~
Popularity: 8% [?]













all the best! =)
kenwooi´s last blog ..5 Things About Chinese New Year 2010
[Reply]
salam….keje rajin2 ye…moga sukses je..i pun keje..tp tiap mlm @ ada ms tluang i blogging jugak
Maya´s last blog ..Ehem, Buat Ibu2 Yang Ingin Cari Teman Baru hati2 Ya. Jangan Sampai Anak Mati Kena Dera Kekasih Hati
[Reply]
sme la dgn kita..skrg waktu utk berblogging dh makin terhad..so sape2 yg still bljr lg tu, hargailah masa anda itu ye, berblogging la puas2..hehe bila dh stat keje nnt, mesti dh ssh nk berblogging slalu lg dh
[Reply]
patut la dah jarang update skang ye..
saya doakan
p/s: Mr I?
[Reply]
napa semua nak update blog ek?macam ketagih kan..saya pun sama heheh
F I T´s last blog ..Khas Untuk Freshie Blogger. Jom Terjah Blog Paling Annoying Ni Supaya Korang Tak Jadi Blogger Annoying!
[Reply]