Tajuk diambil bersempena dengan kehangatan tayangan movie ‘Batman- The Dark Knight‘ di ASTRO HBO pada awal bulan Januari 2010 ini. Boleh dikatakan setiap kali saya turun ke ruang tamu rumah, saya akan melihat kakak saya duduk dihadapan TV sambil melihat movie Batman ini. Kadang-kadang pelik juga, best sangat ker cerita Batman nih? huhu~ Entah lah, bagi diri saya sekarang nih, saya lebih suka menonton movie yang kurang unsur 18SG. Boleh dikatakan, macam dah tak berminat untuk tonton movie yang ganas-ganas nih. Tapi, kalau movie 18PL, ermm~ saya layan juga kot~ wooiiitttt!! huhu~ (Ok, gurau jer, sila jangan percaya~)
Ok lah. Firstly saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Milsum yang telah memilih saya sebagai salah seorang pemenang dalam contest beliau yang mula diadakan pada 5 November 2009-31 Disember 2009 yang lepas. Selain memenangi tempat ke-2 dalam contest yang diadakan, saya juga telah terpilih memenangi hadiah ‘Komen Paling Bernas’ didalam contest tersebut. Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan…
2. Dengan memenangi contest tadi, maka berkuranglah sedikit kerunsingan yang bersarang dikepala saya yang asyik memikirkan dari mana untuk saya dapatkan duit bagi membayar sewa hosting pada beberapa bulan yang akan datang. Saya ada juga terfikir untuk menukar hosting selepas hosting yang saya gunakan sekarang ini genap setahun. Ada beberapa orang rakan blogger yang memberikan cadangan agar saya memilih hosting ServerFreak. Walaubagaimana pun, saya masih belum memutuskan lagi sama ada betul-betul mahu bertukar hosting. Boleh jadi juga saya akan setia dengan hosting BaitulBytes yang sedang saya gunakan sekarang ini. Tengoklah nanti macam mana~
3. Memandangkan sudah hampir setahun saya berada di kampung, kini saya bercadang untuk mencari peluang pekerjaan di KL. Kerja apa, dan dimana? tak pasti lagi. Tetapi saya juga perlu memikirkan blog nuristimewa.com ini yang kini telah menjadi sebahagian dari diri saya yang perlu saya tatap dan periksa Visitor Analytic nya setiap hari. Bila saya bekerja di KL, ini bermakna saya akan tinggal dirumah abang saya yang terletak di Ampang. Mujur juga Ampang adalah kawasan yang mempunyai ‘signal P1 W1Max‘ yang baik. Apa pun, saya perlu berbincang dengan abang dan kakak ipar saya, jika mereka setuju untuk masuk Line Internet dengan P1 W1Max. Ini kerana agak mustahil untuk saya berada di Cyber Cafe berdekatan dengan rumah abang saya atau berada di KFC Tesco, Ampang semata-mata untuk update blog pada setiap hari. Update: Sayangnya, abang saya tak bersetuju untuk pasang P1W1Max. Dia kata, tak jauh beza dengan Streaxmy. ish~ish~
4. Kurangkan berat badan. Ok, ini salah satu dari planning saya pada tahun ini iaitu nak kurangkan berat badan saya yang dah naik dengan mendadaknya semenjak saya berada di kampung. Bukan apa, sebab Mak dah masakkan~ Rasa tak sampai hati kalau tak makan apa yang Mak dah masakkan. Tapi ini tidak bermakna saya tidak memasak jika berada dirumah. Biasanya, kami akan masak bergilir. Kalau tidak Mak saya yang masak, Mak Cik saya atau saya sendiri yang akan memasak di dapur. Bukan apa, kira adil lah kan? Saya masih boleh merasa masakan Mak saya, dan Mak saya juga berpeluang merasa masakan saya atau masakan Mak Cik saya. Selain itu, saya ni jenis yang tak sampai hati lihat makanan berlebihan. Rasa macam membazir saja. Jadi lebih baik saya makan dari makanan tu terbuang. Jadi, itulah yang membuatkan berat badan saya meningkat. Sebab rajin habiskan makanan. Ermm~ agak-agak saya boleh dapat suami soleh tak? huhu~
5. Rambut. Saya nak biarkan ia panjang hingga ke kaki. Lepas tu, bolehlah saya masuk ‘Malaysia Book Of Records‘! Atau saya akan jadi Puteri Rapunzel yang duduk di menara yang tinggi. Dimana saya akan menghulurkan rambut saya kepada Pangeran Tampan supaya dia boleh memanjat menara untuk bertemu dengan saya. Amacam? Boleh? Ok, saya merepek disitu. huhu~
6. Wujudkan satu lagi blog under WordPress.org. Blog apa? dan untuk apa? Masih dalam proses memikirkan.
7. Berusaha untuk mencapai Wishlist saya~
Ok lah. Ini saja planning saya untuk Tahun Baru 2010 ini. Errmm~ Apa kaitannya gambar dengan entri yang saya buat ni ya? Kaitannya adalah, Adakah korang rasa saya seorang yang serious? Sila lah beri pendapat korang diruangan komen. Ok~
Popularity: 1% [?]


moga segala perancangan dipermudahkan Allah
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 3rd, 2010 at 11:32 pm
@Kujie, Amin~
[Balas Komen]
Hehehe,wonder pet yg comel….
Great Teacher Onizuka
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 3rd, 2010 at 11:35 pm
@eyriqazz, wow, GTO! welcome eyriqazz~ jemput singgah sini lagi di lain hari~
[Balas Komen]
agak serious
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 3rd, 2010 at 11:45 pm
@mario, ye ker? huhu~ ok, lawak tak menjadi agaknya kali nih~
[Balas Komen]
sangat sirius.
takut nih.
okay now kelakar
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 3rd, 2010 at 11:46 pm
@aidi-safuan, ah, takut? ish, saya serious macam ming ming wonderpets jer~ janganlah takut~ huhu~
[Balas Komen]
hehe x de la serius mana pun. heheh
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 4th, 2010 at 12:16 am
@KNizam, wah, blogger dari Islamabad! Thanks, sudi jenguk blog saya. sajer jer buat pertanyaan macam tu~ nak minta orang tinggalkan komen jer sebenarnya~ huhu~
[Balas Komen]
Ramai blogger yang host kat serverfreak…Mungkin servis diaorang memang bagus =)
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 4th, 2010 at 8:20 am
@blinkky, yup~ boleh jadi juga tu~
[Balas Komen]
tak sampai hati melihat makanan berlebihan??..
alasan nak makan banyak jew ney..huhuhuh
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 4th, 2010 at 8:22 am
@kentank91, haishh~ huhu~
kalau saya tak berada di kampung, saya tak der makan banyak sangat~
[Balas Komen]
kurangkan berat badan..?minum madu je..hehe…boleh tengok entri dilot psl madu..=)
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 4th, 2010 at 8:23 am
@dilot, ok, nanti saya check entri kamu~
[Balas Komen]
Rambut panjang sampai ke kaki? Wah…biar betul ni…? Takkan yang tu dijadikan sebagai azam tahun baru.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 4th, 2010 at 9:20 am
@CypherHackz, eh, ini bukan azam lah. ini planning~
kan dah tertulis tajuk, ‘new year planning’ kat atas tu~
[Balas Komen]
aman Reply:
January 4th, 2010 at 6:18 pm
@Akuro San, lepas nie, kalo panjang gitu, leh rekemen kat director ju-on. wahahah~
.-= aman´s last blog ..Mac OS X 10.7 Di Panggil Clouded Leopard? =-.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 4th, 2010 at 9:36 pm
@aman, ju-on? uiks, no 18SG please~ huhu~
.-= Akuro San´s last blog ..Wahai Lelaki, Kalau Ya Pun Kamu… =-.
ada masa serius, ada masa tidak serius………
semoga planning yg diplanningkan itu tercapAi………….
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 4th, 2010 at 11:44 am
@syin, Insya’Allah, Amin~
.-= Akuro San´s last blog ..New Year Planning: Why So Serious? =-.
[Balas Komen]
anda seorang yang bernas. serius tu bergantung kepada keadaan dan topik entri.hehe.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 4th, 2010 at 3:42 pm
@Lady Nass, ya~ betul juga jawapan ladynass nih. serius itu bergantung pada entri yang saya buat juga~
[Balas Komen]
nak D90 kan? mahal la benda tu…hehe. semoga tercapai apa yang dihajati..
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 4th, 2010 at 3:44 pm
@Lan Bingka, ha’ah~ memang mahal pun. mudah-mudahan… Amin~
[Balas Komen]
Semoga palnning 2010 berjalan ngan lancar..
.-= hanif´s last blog ..Jason Derulo – Whatcha Say =-.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 4th, 2010 at 9:37 pm
@hanif, Insya’Allah~
.-= Akuro San´s last blog ..Wahai Lelaki, Kalau Ya Pun Kamu… =-.
[Balas Komen]
hmm..xyah kurg berat bdn pon xpe, asal sihat cukupla..kalo kurus melidi xsihat gak kan..hehe
ini serious. manede serious.
.-= MuNsYi~SaMa´s last blog ..Omedeto is Congratulation~ PMR Result 2009 & Wedding Reception =-.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 4th, 2010 at 9:40 pm
@MuNsYi~SaMa, ya, betul gak tu. tapi tak der lah kurus nak melidi. cuma nak dapatkan berat badan yang ideal jer~
.-= Akuro San´s last blog ..Wahai Lelaki, Kalau Ya Pun Kamu… =-.
[Balas Komen]
salam ziarah, harinie dah 2 orang yang nak diet sempena tahun baru.. goodluck.. hehe, first time singgah blog ko.. lawanye design.. ko buat sendiri ke?
.-= samanosuke_04´s last blog ..Ujikaji: Pabila Blog tak Diminati… =-.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 4th, 2010 at 9:43 pm
@samanosuke_04, terima kasih samanosuke_04, sbb sudi jenguk blog ini. blog nih guna theme ‘watercolour’. cuma design kat header tu jer saya buat sendiri.
.-= Akuro San´s last blog ..Wahai Lelaki, Kalau Ya Pun Kamu… =-.
[Balas Komen]
semoga terus berjaya pada tahun baru ini~
.-= aman´s last blog ..Mac OS X 10.7 Di Panggil Clouded Leopard? =-.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 4th, 2010 at 9:44 pm
@aman, Mudah-mudahan~ Amin~
.-= Akuro San´s last blog ..Wahai Lelaki, Kalau Ya Pun Kamu… =-.
[Balas Komen]