Nuff Oh Nuffnang

Ok, bagi sesiapa yang ada terbaca entri yang pernah saya keluarkan 2 hari lepas, tentu akan tertanya-tanya kemana menghilangnya entri itu… hehe~

Sebenarnya entri semalam tu saya keluarkan sekadar untuk menguji pemahaman dalam bermain dengan ‘keyword‘ dan SEO. Jadi disebabkan saya rasa entri semalam tu macam entri yang ‘hampez‘, jadi saya ambil keputusan untuk ‘nyah‘kan saja entri tersebut dari blog ini.

Geng Upin & Ipin

Dalam kepala saya sekarang ni tengah fikir bagaimana untuk menyertai contest oh dawie dan apakah nasib kedudukan penyertaan contest ‘Hidup Berani Untuk Gagal‘. Mujurlah ada movie ‘GENG Upin & Ipin, Pengembaraan Bermula‘ yang ditayangkan di TV9 pada pukul 9.30 mlm tadi. Lengang sikit pemikiran saya selepas menonton movie tersebut. Tak dinafikan, movie ‘GENG Upin & Ipin‘ memang best! Lagi best kalau menonton di pawagam dengan bunyi sound effect yang sangat bagus, terutamanya waktu pertarungan Ibu Opey dan Ular Gergasi.

nuffnang

Oklah, sekarang nih nak cerita pasal Nuffnang. Masih ada rakan blogger yang belum tahu apa itu Nuffnang ker? Rasanya semua dah tahu kan? Biasanya kalau baca entri bertajuk Nuffnang diblog orang lain, mesti akan cerita pasal mereka dah berjaya cashout, dah dapat campaign, atau dah dapat cek dari Nuffnang. Tetapi untuk entri saya kali ini, saya hanya sekadar ingin menyuarakan yang saya langsung tidak pernah mendapat earning sejak 5 bulan yang lalu. Sadis kan?

Saya bukannya apa. Saya sama juga dengan blogger-blogger lain yang berblogging hanya sekadar hobi. Dan meletakkan iklan Nuffnang pun, sekadar untuk ‘mencantik-cantikkan’ blog saja. Walaubagaimana pun, saya mengakui yang saya juga ada kalanya terfikir mengenai bil internet yang saya gunakan sekarang ini. Buat masa ini, bil internet yang digunakan untuk meng’update blog, mencari maklumat dan sebagainya ini 100% di support oleh kakak saya. Jadi boleh dikatakan kakak saya adalah salah seorang yang berjasa diatas kelahiran blog ini kerana sudi memberi sponser membayarkan bil internet pada tiap-tiap bulan. Buat masa nih, kakak saya tak pernah cakap apa-apa mengenai bil internet. Tapi saya tak mahu suatu hari nanti dia ‘bising’ mengenai hal ini. Jadi, bukankah lebih baik kalau saya bantu dia (sebelum dia bising) bayar bil internet nih, sebab saya lebih banyak menggunakannya dari kakak saya sendiri.

Satu perkara yang saya ingin tahu, adakah akaun Nuffnang saya telah di ‘banned’? Apa yang saya ingat, saya tidak pernah pula join ‘nuffnang rangers‘ ker atau apa-apa yang sama waktu dengannya. Status Nuffnang saya tetap bertulis ‘Glitterati‘. Saya rasa pelik sebab sudah beberapa kali, saya dapat mesej di ShoutBox yang kata mereka ada klik iklan Nuffnang, tapi bila check di akaun Nuffnang saya, aerning tetap tidak berubah. Adakah mereka menipu? Atau adakah akaun Nuffnang saya telah di ‘banned’?

Saya ada juga membaca tips-tips untuk meningkatkan earning Nuffnang dari blog otai-otai blogger. Antara tips-tips yang biasanya di’highlight‘kan seperti;

~ Tingkatkan Trafik Blog. Dari segi trafik, blog saya memiliki trafik dalam lingkungan 40-50 visitor. Saya tahu ianya tidak mencukupi untuk saya mendapat sebarang campaign dari Nuffnang. Dan saya masih dalam usaha untuk meningkatkan trafik di blog saya, sekurang-kurangnya mendapat 60-100 visitor sehari. (Err… cukup ker?)

~ Pasang ketiga-tiga iklan (Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle). Ok, seperti yang korang lihat, saya sudah pun memasang ketiga-tiga jenis iklan tersebut. Selain itu, ketiga-tiga iklan ini perlu dipasang ditempat yang mudah visitor akan lihat. Kalau boleh, sidebar jangan terlalu semak.

~ ‘Hits‘. Ok, saya agak kurang faham apa yang dikatakan hits, tapi ianya seperti lebih kurang apa yang membolehkan visitor ‘melekat’ di blog kita. Maksudnya entri-entri menarik yang sering menjadi tarikan orang membaca diblog kita. Jika di blog saya, apa yang saya nampak ada 2 entri yang sering mendapat visitor yang ramai, iaitu entri ‘Tips Penjagaan Arnab‘ dan ‘Tips Menjangka Tahun Berkahwin‘. Mungkin ini yang dikatakan ‘hits‘. (Jika salah, harap korang yang lebih pro boleh jelaskan maksud ‘hits‘ yang sebenar~ Maklumlah, saya budak baru belajar~)

~ Rajin Update Blog. Ada yang kata, kena rajin update blog. Tapi ada juga blog yang saya lihat jarang update, tapi tetap berjaya mendapatkan earning dari Nuffnang. Mungkin ini disebabkan blog mereka mempunyai banyak ‘hits‘ seperti yang saya jelaskan diatas tadi.

Ada beberapa lagi cara untuk meningkatkan earning Nuffnang yang saya pernah terbaca. Tapi yang lain-lain tu, bagi saya ianya lebih kepada cara untuk meningkat trafik blog sahaja. Kepada rakan-rakan blogger yang membaca entri ini, saya yakin korang tentunya sudah lebih advance lagi dalam membuat duit dengan Nuffnang ini. Jadi jika sudi, bolehlah tinggalkan komen, pesanan, tips atau nasihat yang boleh saya jadikan panduan bagi membakar semangat saya untuk terus ber’blog dan membuat pendapatan di blog. Tidak banyak pun, sekurang-kurangnya lepas untuk bayar bil internet pun, boleh la~

P/s 1: Terjumpa blog seorang blogger terkenal wanita ‘Pecinta Merah‘ sewaktu membuat research tentang ‘earning Nuffnang’.

P/s 2: Tengah fikir bagaimana untuk dapatkan duit bayar hosting dan domain untuk tahun hadapan… :tired:

Popularity: 4% [?]


46 thoughts on “Nuff Oh Nuffnang

  1. untuk newbie, jgn bermain SEO keyword yang popular. Agak susah nak menempatkan diri.

    Kalau semua org menulis perkara yg sama, keyword yg sama, newbiw agak sukar utk dptkan SERP yang baik – buat kajian , kenali corak pengunjung yang datang.

    bagi nasihat org mcm le kak jie pakar…hehehe…. kak jie bukan Glitterati Nuffnang lagi!

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @Kujie, tak per kak jie. Walaupun Kak Jie tak pakar, tapi kak jie dah ada pengalaman~ Pengalamanlah yang membuatkan seseorang itu matang dalam sesuatu perkara. Terima kasih atas nasihat yang diberi~ Sedang berusaha mengkaji dan membuat eksperimen~ :)

    [Balas Komen]

    zool Reply:

    @Akuro San, Kak Jie tipu… Dapat ribu2 an pun tak pakar lagi ke kak jie?

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @zool, hah, ye ker? otai blogger low profile tu namanya~ huhu~

  2. excited aku mai sini lps baca tweet akuro san. huhu.. mklumlah, aku pun nak tingkatkan earning nuff juga :)

    mcm point yg akura san highlight’kan tu.. rasanya memang kena dimantapkan baru earning lancar je masuk.

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @azizwan(dot)com, ya betul~ rata-rata yang saya baca berkata begitu. mungkin itu sajalah cara yang terbaik. kalau nak cara tak baik, buat mcm team rangers tu la kot~ huhu~ :p

    [Balas Komen]

  3. Saya pernah ada akaun nuffnang dalam blogspot dulu tapi dah tak aktif, takpa ka?kalau tak aktif kena banned x? taknak letak dalam blog baru lagi coz traffik tak banyak. Target saya bg banyak traffik dulu baru nak letak iklan nuffnang tuh…

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @Sifu_Din, hurmm~ tak pasti lak saya, kena banned ker tak kalau mcm tu. waktu skrg, klu nak pasang pun boleh jer. even tak dpt campaign, tapi sekurang-kurangnya, dpt iklan cpc tu pun dah boleh dpt earning klu ada org yg sukarela nak klik~

    saya dulu pun, masa mula2 buka blog nih terus pasang nuff. dpt jugalah earning sikit dari sesiapa yg sudi klik iklan cpc yg keluar waktu tu~ :)

    [Balas Komen]

  4. Assalamualaikum ww..

    pertama saya ucapkan, salam kenal. Saya dari Indonesia.. Apakah nuffnang itu boleh juga untuk orang indonesia?

    Wassalamualaikum ww

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @tikak, buat masa ini, yang saya tahu hanya 4 buah negara saja yang mempunyai nuffnang, iaitu Malaysia, Singapura, Fhilipina, dan Australia. itu saja~

    [Balas Komen]

  5. Assalamualaikkum warahmatullahi wabarakatuh..

    saya dan anak saya sangat suka dengan filem upin dan ipin, bagaimana caranya agar film upin ipin bisa dijual di toko buku saya di http://www.sahabatmuslim.com . Jazakillah atas silaturahim yang terbina..

    Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @sahabatmuslim.com, maaf, saya agak kurang pasti bagaimana caranya untuk kamu menjual film upin ipin ini. mungkin kamu boleh mendapatkan film upin ipin ini dari syarikat penerbitan film berkenaan…

    [Balas Komen]

  6. Salam. thanks for sharing. tanye sket, dlm satu2 mase, iklan nuff plg byk 3 je kan kt blog? meaning kalo kite psg byk mane pon iklan, yg akan kua 3 je kan? mcm pnah tbaca psl ni

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @MuNsYi~SaMa, hurmm~ tak pastilah saya… betul lah tu kot~

    [Balas Komen]

    zool Reply:

    @Akuro San, munsyi~sama –> ni saya dapat dari kawan saya, tak semesti 3 iklan je keluau.. kdg2 dia rotate.. tgk advertisernya suke.. kalau dia suka blog tu adalah terpapar iklan tu.. tak tau la betul ke tak.. tu kawan yg cakap.. tipu dia tipu le saya

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @zool, i see~ thanks for the info~ :)

  7. wahh.. otai nuffnang ni.. mintak tunjuk ajar.. saya budak baru blog..

    [Balas Komen]

    syin Reply:

    @Anarm, hahaha…xblh bla la si anarm..hahahaa…

    xsabar nk tunggu akuro san cashout cek nuff..blh la kongsi nanti…yeah!!!

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @syin, hehe~ mudah-mudahan~ amin~ :)

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @Anarm, rasanya, saya yg kena minta tunjuk ajar dari kamu, Anarm~ huhu~

    [Balas Komen]

  8. hehe.. ade tips kat sini..
    tp kan.. cpc susah nak cari makan kalau x de org click.. (bukan cara nuffnang ranger tu la) sbb siapa la yg sudi nak click dgn ikhlas hati.. masing² nak juge dibalas.. hohoho.. so fizz skrg ni pun tngh cube nk tingkatkan traffic.. secara x langsung leh dpt cpm.. hehehe.. tp nak main SEO pun masih blur… huhu..

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @Mr.Bintang, samalah dengan saya mr. bintang. tapi saya rasa trafik blog kamu lagi ok kot, dari saya~ :D

    [Balas Komen]

  9. Anyway, thanks bro sebab info yg berguna ni..
    sama la mcm aku, masih lum merasa nuffnang lg..
    dah hampir setahun rasanya..haha
    Kalu melawat tu, sila2 la klik yer..ahaks..

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @Hidup Berani Untuk Gagal, ok, bro~ tak der masalah~ nanti aku klik kat blog kamu. tapi, kamu pun jangan lupa klik kat blog saya juga~ huhu~ :p

    [Balas Komen]

    Hidup Berani untuk Gagal Reply:

    @Akuro San, oh bro.. tersilap letak link tu..hehe
    ni link yg betulnya.. ok..beres jer..

    [Balas Komen]

  10. Salam kenal

    takleh harap sgt dgn trafik dari SEO
    anda kena cari follower anda sendiri
    cari kawan2 baru dlm internet
    jangan malas “menjelajah” blog orang lain
    sambil2 tu tinggalkan jejak kat blog mereka
    biasanya diaorang akan datang & datang semula ke blog anda
    InsyaAllah, earning nuff anda akan meningkat :)

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @MOHD. ADHA MOHD. ZAIN, ya, terima kash atas nasihat yang diberi. segala-galanya dalam proses~ sebab sebelum ni saya hanya meletakkan blog ini sebagai blog personal. tak terfikir nak promote kan ia kepada umum. cuma sekarang nih jer, baru terfikir nak buat begitu. lagi lama kita berblog, sudah tentu lebih banyak pendedahan yang kita dapat. jadi kini saya cuba untuk mempraktikkan ilmu yang saya dapat untuk melihat sejauh mana keberkesanannya… :)

    [Balas Komen]

  11. betul laa tu…

    trafik kena tinggi….so, kena laa selalu update blog…sebelum ni saya pun pelawat around 40 jer…itu sbb follower ngan blogwalking sket…

    then bile join innit, dptlah naik lebih 60….sekarang ni saya baru je join satu lagi komuniti..ping blog di situ….lebih naik2 laa trafik..suka…anyway, blogging ni kena merapatkan jaringan sosial, itu yg saya boleh ckp…

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @DaHLia, betul juga~ itu juga yang saya nampak baru-baru ini~ terima kasih, kongsi pengalaman disini~

    [Balas Komen]

  12. nice sharing… hurm… masih tertanya2 lagi cmne nk dapat buffered dgn berkesan dan meyakinkan… XD .-= Pisyek´s last blog ..Buku rujukan berkaitan gambar bogel? =-.

    [Balas Komen]

  13. emmm..susah nak cakap mana satu teknik yang betul2 berkesan.blogwalking pun x brape efektif sebenarnya,just temporary effect on visitor.Slalu saya test blogwalking & terus follow blog orang,dalam 10 blog,maybe 2 je yang sudi follow balik.Nak suruh orang klik2 iklan pun takut kena banned ngan Nuffnang.Apa yang saya perhatikan kat blog2 popular,teknik penulisan dan pembaca tetap.Tajuk entri bombastik pun tak semestinya menarik pembaca.Mostly malaysian readers loves artist gossip,politics etc..Malangnya plak bagi saya,topik macam tu saya tak minat nak tulis,hehe!So,saya cuma berpegang pada penulisan yang baik dan create relation yang baik dengan pembaca blog saya.Hopefully it will work slowly.
    faizal´s last [type] ..Legend of Baikal Lake Treasure

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p