Perbezaan DSLR Nikon D90, D3000 dan D5000

Ok, ada pembaca complaint tak kasi buat entri panjang-panjang. Kali ini saya akan cuba buat entri yang pendek, ya~ huhu~

Sebelum ini saya pernah menceritakan mengenai Wishlist saya untuk mendapatkan DSLR Nikon D90. Mesti korang pun dah sedia maklum yang Nikon D90 ini di antara DSLR yang mempunyai harga yang mahal. Jadi baru-baru ini, saya telah buat research semula, sama ada mahu meneruskan niat membeli D90 atau membeli DSLR yang lebih murah dari itu.

Disini saya ada menemui satu lagi DSLR yang sesuai untuk seseorang yang berada dalam tahap ‘Entry Level, iaitu Nikon D5000. Mungkin ada yang fikir, D5000 adalah sama atau kembar kepada D3000. Persamaannya, kedua-dua DSLR ini sama-sama termasuk dalam DSLR untuk ‘Entry Level’. Tetapi perbezaan yang ketaranya adalah D5000 lebih mirip dengan D90, manakala D3000 lebih mirip kepada D60. Ada juga yang mengatakan D5000 adalah DSLR ‘Entry Level‘ terbaik yang dikeluarkan oleh Nikon. Ini kerana terdapat beberapa fungsi D5000 yang sama dengan D90. Salah satu yang kita boleh lihat, D5000 mempunyai perakam video (D-Video) yang sama seperti D90. Walau bagaimana pun, D5000 tetap sama dengan DSLR Entry Level lain, dimana ia tidak mempunyai ‘build-in motor untuk membuat ‘Auto Focus‘.

Nikon D5000

LCD D5000 boleh dipusing 360 degree

Inilah yang membezakan DSLR tahap ‘Entry Level‘ dan ‘Beginner Level‘. Dimana DSLR ‘Beginner Level‘ seperti D90 mempunyai ‘build-in motor‘. Jadi bagi DSLR yang tiada ‘build-in motor’, kita perlu buat manual fokus untuk mengambil gambar. Tetapi kekurangan ini boleh di cover dengan memasang lens yang mempunyai build-in auto focus. Cuma harga lens yang ada ‘build-in auto fokus‘ nih, harga dia jauh lebih mahal dari lens Nikon yang biasa. Jadi sesiapa yang suka tukar-tukar lens untuk kegunaan fotografi yang lebih mantap, sudah tentu mereka akan memilih DSLR ‘Beginner Level’ seperti D90 untuk dimiliki. Sebab dengan adanya ‘build-in auto fokus‘ pada kamera itu, memudahkan mereka bertukar-tukar lens. Sama ada lens yang ada ‘build-in motor‘, atau lens yang tiada ‘build-in motor‘.

Nikon D90

Jadi, inilah serba sedikit perbezaan D5000 dan D90 yang dapat saya ceritakan. Untuk melihat perbezaan kedua-dua DSLR ini dengan lebih jelas, korang boleh lihat ‘Product Comparison D3000, D5000 & D90′.

Ok. Sekarang nih, nak cerita pasal harga pula~

Formula harga asas yang ditemui (harga plus minus 20%). Ini dia termasuk dengan harga DSLR Canon sekali~

RM1500 – D40
RM1800 – E420
RM2200 – D60 / D3000/1000D / E520
RM2800 – 450D
RM3000 – D5000 / E620
RM3200 – 500D
RM4000 – D90
RM5000 – D300 / 50D / E30

Harga yang ditemui pada tahun 2009,

D3000- RM2000 (Lowyat)
D3000- RM 1950 (Forum Lowyat)

D5000 – RM2900
D5000- RM2850 (Forum Lowyat)

D90 – RM3899
D90 (body sahaja) – RM3100 (Plaza Pudu)
D90 – RM4000 (Forum Lowyat)

Harga Tahun 2010;

D3000- RM2099 (Wetex Parade, Muar)
D3000 (body sahaja)- RM1699 (Wetex Parade, Muar)
D3000- RM1988
D3000- RM2299 (Jasco Baru, Melaka

D5000- RM2999 (Wetex Parade, Muar)
D5000 (body sahaja)- RM2699 (Wetex Parade, Muar)
D5000- RM2788

D90- RM4299 (Wetex Parade, Muar)
D90 (body sahaja)- RM3299 (Wetex Parade, Muar)
D90- RM4088
D90- RM4399 (Jasco Baru, Melaka)

Lain-lain;

500D- RM2900
500D- RM3399 (Jasco Baru, Melaka)

450D- RM2199
450D- RM2499 (Jasco Baru, Melaka)

1000D- RM1970
1000D- RM2199 (Jasco Baru, Melaka)

**UPDATE (24 Dis 2010) : Untuk mengetahui harga terbaru untuk DSLR Nikon & Perbezaan D3100 dan D7000, bolehlah baca di sini~

Saya letak harga ni, supaya mudah saya nak budget harga dari masa ke semasa. Dan kemungkinan besar, saya akan beli DSLR D5000, bukan lagi D90. Harga DSLR ini akan saya update jika saya terjumpa harga baru. Korang yang baca entri saya nih, kalau tahu salah satu harga DSLR Nikon D90, D3000 & D5000 ini, korang bolehlah beritahu diruangan komen, ya… Kalau boleh, beritahu dimana tempat yang boleh dapat dengan harga yang korang beritahu tu. Nanti saya akan update harga di entri ini.

Diharapkan entri ini akan dapat memberikan sedikit informasi kepada sesiapa yang sedang budget dan kumpul duit untuk beli DSLR seperti saya…

p/s: Pendek tak entri kali ni? Panjang gak erk? huhu… tak per, akan terus berusaha untuk membuat entri yang pendek~

Refer; Fotomedia…

Popularity: 64% [?]

Recent Related Posts

224 thoughts on “Perbezaan DSLR Nikon D90, D3000 dan D5000

  1. salam bro saf!
    biar betul…penang kat maner erk?
    leh kasi tau tempat dia x?
    aku teruja mendengarnya…
    manatau ada masa leh aku runner pi usha…
    silap2 mau rembat gak aku…
    tp penang aku x otai jalan dia
    sikit2 tau la…. :emotion:

    [Balas Komen]

  2. hai..i likes ur blog..as a beginner dalam fotografi..ada info menarik boleh dikongsi…..nak banding harga SLR saya..i m using D5000 beli kat Ampang Park with my besfren BigBro..Saya beli last yer Nov 2009 harga RM2700..kemudian saya teringin nak tukar lense..then beli AFS 35mm f 1.8..kat kedai yg sama dgn harga RM800..ok la good service..tak tahu hrga yg saya dapat tu ok atau tidak..apapun saya memg giler foto…

    [Balas Komen]

    izat Reply:

    kalau area pineng.. kedai mane yang banyak pilihan jual DSLR ni… dan harga yang agak ekonomi skit…

    [Balas Komen]

  3. Tumpang sekaki…..saya baru terbaca kat satu web D90 dijual pada harga RM3399…..tngk list kat atas mahal lagi….spec barangan mcm kat bawah…. Saya dah lama pakai D60 (dah discontinued pun)…..saya tak pandai sangat pasal dslr ni w/pun dok guna satu….tp agak2 harga di atas ngan aksesori di bawah mmg murah ke?

    Brand New Nikon D90 Digital SLR Camera 12.3MP + 18-105mm VR Lens Kit

    Package content: Nikon D90 Body, 18-105mm f/3.5-5.6G ED AF-S VR DX Nikkor Zoom Lens, Battery, Charger, USB Cable, Eyepiece Cap, Accessory Shoe Cover, Software and Manual CD ROM.

    [Balas Komen]

    mozak Reply:

    kat mana beli ni?

    [Balas Komen]

  4. Kalu spec yg mcm ni, kira harga body saja ya? Murah ke mahal ekk?

    Nikon D90 SLR Digital Camera (12.3MP, DX Format, 3″ LCD, Live View, Video, 4.5fps) (Body Only) (Free 4GB SD + Nikon DSLR Bag!)
    RM2,585.00

    [Balas Komen]

    erwan Reply:

    @Nina, murah giler harga D90 yg awak survey neh…leh saya tahu kat mana tempat yang jual D90 dengan harga yang awak sebut tuh??
    .-= erwan´s last blog ..Kami Prihatin =-.

    [Balas Komen]

    Suki Reply:

    @erwan, i setuju skali ngan statement erwan…murah giler pricing tu…bole tau kedai maner tu??

    [Balas Komen]

  5. yang aku tengok kat mudah ramai yang nak jual d5000 tapi blom pon ade yang nak jual d90 2hnd.hairan kenapa jadi macam tu…aku dah beli d90 lagi sebijik…a love d90…kakakakaka.d90 best..

    [Balas Komen]

  6. wahh murah la kalau D5000 harga RM2299…tak tau pulak D5000 semurah tu…kalau murah mcm tu harga D3000 lebih kurang la…macam harga 2nd je…2nd paling murah pun saya jumpa RM2400…mybe saya silap…but its ok…huhuhu

    [Balas Komen]

  7. my cousin baru jer beli d90..rm2540 (body only)..free dslr bag n kad 4gb..
    kalo dgn kit lens, kalo x salah rm3100..
    ok ke harga tu?

    [Balas Komen]

  8. my cousin baru jer beli 2 hari lepas..d90, body only rm2540..
    kalo ngan 18-105mm VR Lens Kit, rm3400
    ok ke harga tu??
    hum..berminat nak beli, tp x tau nak beli per

    [Balas Komen]

  9. aku tgh survey hrga gak…ari jumaat lpas(16/04/10)..aku tgk D5000 kit hrga RM1888 je kat BERJAYA MEGAMALL KUANTAN

    [Balas Komen]

    rozita Reply:

    @najmie,

    biar betul? murah sgt ni..kedai mana tu..baru survey smlm kat jln besar rm2888 with 7 accessories..

    [Balas Komen]

  10. Ermm..saya rasa kalau d90 dgn lens 3400 dah kira murah tuh….saya pun baru beli d90 dgn lens 105+beg nikon+tripod+screen protector+memory card 8Gb…dgn harga 3500

    [Balas Komen]

    fara Reply:

    @Zaid,

    siyes ke 3500..?? murah gle..
    xslap d90 mkin trun harga..
    xtau la npe..
    hope sespe yg tau hara semasa d90 sila la g tau k..
    ;)

    [Balas Komen]

  11. Pingback: Menyepikan Diri Di Alam Blogging | Nur Istimewa

  12. Haloo…saya su dr kluang Johor, kat kluang minggu lepas sya serve harga D90-RM3688 dan D5000-RM2688..sekarang harga Kamera nikon turun mungkin akan naik tp x thu bila…mg ni nk serve pulak kt angsana..

    [Balas Komen]

  13. Saya patut beli atau saya patut serve lagi kt tempat lain ? saya baru nak memiliki kamera ni..dgn kata lain baru nak berjinak2 n br nk belajar ngan kamera..kalau saya beli, ni lah kamera dslr pertama saya…suka nya kalau dapat..

    [Balas Komen]

  14. Salam..saya baru nak beli camera ni…tapi ader masalah dalam pemilihan cz sekarang saya tengok 2 brand..brand Nikon D90 n Canon EOS 500D..pada masa sekarang saya lihat ramai yg menggunakan Nikon D90…saya nak tahu aper berbezaan dua kamera ni?dan yang maner patut saya beli?..hmmmmm..

    [Balas Komen]

  15. nak tanye ,
    auto focus tuh ape sebenarnye?
    ape perbezaan die klu dslr yg ada dgn tak ada.?
    search kat internet ta jumpa laa pulak.

    tolong saya.
    sy tgh buat survey.

    [Balas Komen]

    Ibnu Khalif Reply:

    @nur, Nur, autofokus tu adalah function pada kamera yang membolehkan kamera fokus secara automatik. Sebagai contoh, jika kita nak snap satu-satu objek, kita hanya perlu menghalakan lensa kita pada objek tersebut, dan kamera akan fokus dengan sendirinya. Kalau kamera tu takde autofokus, kita kena fokus secara manual, agak leceh sikit la, sebab kadang-kadang kita tak fokus dengan tepat. Dengan autofocus, confirm takkan timbul masalah out of focus.

    [Balas Komen]

    ana Reply:

    @Ibnu Khalif,
    salam…nak tanya…selain d90, ape lagi yg ada autofokus??..

    [Balas Komen]

  16. nikon D90 with kit complete set around rm 3400 rite now.just survey harga semalam at international photo at pertama komplex but buyer must be careful coz sesetengah kedai menawarkan harga rendah but the item is not complete.i just got the best price ist rm 3500 for D90 including dslr bag,tripod and ORIGINAL memory card by nikon..most shop just giv biasa2 punya memory card.bear in mind,NIKON MEMORY card not for sale..hehehe.. :grin:

    [Balas Komen]

  17. salam…akak pun baru mampu nak beli DSLR. and your blog betul-betul menjawab semua persoalan. Tahniah sis and keep up your work with good info.

    [Balas Komen]

  18. ari ni saya gi Foto Miami Warehse Sale kat Jalan Tandang PJ. Saya beli nikon D5000 dgn kits for RM2445 dan D3000 with kits for RM1680. Dua 2 dtg dgn 4 GB Nikon MC, beg ngan nikon tripod. Kalo2 saper2 rasa berbaloi bole lah gi kat sana. Address betul tak tau sbb tadi tumpang kawan. mungkin bole check kat internet add dia.

    [Balas Komen]

  19. Just browsing through n jumpa ur web.

    Update info for camera nikon D5000

    I just bought 1 :)

    Pertama kompleks ground floor Tripod+ memory 8 gig + beg + screen protector + lens 105 +discount 15% for flash = RM 2450

    Pj jalan tanggang same as above RM 2350 lowest in the market currently quick grab it before 23 mei 2010 huhu
    .-= Khairil´s last blog ..Streamer Congratulations =-.

    [Balas Komen]

  20. bleh wat lak tak perbezaan between D5000(Nikon) ngn 1000D@450D@500D (Canon)..??
    klu bleh wat beza dr segi practikal spec/prize/condition indoor@outdoor..etc..

    btw..really like ur website coz make me more easier & more understanding about DSLR camera..
    utk sy yg baru nk berjinak2 ngn camera nie..it’s really good utk org spt sy nie..Tahniah!

    [Balas Komen]

  21. Jangan terlalu fanatik ngan Nikon. Cuba try pulak survey Sony. Jenama ni agak baru dalam dunia DSLR tetapi teknologinya sama ngan jenama-jenama otai. Sebagai contoh, model entry level A230 ada auto fokus pada bodynya, tetapi Nikon D3000 ngan Canon 1000D takde. Harganya pulak lebih murah dari Nikon atau Canon. Untuk pengetahuan, Sony telah membeli company Konica Minolta pada 2004 termasuk formulanya dalam mengeluarkan model DSLR setelah Konica Minolta mengalami kemelesetan. Sony juga ada saham dalam company Tamron. Perlu diingat, lensa Minolta pernah diiktiraf sebagai antara lens yang terbaik manakala Tamron pula adalah antara pengeluar lens yang ternama. Ini bermakna, kamera DSLR Sony bukan calang-calang camera, cuma ia agak baru, sebab tu orang kurang berminat. Saya bukan nak promote Sony, tapi sekadar panduan, sebab kadang kita sangat mudah terpengaruh dengan orang, tanpa mengetahui dengan lebih detail tentang sesuatu product. Wassalam.

    [Balas Komen]

  22. SAYA MERUPAKAN JURUTEKNIK EX-CANON.UNTUK PENGETAHUAN PEMINAT KAMERA SEKALIAN SEBENARNYA NIKON ADA KELEBIHAN SENDIRI BEGITU JUGA CANON.TETAPI MEREKA TIDAK SEDAR DI DALAM KEHEBATAN NIKON DAN CANON FUJI DSLR SEBALIKNYA TELAH MENEWASKAN NIKON DAN CANON.HANYA JURUTEKNIK SAHAJA YANG TAHU BAB2 KELEBIHAN KAMERA NIH… WALAUPUN JURU PHOTO PROFESIONAL NO 1(SATU), MEREKA TAK BOLEH MEMBANDINGKAN MUTU ATAU KUALITI SESUAH KAMERA PADA DASARNYA SAHAJA.SEBALIKNYA KENA TAHU BAB2 KOMPONEN TERUTAMANYA BAHAGIAN SENSOR DAN LENSA.HANYA MANIKAM YANG MENGENAL LECTHUMY…!!!
    SEBENAR RAHSIA KELEMAHAN SESEBUAH KAMERA SAYA TAK BOLEH DEDAHKAN KERANA ITU ADALAH HAK PERNIAGAAN SYARIKAT.

    APA YANG DAPAT SYORKAN KEPADA PEMINAT KAJI DAN SELIDIK DULU DARI A SAMPAI Z BERKAITAN SENSOR.LEPAS TU KAT LENSANYA KACA JENIS APA KAT DEPAN.KALAU CARL-ZEIS SUDAH PASTI POWERRRR.NAMUN BEGITU ADA KACA YANG SAMA LEVEL DENGANNYA…KENALAH CARI SENDIRI.BAB KOMPONEN DALAM KAMERA TU SEMUA SAMA AJE.YANG PENTING DUA BAB TUUU…..

    TAPI INGAT…!!!JANGAN LUPA SONY.SERIES APHA 7 DAN 8 MERUPAKAN KELAS PROFESIONAL.LENSANYA MAHAL 2 KALI GANDA KERANA MUTU DAN KUALITINYA TIDAK ADA KAT LENSA LAIN.INGAT!! NAK FIGHT SONY BUKAN CALANG2.TAK PERCAYA U ORANG PERGI KAT KEDAI CUBA2LAH SNAP KAMERA SONY.SHARP ATAU TIDAK.KAT SENSORNYA ADA RAHSIAAA HANYA KEPAKARAN YANG DAPAT MERUNGKAINYA.ITULAH HEBATNYA SONY DI ATAS TEKNOLOGINYA YANG CANGIH.

    BAGAIMANAPUN SAYA SEDANG MENANTI KEMUNCULAN FUJI DSLR PRO 6 SAMADA BAKAL KELUAR ATAU TIDAK… RAMAI PENGEMAR FUJI TERUTAMANYA DI RANTAU AMERIKA SEDANG MENANTI KEMUNCULAN KAMERA TERBAHARU FUJI INI.APA YANG DI KHUATIRI FUJI MUNGKIN TIDAK AKAN MENGELUARKAN LAGI MODEL SLR.NAMUN BEGITU TEKNOLOGI FUJI TIDAK DAPAT DINAFIKAN.PENGEMARNYA TERDIRI JURUGAMBAR PROFESIONAL DUNIA DAN PENJUALANNYA BAGAIKAN PISANG GORENG PANAS DAN TERHAD.TAK PERCAYA CUBA-CUBALAH ANDA MENGGUNANYA PASTI TAK AKAN MEMBELI YANG LAIN.TAHAPNYA SAMA DENGAN NIKON TAPI TAK SERUPA…

    [Balas Komen]

    along Reply:

    @DIN LANON PUCHONG, agak2 kalu saya tanyer abg din syorkan beli kamera yg maner yer

    [Balas Komen]

    along Reply:

    @DIN LANON PUCHONG, syorkan saya beli kamera yg maner

    [Balas Komen]

  23. SOOORRRRYYYY….!!!SATU LAGI SAYA NAK BAGI TAU KAT HAMPA.ADA JURU JUAL BAGI KOMEN KALAU U BELI SONY KA….FUJI KA…. MANA ADA VALUE?ORANG TAK MAU PAKAI INI KAMERA PASAI ORANG TAK TAU INI KAMERA.INI KAMERA ORANG KASIII BUANGGG…!!!

    JANGAN DENGAR CAKAP PEKEDAI.YANG PENTING AKAL KITA MENILAI AKAN KEPAKARAN KITA SENDIRI.BELAJAR DAN STUDY…. KALAU NAK TAHU, SONY DAN FUJI ADALAH LEVEL PROFESIONAL.GAMBAR SONY SHARP MANAKALA FUJI PULA GAMBARNYA PALING ORIGINAL KATA ORANG KAMPUNG NEKKCERALLL…..

    [Balas Komen]

  24. TIP:MENGIKUT KAJIAN 4 TAHUN YANG LEPAS.GAMBAR FILEM MERUPAKAN GAMBAR YANG PALING CANTIK DAN CUN.PIXELNYA LEBIH KURANG 37MEGA PIXEL.INI BERMAKNA KAMERA YANG ADA SEKARANG IAITU KAMERA DIGITAL BELUM MAMPU LAWAN KAMERA FILEM.
    NAK TAHU CUN TAK CUN, U ORANG TANGKAP GAMBAR POTRAIT.TENGOK NAMPAK TAK LUBANG2 JERAWAT MACAM KAWAH DI BULAN.KALAU NAMPAK MAKSUDNYA POWERLAHHH.PASAI TU GAMBAR FILEM MASIH MENDAHULUI GAMBAR DIGITAL.TENGOKLAH GAMBAR ZAMAN MARLYN MONROE ATAU ZAMAN P.RAMLEE.BERPULUH2 TAHUN GAMBARNYA MASIH CANTIK DAN SHARP.
    OLEH ITU SAYA NASIHAT KAT JURUGAMBAR KAWIN SEMUA,JADIKAN KAMERA FILEM SEBAGAI KAMERA KEDUA.PASTI GAMBAR PENGANTIN CUN GILEE BILA KENA EDIT.

    [Balas Komen]

  25. Salam,

    Saya baru nak berjinak2 dgn DSLR ni. Sebelum saya membelinya (mungkin D5000), satu soalan, apa maksud ‘body sahaja’? kerana harganya lebih murah.

    Terima kasih.

    [Balas Komen]

  26. salam…nak tanya nie…
    kalau saya nie baru nak berjinak2 dengan slr…mana yang lebih sesuai??…
    dah lama idamkan…penah guna d300..tapi setakat guna ja lah…function tak brapa paham sgt…untuk permulaan ada slr apa yang ok agaknya???….
    tQ=)

    [Balas Komen]

  27. Salam.. Saya x brapa pandai sgt dlm dslr ni, cuma berkongsi sikit pendapat.. Body saja tu maksudnya hanya body kamera saja yg dijual, tidak termasuk kit lens, sebab tu harga dia murah.. Org yg beli body saja, mungkin dia dh ada lens lain @ dia guna lens third party cm tamron ke.. Bg sesiapa yg dh beli dslr, tak kira jenama apa pun, yg penting sekali, paham betul2 apa yg boleh dilakukan dgn kamera tu, pastu try n error smpai puas ati.. Tak guna ada kamera mahal sgt pun tp masih tak tau nak guna function dalam kamera tu.. Buat pengetahuan semua, pemenang fotografi terbaik dunia dlm 3 tahun lepas kot, hanya menggunakan kamera biasa sahaja, klau kt sni, mgkin harga kamera tu bawah seribu je.. Yg plg penting, kreativiti kita yg akan buatkn gambar tu bermakna dan menarik.. Kamera hanya sebagai alat, walaupun harga mahal tp jika tidak tau guna, sama je nilainya dengan harga kamera kompek biasa…

    [Balas Komen]

    jesz Reply:

    sye ni bru nk beli nikon D3000….emmm ase ok x??nak beli y lain 2 xbpe nk de bajet ag nie…..

    [Balas Komen]

  28. sama la… pakai d3000 je tapi syok tu …. ada sapa2 nak .. g kat ampang park kdai depan mcd aunty yg jual harga rm 1650.00 complete set 8gb lg tu.. kdai lain 4gb.. :grin:

    [Balas Komen]

  29. bukan nak promott..kalau nak ambik gambar tu..gunakan
    D90…lagi-lagi gambar pengantin..wah cantik… kalau nak tengok hasilnya…D90..tengok blog ni.. nursakinah81.blogspot.com

    [Balas Komen]

  30. kedai foto selangor (kompleks pertama)

    nikon d3000 +memory kad 8gb+bag+tripod(silver) HANYA RM1550 !!!

    Nikon d5000 lebih kurang RM2500 plus aksesori yang sama :)

    [Balas Komen]

  31. Salam, sy baru beli D90 untuk opis.. harga bayar guna invoice Rm3.9k.. las week dekat pc fair utm, harga D90 ni hanya RM3450

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p