Petanda Gerhana Matahari 15 Januari 2010

Gerhana Matahari Cincin di India pada hari semalam, 15 Januari 2010.

Lebih kurang pukul 5.50 petang, maka berakhirlah GERHANA MATAHARI yang berlaku pada hari semalam. Untuk pengetahuan, gerhana telah bermula pada pukul 3.00 petang semalam. Dengan menggunakan ‘filem gambar x-ray’ dan kebetulan keadaan cuaca pula cerah, maka saya, mak dan ayah saya dapat melihat Gerhana Matahari kali ini dengan begitu jelas sekali. Saya ada juga bercadang untuk menangkap gambar, tapi disebabkan saya hanya memiliki kamera dari handphone K800i, dan cubaan untuk menilik dengan K800i tidak berapa menjadi, maka saya batalkan saja niat saya untuk menangkap gambar gerhana tersebut~

Jadi, bagaimana pula korang melihat GERHANA MATAHARI semalam? Adakah dengan cara begini?

Di China

Mungkin juga dengan style cermin mata begini…

Di India

Atau dengan gaya macho seperti ini,

Di Baghdad

Boleh jadi juga kamu melihat GERHANA MATAHARI dengan cara begini~

Di India

Ok lah, tak kisahlah bagaimana cara korang melihat GERHANA MATAHARI semalam, yang pasti gerhana semalam memang dapat dilihat dengan baik berbanding GERHANA BULAN yang berlaku pada 1 Januari 2010 yang lepas. Jadi, apakah petanda disebalik gerhana yang berlaku 2 kali dalam bulan yang sama, iatu dibulan Muharram? Apakah dunia sudah hampir kiamat? Ya, kiamat itu sudah pastinya akan semakin hampir. Ianya tidak akan semakin jauh. Kalau lihat keadaan sekarang ni pun, gempa sana-sini~ Ternyata bumi yang kita duduki sekarang ini sudah menunjukkan ke’uzur’annya. Maka sama-samalah kita beringat ya~

Ketika berlaku Gerhana Bulan pada 1 Januari 2010 yang lepas, ada yang bertanya diruangan komen, apakah disebalik petanda berlakunya gerhana kali ini? Wallahua’lam~ sebab kita tak nampak Gerhana Bulan yang berlaku waktu itu, jadi tak perlulah melihat apa-apa ramalan. Kalau kita nak buat Solat Sunat Gerhana pun, kita tak digalakkan membuat solat sunat itu jika kita tidak nampak gerhana yang berlaku. Apa pun yang akan saya beritahu ini, hanya sekadar ‘petanda/ramalan’ sahaja. TAK PERLU PERCAYA SANGAT, ok…

Gerhana yang berlaku pada bulan Muharram memberi petanda, barang makanan yang kita beli akan bertambah mahal. Tetapi segala padi dan beras pula murah. Rakyat diserang penyakit dan terdapat ratu yang meninggal~ WALLAHUA’LAM… HAH, JANGAN PERCAYA~ JANGAN PERCAYA~ OK… Kalau kita lihat sekarang, gula bertambah mahal bukan? secara tak langsung, air manis, kuih, atau segala barang makanan yang menggunakan gula, boleh naik harga. Itu saja. Kalau yang lain-lain tu, wallahua’lam…

Lepas itu, lihat pada cara gerhana berlaku. Sama ada ia ‘memuntahkan‘ atau ‘memberakkan‘. Ok, gelak jap! huhuhu~

Ok, kalau kita lihat Gerhana Matahari yang berlaku kali ini, matahari kelihatan ‘memuntahkan‘ bulan tersebut. Dimana bulan menutup dari sebelah kanan dan keluar dari matahari pada sebelah kanan juga. Ianya dikatakan memberi ‘petanda’ yang baik. Tetapi jika bulan yang menyebabkan gerhana menutup matahari dari sebelah kanan dan keluar pada sebelah kiri, ini dikatakan ‘memberakkan‘ dan ianya memberi ‘petanda‘ yang tidak baik. Sekali lagi, WALLAHUA’LAM… Apa yang baik, dan apa yang tidak baik? Saya pun tak faham~ huhu~

Cukuplah saya merepek setakat ini dahulu~
Lepas ini saya perlu menyusun dan ‘burn’ segala file didalam lappy Asus yang saya gunakan sekarang ini untuk memulakan operasi menukarkan Window XP kepada WINDOW 7… Oh, tak sabar rasanya nak tukar Window~

Gambar diambil dari,
Daylife.com
Angkasa Malaysia

Popularity: 2% [?]

Recent Related Posts

9 thoughts on “Petanda Gerhana Matahari 15 Januari 2010

  1. hahaha.. x tahan ngan gaya² diorg tngk gerhana.. :P
    saya dpt amik gambar gerhana tu.. hihi.. snap atas filem kamera yg terbuang.. :D

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @Mr.Bintang, itu la~ kala guna digicam, boleh kot~ saya snap guna kamera handphone ber’filter’kan ‘filem gambar x-ray’, tak leh la~ gambar tak clear~ sadis…

    [Balas Komen]

  2. Pingback: Pengalaman Bertemu Almutawakkil Alallah Sultan Johor | Nur Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: