Puasa Sunat, Qada’ dan Nifsu Syaaban.

Sedar tak sedar hari ini sudah pun bertarikh 16 Syaaban. Ini bermakna kita hanya tinggal lagi 14 hari untuk melangkah ke bulan Ramadan. Bagi pengunjung-pengunjung diblog ini, sudah bersediakah kamu untuk melangkah ke bulan Ramadan? Bagi yang perempuan, sudah langsaikah ‘hutang-piutang’ kamu?Selamat BerpuasaBagi diri saya sendiri, saya masih mempunyai ‘baki hutang’ sebanyak 2 hari lagi yang masih belum dilangsaikan. Insya’allah, pada hari Isnin dan Selasa minggu hadapan, akan saya langsaikan ‘hutang-hutang’ tersebut. Sepatutnya ‘hutang-hutang’ tu boleh dilangsaikan pada minggu ini, bersama dengan puasa sunat hari Isnin dan puasa sunat ‘Nisfu Syaaban’. Tetapi disebabkan minggu ini telah bertembung dengan ‘minggu mengangkat bendera’, jadi tak dapatlah saya menambahkan amalan bersempena dengan ‘Nisfu Syaaban’ pada hari Khamis yang lepas. Sedihnyer… ish..ish..

Sebagaimana yang kita ketahui, ‘Nisfu Syaaban’ adalah pertengahan bagi bulan Syaaban. Dimana pada hari Nisfu Syaaban ini, terdapat amalan-amalan yang boleh kita lakukan antaranya;

> Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

  • Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
  • Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
  • Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

> Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Untuk mengetahui secara detail mengenai ‘Nisfu Syaaban’ kamu boleh membacanya disini… Amalan menghidupkan suasana malam Nifsu Syaaban ini masih lagi disambut di Masjid kampung saya. Dimana pada malam itu, orang kampung akan berkumpul di Masjid dengan membawa kuih-muih seorang sepiring (untuk jamuan makan selepas Isyak). Dan membuat bacaan Yassin sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib. Menyambut malam Nifsu Syaaban nih, ada juga yang mengatakan ianya satu bid’ah. Untuk mengetahuinya, kamu boleh membacanya disini…

Tak aper ker, puasa Qada’ dibulan di Syaaban?

Saidatina Aisyah ada berkata yang bermaksud:

“Kewajipan ke atasku untuk puasa (qada’) dari puasa Ramadan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang Syaaban.”

(Hadis riwayat Muslim).

Ini memberi contoh kepada kita bahawa amalan menunaikan qada’ puasa Ramadan pada bulan Syaaban iaitu hampir kepada datangnya Ramadan adalah dibolehkan dalam Islam. Walaubagaimana pun berdasarkan hadis itu, jumhur ulama berpendapat penundaan qada’ puasa wajib selewat-lewatnya adalah Syaaban dan tidak boleh sampai masuk Ramadan berikutnya.

Keadaan ini bukanlah bermakna menunaikan qada’ puasa wajib itu tidak penting sehingga boleh di lewat-lewatkan, akan tetapi ia memberi mesej berpuasa ketika waktu hampir tibanya Ramadan dapat melatih rohani dan jasmani lebih aktif dan bersemangat melalui Ramadan nanti. Seperti yang diriwayatkan oleh Anas, katanya;

Rasulullah SAW ditanya: “Apakan puasa yang afdal selepas puasa Ramadan? Lalu Baginda SAW menjawab: “Puasa di bulan Syaaban iaitu untuk memuliakan Ramadan.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kalau Tak sempat Qada’ Puasa Ramadan?

Menurut mazhab Syafie dan jumhur ulama, bagi mereka yang gagal menunaikan qada’ puasa Ramadan lalu sehingga tiba Ramadan berikutnya, maka mereka diwajibkan membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin untuk setiap hari tidak berpuasa, di samping kewajipan menunaikan qada’ puasa masih juga perlu dilakukan.

Inilah serba sedikit ilmu yang ingin saya kongsikan mengenai Puasa Sunat, Qada’ dan Nisfu Syaaban. Suka saya jelaskan disini, saya bukanlah seorang yang hebat ilmunya dalam bidang keagamaan, tetapi apa yang saya berikan diblog ini adalah satu ilmu atau peringatan yang boleh dijadikan panduan bagi diri saya dan sesiapa yang membacanya. Jika terdapat kesilapan atau kesalahan dalam penyampaian saya mengenai hal-hal agama nih, jangan segan silu untuk menegur saya diruangan komen atau pun kamu boleh berikan email kepada saya. Kerana saya juga insan tidak lari dari melakukan kesalahan…

Rujukan:
Cahaya Hidayah
Mutiara Hati
Nisfu Syaaban

Comments

  1. Embun Yahya says

    Salam
    terima kasih pada info yang berguna.Minta copy nak print buat bacaan .Semoga allah memberkati segala usaha.Jazakallah hukoiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p
Protected by WP Anti Spam