Sembunyi: Amukan Azazil – Filem Seram & Thriller Mesti Tonton

Mistik, thriller, fantasi, seram, jalan cerita menarik, dan berbaloi untuk ditonton. Inilah yang boleh saya katakan selepas menonton filem ‘Sembunyi : Amukan Azazil‘ yang sudah pun ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia bermula pada hari semalam, 28 Mac 2013. Secara tidak sengaja melihat trailer filem ini di Youtube pada bulan lepas, saya dapat menjangkakan yang filem ini adalah filem seram yang lain dari yang lain. Bagi mereka yang inginkan kelainan didalam Filem Mistik Melayu, saya cadangkan, tonton filem ini.

sembunyi azazil

Filem arahan Kabir Bhatia (juga pengarah filem Nur Kasih The Movie, Sepi, Setem dll) dan penulis skrip, Alfie Palermo ini berkisarkan tentang Aishah (Diana Danielle), seorang gadis yang hidup pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Aishah telah ditawan oleh Askar Jepun dengan hanya membawa seutas kalung yang menjadi tanda pengenalan dirinya. Semasa sedang disoal siasat, tiba-tiba askar-askar Jepun itu ditembak dan Aishah sempat melarikan diri. Kemudian kawasan itu telah dibom. Aishah yang sedang cuba menyelamatkan diri terjatuh akibat gegaran bom tersebut dan tidak sedarkan diri lagi.

sembunyi azazil 1

sembunyi azazil 2

sembunyi azazil 6

Apabila sedar, Aishah sudah berada disebuah kampung yang aman dari dilanda peperangan. Manakala kalung yang digenggamnya sudah tiada. Dikampung itu, Aishah tinggal bersama Ibu Yani (Datin Paduka Umi Aida) dan anaknya, Kamal (Remy Ishak). Sejak berada disitu, Aishah sering kali ternampak seorang budak perempuan yang cacat mukanya (saya sangka budak itu Ju’on..). Apabila ditegur, budak itu akan lari ketengah hutan dan Aishah pula dengan beraninya mengejar budak tersebut sehingga ke sebuah Gua yang dipenuhi tulang-tulang. Gua itu adalah tempat persembunyian makhluk yang bernama Azazil

*Info;

Azazil adalah makhluk Jin. Makhluk Allah s.w.t yang dicipta dari api. Pada mulanya sangat rajin beribadah dan juga merupakan Imam kepada Malaikat. Tetapi apabila Allah s.w.t mencipta Nabi Adam a.s, Azazil iri hati kerana mendapat tahu yang Allah s.w.t ingin menjadikan Nabi Adam a.s sebagai Khalifah dibumi. Semasa Allah s.w.t memerintahkan para malaikat sujud menghormati Nabi Adam a.s, Azazil menolak kerana merasakan dia lebih bagus berbanding Nabi Adam a.s yang dicipta dari tanah. Allah s.w.t murka dengan Azazil yang derhaka dan menghalau Azazil dari Syurga. Azazil bertukar menjadi iblis/syaitan meminta kepada Allah s.w.t umur yang panjang hingga hari kiamat untuk menyesatkan anak Adam. Allah s.w.t perkenankan dan memberitahu balasan neraka jahannam kepada mereka dan sesiapa yang menjadi pengikut mereka.

Rujuk; Surah Israa 61, 62, 63…

Akibat perbuatan Aishah, melanggari ‘Pagar Mentera‘ yang dipasang oleh penduduk kampung itu telah menyebabkan makhluk Azazil datang menyerang kampung tersebut dan membawa pergi seorang penduduk kampung, iaitu Hanum (Sara Ali). Sebelum Hanum diseret dan dibawa pergi oleh Azazil, Hanum sempat berpesan kepada Aishah agar mencari ‘sebuah pokok‘. Aishah pula disebabkan terlalu takut semasa kampung itu diserang Azazil, secara tidak sengaja telah ‘membuat perjanjian‘ dengan Ibu Yani meminta Ibu Yani tidak meninggalkan dirinya walau apa pun yang berlaku.

sembunyi azazil 3

sembunyi azazil 4

sembunyi azazil 5

Semasa menonton filem ini, saya sudah dapat menjangka dari awal, perkampungan yang diduduki Ibu Yani, Kamal, Atan (Sharnaaz Ahmad), Hanum, dan Melur (Emelda Rosmila) ini ‘bukanlah perkampungan biasa’. Tetapi masih menjadi tanda tanya,

  • Mereka ini jenis ‘puak‘ yang baik atau yang jahat? Jika melihatkan amalan mereka yang tidak kembali kepada Allah s.w.t, agak mencurigakan…
  • Siapa sebenarnya makhluk Azazil?
  • Siapa sebenarnya budak perempuan yang sering mengganggu Aishah?
  • Watak Melur yang merupakan isteri kepada Atan, menjadi watak kurang siuman selepas pemergian Hanum. – sering bercakap sendirian dan menyebut-nyebut mengenai sebuah pokok. (seperti memberi petunjuk kepada Aishah)
  • Muncul pula watak askar cedera (Fizo Omar) yang dibawa balik oleh Ibu Yani dan kematian Melur telah hampir menjawab sedikit demi sedikit persoalan yang berlegar dari awal cerita ini…

Didalam filem ini mungkin terdapat sedikit kelemahan dengan watak Aishah yang tidak dimekapkan agar kelihatan tua sedikit, sebaris dengan umur (untuk kelihatan logik sedikit) bagi seorang yang pernah hidup di Zaman Jepun dan muncul kembali di Zaman Moden. Sedangkan watak Umi (Kismah Johar), iaitu adik Aishah, dan watak Hanum di zaman moden (Aznah Hamid), sudah kelihatan agak berumur. Manakala watak budak perempuan cacat yang tidak serik mencari Aishah sehingga dewasa (saya rasa ini lakonan Shiela Rusli) membuatkan saya kurang pasti sama ada watak ini adalah manusia atau salah satu watak entiti seperti makhluk Azazil.

Untuk keseluruhan cerita, bagi saya filem ini mempunyai jalan cerita yang sangat menarik, dan penuh suspen. Satu demi satu persoalan timbul sehingga kita tidak dapat menjangka pengakhiran cerita ini. Filem ini ternyata tidak membosankan. Saya berikan rate untuk filem ini sebanyak 4/5 bintang. Pastikan filem ini menjadi salah satu filem yang anda Mesti Tonton…

*Info;
Pengarah muzik bagi filem ini adalah Hafiz Hamidun. – penyanyi yang terkenal dengan album Zikir Terapi. Lagu tema filem ini yang berjudul ‘Sayang‘ juga gubahan dari Hafiz Hamidun dan dinyanyikan oleh Aiman Sidek (Naib Juara Akademi Nasyid).

p/s: Terserempak dengan seorang Selebriti Al-Hijrah, En. Amin Idris di E-Curve selepas menonton filem ini semalam… :)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p
Protected by WP Anti Spam