ROBIN HOOD ibarat HANG JEBAT ?

Baru-baru ini sedikit kekecewaan telah menyelubungi diri, apabila kerjaya saya tidak dapat diletakkan pada tahap yang stabil. Walau bagaimana pun, saya mengakui bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya jika kita berfikir. Semalam, bukanlah hari yang terbaik bagi diri saya dan pada hari esok dan juga hari yang akan datang, masih banyak cabaran- dugaan, yang perlu saya tempuhi. Hari-hari yang lepas adalah hari yang bahagia dan menggembirakan bagi diri kita. Tetapi kita perlu beringat, bak kata M Nasir dalam lirik lagu ‘Apokalips‘, ‘Hidup Dan Nasib Itu Ibarat Roller Coaster’, susah dan senang itu bersilih ganti, bila-bila masa boleh naik dan turun…

Ok, ok~ cukuplah ayat-ayat falsafah diatas. Silap hari bulan, korang yang baca blog saya nih boleh tertidur kat depan PC atau laptop masing-masing. Ok, Kita berbalik pada ‘Movie Robin Hood 2010′, ok! (eh, berapa banyak ok da~) Jadi untuk menghilangkan kekecewaan, maka pada petang semalam saya telah bergerak ke ‘The Curve- Kota Damansara‘ untuk menonton movie ‘Prince Of Persia‘ yang saya sangkakan sudah keluar tayangannya di ‘Cinema Cathay-The Curve‘. Rupa-rupanya, movie ‘Prince Of Persia‘ nih tak keluar lagi. Jadi saya memilih untuk menonton movie Robin Hood sebagai pilihan yang ke-2. Bila melihat saja tajuk movie Robin Hood, apa yang bermain di pemikiran saya adalah movie ini sudah tentu menceritakan kisah seorang pencuri yang hebat dalam pemanah, yang mana apabila dia memanah, anak panahnya akan terbang tepat pada sasaran seperti gambar dibawah. huhu~

Tetapi selepas menonton movie ini, barulah saya faham yang ‘Movie Robin Hood 2010‘ ini, sebenarnya menceritakan kisah permulaan bagaimana Robin Longstride menjadi ‘Robin Hood‘. Dimana Robin Longstride yang menyamar sebagai Robert of Locksley (salah seorang pahlawan Raja England) telah diistiharkan sebagai ‘pelarian’ oleh Raja John yang tidak puas hati dengan perjuangan beliau yang cuba menegakkan keadilan dan menumpaskan kekejaman pemerintahan Raja England (Raja John) pada ketika itu. Keangkuhan Raja John dalam movie ini saya lihat tidak ubah seperti keangkuhan Sultan Melaka pada zaman kegemilangan Hang Tuah. Kalau kita ingat balik, Sultan Melaka pernah mengistiharkan Hang Jebat sebagai ‘penderhaka’, sedangkan pada hakikatnya Hang Jebat menderhaka kerana tidak puas hati dengan kezaliman Sultan Melaka sendiri dan hukuman yang Sultan Melaka jatuhkan terhadap sahabatnya, Hang Tuah.

Sepanjang menonton movie Robin Hood ini, saya tertarik dengan ayat falsafah yang dicipta oleh bapa Robin iaitu,

Rise and Rise Again~ Until the Lambs become Lions‘~

Kata-kata ini sedikit sebanyak memberi motivasi kepada diri saya yang sekarang ini berada dalam keadaan kecewa. ‘Never Give up!’ itu lah sepatutnya saya fikirkan~

Jadi kepada korang yang nak tahu siapa sebenarnya ‘Robin Hood‘, korang bolehlah pergi tonton movie ini… Best ker? Ok, saya beri 4 bintang untuk movie ‘Robin Hood‘ nih… Mungkin sebab menonton di Cinema, dengan effect bunyi segala, rasa macam best la~ Tapi kalau korang download atau tengok yang ‘pirates’ pun, tak der lah rugi sangat…

Ok~ :wink:

Popularity: 2% [?]

Recent Related Posts

11 thoughts on “ROBIN HOOD ibarat HANG JEBAT ?

  1. robin hood tak tgk lg tp price of persia br sempat nonton minggu lps…agak menarik juge..huhu..

    hmmm,tanye sket soklan mengimbau kenangan silam..
    smtmt batch bile?amek kos ape?
    .-= Fisherman Friend’s´s last blog ..Lagenda Budak Setan =-.

    [Balas Komen]

  2. hehe sepanjang hidup nie baru masuk panggung wayang sekali jek…. pening2 kepala tgk movie tu… time tu kawan ajak tgk cerita harry potter… :D

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p