Kisah Bunuh Diri Dalam Lagu ‘Selagi Ada Rindu’.

kisah bunuh diri

Saya pertama kali dengar lagu ‘Selagi Ada Rindu‘ ini waktu bekerja sementara di sebuah kedai baju berhampiran dengan kampung saya pada bulan Ramadhan yang lepas. Dua orang rakan sekerja saya nih, memang kerap buka lagu ni di handphone mereka. Siap buat ‘ringtone’ lagi. Kena pula handphone Nokia. Kalau dah berbunyi ringtone mesej dia, dari awal lagu, sampai akhir lagu, tak berhenti! Lepas tu, bermesej-mesej pula dengan boyfriend. Mahu 10 kali hantar mesej, 10 kali lagu tu berbunyi. Haish~ sampai boleh naik ‘mabuk’ saya dengar lagu nih. Bayangkan lah, kalau dalam 1 hari, kita kena dengar lagu ‘ringtone’ dia dari mula hingga habis, sampai berpuluh-puluh kali! sigh~

Secara jujurnya, saya agak kurang minat untuk dengar lagu-lagu yang liriknya mengagung-agungkan kekasih seperti ini. (Biasalah~ taste orang, lain-lain kan?) Tapi saya tak nafikan, petikan gitar versi asal untuk lagu ‘Selagi Ada Rindu‘ ini memang best! Kalau lagu ini adalah lagu ‘ketuhanan’, sudah tentu saya akan layan. Tapi disebabkan lagu ini adalah lagu yang mengagung-agungkan kekasih, saya akan letak ‘tepi’ lagu-lagu begini. (perghh~ jahat giler aku! tak per, baca entri ni sampai habis dulu~)

selagi ada rindu- pak long

Kredit utk mdyusup bagi gambar ini.

Nak dijadikan cerita, kini saya sudah tidak bekerja lagi di kedai baju berkenaan. Jadi, sudah beberapa bulan saya tidak lagi mendengar lagu ini (lega telinga~). Tapi apa yang lucunya 2-3 hari ini, saya terdengar balik lagu ini didalam rumah saya! Kini anak saudara saya pula yang suka memutarkan lagu ini di handphone nya. Aduh! sabar sajalah. Disebabkan anak saudara saya pun suka dengar lagu tersebut, ini telah menggerakkan hati saya untuk mengetahui siapa sebenarnya penyanyi lagu ‘Selagi Ada Rindu‘ ini dan dari mana datangnya lagu ini? Saya tanya anak saudara saya, mana dia dapat lagu tu? dan siapa penyanyi nya? Anak saudara saya beritahu, dia dapat lagu tu dari kawan-kawan dia, dan dia tak pasti siapa penyanyi lagu tersebut. Jadi disebabkan saya nak tahu siapa penyanyi lagu ‘Selagi Ada Rindu‘ ini, saya buat research. Ok, tak mengecewakan, sebab album lagu ‘Selagi Ada Rindu‘ ini sudah ada websitenya. Maka dengan serta merta, saya sudah mengetahui penyanyi sebenar lagu ini, iaitu Pak Long.

Tapi, siapa Pak Long? Adakah dia seorang penyanyi jalanan? Atau seorang penyanyi ‘underground’? Ok, Pak Long sebenarnya adalah salah seorang pencipta lagu yang tidak asing lagi di Malaysia ini. Dengar ceritanya, Pak Long ni berasal dari Alor Setar, Kedah dan merupakan seorang pencipta lagu yang bagus dari Kedah selepas To’ki. Antara lagu-lagunya yang popular, seperti lagu ‘Cinta Pantai Merdeka‘ yang pernah dinyanyikan oleh kumpulan Tropika dan kumpulan Jimbara. Selain itu, lagu ‘Al-Jannah’ nyanyian Mawi juga adalah salah satu lagu ciptaan Pak Long. Lagu ‘Selagi Ada Rindu‘ ini pula adalah lagu ciptaan Pak Long yang terbaru. Malah album terbaru beliau ‘Selagi Ada Rindu‘ pernah tercalon dalam AIM ke 16, untuk kategori ‘Album Pop Etnik Terbaik’. Kalau korang nak tahu beberapa lagi lagu ciptaan Pak Long yang lain, korang boleh lawati Web Portal beliau iaitu ‘Web Portal Selagi Ada Rindu‘.

Nak download lagu? Boleh usha dibawah.

Selagi Ada Rindu‘ versi 1

[download]

Selagi Ada Rindu‘ versi 2

[download]

:arrow: Bagaimana ‘Lagu Selagi Ada Rindu‘ ini boleh popular? (Kisah Bunuh Diri~)

Saya tak pasti sama ada korang ada pernah terdengar cerita mengenai seorang lelaki yang mati bunuh diri didalam sebuah rumah yang dindingnya penuh terlekat kad topup? Video mengenai lelaki yang mati bunuh diri ini pernah popular di Youtube tidak lama dulu. Dimana videoklip ini telah menggunakan lagu ‘Selagi Ada Rindu‘ sebagai muzik latar balakang untuk video tersebut. Tapi sekarang nih, video tu sudah pun di remove dari Youtube. Jadi tak dapatlah saya letakkan vidoe tersebut di entri kali ini. Dari maklumat yang saya temui, ada yang kata kejadian lelaki yang bunuh diri itu adalah kisah benar yang berlaku di Setiu, Terengganu. Si lelaki ni putus cinta dengan girlfriend nya, lalu memilih jalan menuju Neraka dengan cara, membunuh diri. Kad topup yang dilekat pada dinding rumah dalam video tersebut menunjukkan berapa banyak si lelaki itu telah berhabis duit untuk menelefon dan support topup si girlfriend nya.

Itulah serba sedikit cerita yang saya temui. Apa yang pasti, disebabkan videoklip lelaki mati bunuh diri inilah yang telah mempopularkan lagu ‘Selagi Ada Rindu‘ hingga menjadi siulan anak-anak remaja ketika ini. Seperti juga lagu ‘Trilogi Cinta Tiga Segi‘ yang pernah popular pada tahun lepas kerana cerita mengenai Hazwan, seorang banduan yang kononnya mati ditali gantung kerana membunuh girlfrend nya dan boyfriend kepada girlfriend nya. Jadi, jika ada diantara korang yang tahu mengenai videoklip yang saya ceritakan dan mengatahui kisah sebenar mengenai lelaki yang mati bunuh diri ini, bolehlah tinggalkan pendapat korang di ruangan komen dibawah ya~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

:idea: Sebagai Renungan: Berbaloikah Bunuh Diri?

Ya! Ianya sangat berbaloi. Kamu bukan saja akan dipandang sebagai seorang yang berani, malah akan dikagumi dan dipandang mulia jika kamu mati dengan membunuh diri. Tetapi ini hanya akan berlaku jika kamu adalah seorang yang ber BANGSA JEPUN! Dalam Kristian pun, ada kes bunuh diri yang dipandang mulia, seperti kisah seorang gadis yang membunuh diri semata-mata mahu mempertahankan kehormatannya dari dirogol oleh beberapa orang lelaki (kisah ini pernah diceritakan oleh bekas saudara angkat saya, seorang yang berbangsa Iban dan beragama Kristian disuatu ketika dahulu). Tetapi sekiranya kamu adalah seorang yang beragama ISLAM, kamu dilarang untuk berbuat begitu kerana Rasulullah s.a.w pernah berpesan;

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan dari Nabi S.A.W.

Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, dimana orang yang mati membunuh diri ini, jenazahnya tidak akan disembahyangkan (mengikut Sunnah Nabi). Apapun, ada juga yang kata jenazah orang yang mati membunuh diri, boleh disembahyangkan. Seperti Hadis dibawah;

Daripada Jabir bin Samurah R.A. katanya;

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.”
(Muslim)

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:

“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”

Ok, akhir sekali, saya nak kongsikan video dibawah dengan korang semua. Enjoy da video, ok~

p/s: Kata orang, pantang mati jika ajal seseorang masih belum sampai. Buatlah macam mana sekali pun, memang takkan jalan. Tapi kalau memang ajal tu dah sampai, tengah relax-relax kat Pasar raya pun, boleh mati kena hempap dengan kereta tak pasal-pasal~ :-|

Reference:

Koleksi Soal Jawab Agama

Dungun Blog

MdYusup

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 16% [?]

This entry was posted in Hiburan, MP3 and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

22 Responses to Kisah Bunuh Diri Dalam Lagu ‘Selagi Ada Rindu’.

  1. x-po says:

    hehe dongeng semata2 je tu, sama je dgn kisah banduan tu, xda kaitan pun dgn lagu

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @x-po, betul gak tu~ apapun, saya cuma berkongsi dengan apa yang saya jumpa mengenai lagu ini~ itu saja~ :)

    [Reply]

  2. beliamuda says:

    x tahu pulak ada kisah macam tu di sebali lagu ni…

    mula dengar lagu ni lepas Jaws letak dalam blog dunia Mei lalu…

    ~err, gambar tu takleh klik la… kena view sendiri baru jadi besar…

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @beliamuda, oh ye ker~ tak per… tak per… saya dah besarkan terus imej tuh~ biar leh nampak lirik lagu ‘Selagi Ada Rindu’ kat imej tuh~

    [Reply]

  3. Lady Nass says:

    hurm. sungguh. lagu2 yang mengagungkan kekasih ni bg aku menyesatkan! sampai sanggup bunuh diri. masa nak bunuh diri tu tak ingat Tuhan ke? adey. Bagi yang menyukai dan fanatik dengan lagu2 macam lagu “Selagi Ada Rindu” dan lagu “Cinta Tiga Segi” tu, takyah la taksub dan kesian sangat. Nanti korang pulak yang merana dan menjadi entah apa2. hoho. siyes akuro san, i dun like tis type of stupid love songs! commit suicide. lagu english pon bersih dari unsur2 ini. popular jugak. beerti jugak. romantik jugak liriknya. hmm. tak perlu mencari publisiti dengan mengadakan kisah tragis di sebalik lagu. plizlah! X(

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @Lady Nass, lagu dan pecipta lagu ini tak bersalah sebenarnya. tapi orang lain yang menggunakan lagu ini untuk menyampaikan sesuatu yang tak baik tu yang bersalah~ boleh jadi pecipta lagu tersebut pun tak tahu yang lagunya dipergunakan orang dengan tujuan tak elok begitu~

    * samalah dengan saya. tak boleh nak layan sangat lagu yang terlalu mengagungkan kekasih nih~

    [Reply]

  4. eiyda says:

    penah dgr lagu ni ..tp xtau plak der kisah cam ni..erm…sampai budak2 pon dok nyanyi2..tapi xtau maknenyer sebenar liriknye kan..huhu.. :D

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @eiyda, kalau ikut lirik, lagu tu sebenarnya adalah satu luahan seseorang yang sangat merindui kekasihnya yang sudah meninggal dunia. mungkin sebab liriknya yang terlalu sedih dan penghayatan mendalam dari orang yang menyanyikan lagu tersebut telah membuatkan lagu tersebut seolah-olah ‘berhantu’. kena pula ditambahkan dengan cerita kematian yang begini~ bertambah ‘horror’lah lagu tersebut~ huhu~

    [Reply]

  5. abrablog says:

    banyak lagi kerja lain boleh buat, ini nak juga bunuh diri. aduhai..

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @abrablog, huhu~ orang pendek akal, macam tu lah~

    [Reply]

  6. zool says:

    Budak2 opis pun kecoh pasal ni. Tapi tak kuasa nak layan.
    Baik layan blog.. Dpt kawan, dpt duit. He heheh

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @zool, yup~ saya pun sekadar dengar gitu-gitu saja~ :)

    [Reply]

  7. nuerra says:

    salam…
    sempat gak sy tgk video in utube bout the kes..mmg sian..tapi die sdr yang pilih jalan 2…
    moga iany xblaku dalam khidupan sy ni..insyaAllah…
    thanks 4 this entri..kdg2 mnsia lupa asal-usul kejadianny…time kasih krn mengingatkan..^^

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @nuerra, ya, harap ianya tidak berlaku kepada sesiapa pun yang berada disekeliling kita~

    [Reply]

  8. haiqal says:

    salam… sy prnh tgk video tu…
    tp sy rasa video tu mcm tipu je…
    sbb kita suma bleh lihat yg kaki laki tu cecah tanah walaupun lehernya masih digantung…
    lgsatu, knapa xde sape yg letak mayat die ke bwh kalo btul die dh mati???
    xkn nk biarkn die mcm tu je… :p

    [Reply]

  9. ajiq says:

    cte ape tuh….bg le taw….cm best aje…

    [Reply]

  10. esmael says:

    Mengenai lagu ini……..terpulang kepada pendengar. Pengertian dalam lagu ini dalah terpulang kepada pendengar kepada siapalah agaknya Pak Long perdengarkan…….. Mungkin juga pada penciptanya, pada ibunya, pada tuhan atau kepada kekasihnya.

    [Reply]

  11. Ahmad says:

    Kamu ni pembohong besar kata tak minat dengar lagu ni (Selagi Ada Rindu) sebab mengagung-agungkan kekasih tapi yang kamu sangup buat blog ini dan cari maklumat tentang lagu serta bagi orang muat turun lagu. Nampak gayanya kamu ni berpura-pura sebenarnya kamu cuba promosikan lagu ini.

    [Reply]

  12. bdk kcik says:

    tulah ble mle2 tgok video clip tu rasa smcm jer….herrm….cintan btol laki tu kt grlz tuu….pe lah….

    [Reply]

  13. udk2 says:

    @x-po,
    best laaaa lgu nie…
    ad mksud yg mndlm laaaa….

    [Reply]

  14. badag says:

    pklong selagi ada rindu ni adalah kawan baik saya ,,yang tadi ada cerita pasal pklong …paklong yang mencipta lagu selagi ada rindu ,,asl usuldia dari pantai merdeka so dekat alor setar umah dia sewa… pakong yang dulunya pernah buat show di rumah kenduri dengan tanpa upah..selepas dia dapat tahu lagu ciptaannya selagi ada rndu ad orang mengaku mencipta lagu tesebut barulah dia bangun dari tidur ….membuatkan semangat dia lebihkuat untuk berjung dalam jiwa seni …tapi sekarangni album dia semakin meletup sampai ke sabah sarawak..suhaimai kawan bik dia yang banyak membantu dia naik…

    [Reply]

  15. nurin says:

    orang tu sakit jiwa ke sampai nak bunuh diri ni party tengah seronok dia nak bunuh diri.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p